Friday, October 29, 2010

Sepak Bontot (Kick-Ass)

dah tengok cerita ni? aku tau aku sangat ketinggalan untuk menonton cerita lawak ni. aku ingat tarikh cerita ni keluar kat cinema Malaysia pada 16 Julai 2010. sebab time tu aku tengah keluar dengak rakan baik aku, Kaer. aku selalu sangat la ketinggalan bab bab cerita baru ni. bukan apa, aku memang malas pon nak tengok kat wayang. kalau datang mood nak tengok barulahh aku tengok. tapi selalunya memang tak pernah datang pon mood tu. hahaha. okay balik kat cerita ni. aku tengok kat komputer je. ada orang download aku  dengan pantas rembat letak kat thumb drive aku. hahahha. terima kasih botak !

bagi aku cerita ni pon boleh tahan bestnya, hero dia dah macam bukan hero dah aku tengok. yang betul betul hero dalam cerita ni aku tengok Hit Girl yang comel tu. aku suka kott kat minah tu. sangat comel ! dapat jumpa dia memang aku terus nak try mintak couple. dapat tak dapat tu belakang kira. hahahha. paling tak boleh blahh aku tengok yamg mamat pakai costume merah tu. bajet nak jadi hero tapi macam bodohh. muka taknak macam mamat bunkface pulakk aku tengok. hahaha. dah laa macam bodoh, ada hati nak jadi superhero, nasib baik bapak dia kaya. hahaha. aku pon tak tau nak comment apa tentang cerita ni. walaupon ada unsur unsur 18 tahun ke atas. biasalahh tu, mat saleh kan tengah sebarkan propaganda diorang tu. ada adegan 18 tahun ke atas, tapi tiba tiba klasifikasi cerita ni jadi U pulak. untuk umum. kalau parent aku tengok part part yang tak senonoh tu mau kena beduk aku. hahaha.

I LOVE YOU HIT GIRL !

Thursday, October 14, 2010

Puisi Nasi Lomak Mokas.

Aimi, kau buat orang teringat nasik lemak dia laa. haha


Cikgu Mokas ohh Cikgu Mokas, 
bagaimana kitorang mahu mendapatkan nasik lemakmu wahai Cikgu Mokas,
kami laparkan nasi lemakmu wahai cikgu, 
walaupon cikgu jual secara underground, pelanggan setia cikgu tetap ramai,
hanya bermodalkan plastik, ubat stepler, dan juga baldi. haha.
bukan setakat nasik lemak seringgit cikgu tu je yang kami teringat,
kami jugak teringat kat nasik goreng dan air yang cikgu jual.
ohh, mana mungkin nak dapat nasik lemak dengan nasik goreng kurang daripada dua ringgit kat luar ni cikgu.
cikgu,
kitorang kat luar ni dah tak nampak dah kelibat nasik lemak plastik dibungkus petak. semuanya lain,
paling sohai pon bentuk piramid. tu pon jual seringgit setengah.
kadang kadang dah sejuk, tak sedap pulak tu. hish
ohh cikgu,
sampai bila bila kitorang akan mengingati keenakkan nasi lemak cikgu tu.
terima kasih cikgu kerana megenyangkan perut kami diwaktu kami kelaparan. :D

puisi khas ini dipetik daripada cerpen : Nasik Lemakmu yang berlemak (buku tipu je nihh)

Monday, October 11, 2010

Berakhirnya jemputan ke 'open house'


semalam adalah hari last aku dengar orang jemput aku untuk open house sempena hari Raya Idulfitri walaupun tak silap aku tarikh hari terakhir dalam bulan Syawal jatuh hari Jumaat. maklum sajalah, hanya Sabtu dengan Ahad je yang kebanyakkan umat Malaysia ni free. maka dengan itu, dalam satu hari tu kira banyaklah kita mendapat jemputan suruh kita makan atau melantak kat rumah diorang. dan waktu waktu nilahh kita dapat saving sikit duit poket kita sebab dapat makan free! hahaha. itu adalah fakta yang sangat sangat tepat dan tak boleh dinafikan lagi.

macam semalam, aku dapat la pergi satu open house rumah Sadam. tu kira paling last aku dapat jemputan open house untuk Hari Raya. tapi ada jugak tempat yang aku tak dapat pergi atas sebab sebab tertentu. kadang kadang rasa malu pulak bila kita dah dijemput pastu tak datang. yang lagi buat bertambah malu bila kita dah berjanji akan datang tapi tak datang. alamatnya terpaksa menebalkan muka bila jumpa tuan yang jemput kita tu. hish, kadang kadang sampai terpaksa mereka seribu satu alasan. tapi takpe, selalunya diorang paham sebab kita tak datang. haha. memandai je aku ni, aku rasa gitu le.

jadi apape pon aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi jemput aku ni untuk melicinkan makanan yang korang jamah. kepada yang aku tak dapat datang, aku mintak maaf sangat sangat. bukan apa, perut aku dah penuh la masa aku datang rumah rumah sebelum ni tadi, aku sebat kaw kaw. ehh, aku sakit perut laa. bukan bukan, aku terlupa wehh! serious!. haaa, tengok tu. tiga alasan tu boleh bagi. hahaha.

p/s : hidup ini penuh dengan ALASAN.

Thursday, September 30, 2010

kemusnahan

aku terasa amat bersalah kat sorang kawan aku ni. mula mula, dia meminta pertolongan kat aku untuk tengok apa masalah belog dia, lepas aku tengok tu, aku pon try la godek godek sampai pening kepala otak aku. dia kata buat je apape asalkan boleh jadi seperti sedia kala. aku mencuba sedaya upaya aku. tapi tak berjaya jugak.

aku mintak tolong kat sorang kawan aku ni, dia kata biar dia try pulak. last last habis hancur blog dia. keadaan makin kucar kacir dan akhirnya kitorang meminta maaf atas kelemahan kitorang.

kitorang mintak maaf ye sebab tak dapat nak menolong malah memusnahkan lagi keadaan.

Wednesday, September 29, 2010

Maher Zain live in Malaysia !

botak macam aku .

Maher Zain?? siapa dia ni? adik beradik Ziana Zain ke?? atau abang Anuar Zain?? tapi takde muka melayu langsung dia ni. bila dikaji secara terperinci, baru aku tau dia ni kembar aku. haa, itu dia kembar aku dah nak datang Malaysia dahh. dah lama aku tak jumpa dia ni, dulu masa kecik kecik aku selalu je main guli. tapi bukan dengan dia ni laa. HAHAHA!

sape dia ni sebenarnya? aku pon tak tau. yang aku tau dia ni penyanyi je. beberapa bulan sebelum puasa aku tengok kat kereta bapak aku ada pasang lagu. aku tanya kat bapak aku "lagu siapa ni ayah?" "ntahla, ayah main beli je, budak yang jual tu cakap sedap, ayah pon beli jelahh" "laa yeke, Sami Yusuf ke?" "bukanlah, ape ntah nama dia, Zain..ape Zain ntah" " ohh, Maher Zain ke?" "haa, tulah dia.." semenjak dari tu, kereta bapak aku asyik la dengar lagu dia ni.

aku bajet mesti ramai gadis gadis datang nak tengok kembar aku ni. HAHA!

Affan accident?

berita ni aku baru dapat pagi tadi dari tuan yang accident. bangun pagi pagi dah dapat berita buruk. haihhhh.
"wehh kau tau tak aku accident?" mak aihhh. dia punya cerita, aku fikir dia main main. sekali dia suruh la aku bukak page dia. jadi stalker kejap. ahahah. tengok member dia semua cerita pasal accident. lepas tu aku suruh la dia cerita dari A sampai Z,

macam mana dia boleh accident??

Affan nak pergi beraya kat KL, dia gerak tiga kereta. dia lalu kat Federal highway. jalan sesak. sekali dia tengok kat belakang dia ada kereta laju je ke arah dia ni. dengan selamba dia langgar kereta Affan, Affan pon follow langgar Myvi. yang langgar Kelisa Affan tu kereta Kelisa jugakk.
Kelisa tu orang perempuan india yang bawak. yang aku tak tahan tu alasan dia tu. ada ke dia cakap dia tak sempat tekan brek sebab kaki dia sakit. dah tau sakit tak payah la bawak kereta. bodoh betul! kereta Myvi tu menurut sumber adalah sebuah keluarga. ada anak kecik pulak tu. kesian betul. yang depan sekali haa, cina. hahaha. semua kaum ada.
[sumber dipetik dari Yahoo Messenger]

tapi Alhamdulillah la si Affan tu selamat. aku tanya dia, dia cakap kaki dia je sakit. tu pon sekejap je. kira konon konon kau dah habis kuat la haa? ahahaha. selamat kau takde apape wehh. kalau nak tau cerita lagi details boleh la tanya si Affan tu ye.
ini gambar gambar yang dia bagi kat aku tadi



menurut tuan empunya kereta lagi, kereta dia didapati total lost.  aduhhhh.
kereta apa pulak kau pakai lepas ni Affan?? hehe.

moral of the story : "janganlah kau bawak kereta sewaktu kaki kau tengah sakit!"


Saturday, September 25, 2010

berkelah di tepi highway

apa kabar semua ? amacam seronok tak dah masuk belajar balik?? mesti 'seronok' kann?? ahaha. mood raya tu mesti ada lagi. paling kurang pon otak mula nak pikir pergi serang open house. hahaha. siapa yang taknak makan free kan?? tipulahh ada yang tak suka makan free ni. benda mudah je kott, datang rumah orang tu untuk makan. MAKAN! bukan susah sangat, nganga dan telan. mudah bukan?? lagi mudah dari belajar ABC. 

kali ni aku nak cerita pasal berkelah kat taman traffic light. hahaha, tak boleh blahh, taman trafik light. macam mana aku boleh sesat kat trafik light ni?? mahu carik publisiti ke? takkan la sampai macam tu sekali kan nak carik awek?? hahaha. ceritanya pon bermula...

satu hari masa semua sibuk ada kelas. tiba tiba Alang dapat panggilan dari sahabat dia Bal memberitahu bahawa dia ngan Sadam tengah betulkan tayar vespa DD miliknya. jadi, Alang yang bersifat bantu member tu pon cakap bahawa diorang dalam masalah. jadi aku ngan Alang set terus nak pergi tengok diorang kat mana kan. carik punya carik rupanya diorang ada lat traffic light. dah macam tengah berkelah dahh. hahaha. kitorang pon terus bergegas pergi kat diorang tengok apa masalah diorang. Bal tak boleh nak bukak satu nut kat tayar dia sebab spanner dia lain size la pulakk. Bal pon dengan semangat bercerita laa apa yang terjadi. rupa-rupanya, tayar Bal bocor sebab ada skru pergi tusuk tayar dia. sedihh. Alang tanpa melengahkan waktu dia terus gerak beli tube untuk tayar vespa ngan carik spanner lain. sementara aku, Sadam ngan Bal terus melepak kat rumput yang menghijau tu.

haa tu dia geng vespa tengah lepak.


haa tu dia, dah macam lepak kat Golf Club dah. ahaha. masa nak tunggu Alang datang tu, ramai orang dok usha kitorang, awek awek PTPL, brader brader, segala macam manusia lah senang cerita. pastu ada satu Myvi oren tengah berhenti kat situ, dia turun tingkap tegur kitorang,"bro, dah call member member mintak tolong?" aku jawab "dahh, tengah tunggu dia ni haa.." lepastu dia angguk sambil buat isyarat thumbs up.  thanks la bro ambik berat. dah la ada gadis gadis dalam kereta dia. ahahaha. paling tak boleh blahh time bas PTPL berhenti, mak aihhh semua aweks kott! semua pandang kitorang, bak kata Raman, "MACAM MANE??" hahahha.

setelah sekian lama menunggu, akhirnya Alang datang bawak tube, pump, spanner ngan paling penting teh o ais dua bungkus! haa. bagus la kau alang. lepas tu baru la rancak membuat kerja penukaran tube.

sesi penukaran tube bermula!

lepas dah setel masukkan tube, tibalah masa untuk masukkan balik tayar tu kat vespa,

"mak aihh, berat jugak vespa ni"

bersepah! ni majlis pebandaran marah ni!! haha

brader brader vespa control macho?? AHAHA !



akhirnya, setelah selesai buat semua ni. semua balik pergi rumah sewa masuk bilik terus TIDUR.
sekian. selamat hari raya.