Sunday, April 25, 2010

How dare you !!

bajet tengah hot terus nak cakap mat saleh. haha. macam bodoh..


                       pranggg !!! woi ! sape baling tuh??! 

itu persoalan pertama yang timbul kat kepala otak aku dengan mak aku time kitorang kat opis mak aku. ape sebenarnye dah berlaku kan? prangg ! woi! woi! (ni bukan aku,tapi bangla carwash) rupanya diorang pon kena ganggu dengan makhluk tak bertamadun ni. bila aku cuba try test (aku rasa tiga tiga ni sama HAHA ! ) tengok kat tepi tingkap, aku nampak kelibat 2 ekor budak kecik sorang berbaju kuning sorang berbaju biru..

 
dua orang kat atas ni takde kena mengena. harap maklum

ada laa 2 hamba Allah ni main baling baling batu kat cermin! wehh bapak korang tak ajar tamadun islam ke?? ke pendidikan sivik ke?? ape ke?? ke bapak korang sibok carik duit sebab nak kejar BMW 7series?? sampai anak ntah ke mana pon diorang tak tau. budak2 zaman sekaran tak payah laa main baling batu. korang dah terlebih moden. mainlahh psp ke. wii ke. pegi cc layan counter strike ke. ps3 ke. ini takk. sibuk nak main baling batu. kalau batu tu kecik takde hal. ni sampai pecah berlobang tingkap kau baling. aduhh. sedih aku tengok! bila aku kejar dah lari pulak budak tu. bila aku tanya mak indon, dia kata dia nampak, tapi bila aku tanya mana budak tu lari dia diam. letih laa aku nak cakap ngn indon ni. nak kata tak paham bahasa dah dekat 6 tahun menetap kat sini. pastu ada laa pulak brader mane ntah  tanya aku soalan bodoh "kenapa ni dik?". aku rasa time aku explain kat mak indon tu dia dah dok tercegat sekali dengan kitorang. lagi mau tanya. aduhh. letih lah! ntah ntah anak kau kot??!


Thursday, April 22, 2010

1..2..3..4..5..6..days more (sampai mana aku tak tau)

ohhh . sekarang ni musim orang menghitung segala macam benda. ada yang menghitung hari nak birthday laa,ada yang menghitung hari nak worldcup laa, ada yang menghitung hari..detik demi detik..masa ku nanti apakah dayaa..(lagu sape ntah) dan macam-macam lagi. ye aku mengaku yang aku pon sibok hitung itu hitung ini. tapi apa yang aku hitung semua lambat lagi nak jadi mcm besday aku lambat lagi(9/6 -bagi aku hadiah haa HAHA ). worldcup pon lambat lagi(11/6/2010). tapi ada satu je yang paling dekat yang aku hitung, FINAL EXAM !


haha, itu yang paling menakutkan aku. sebab kalau gagal kena repeat, tak macam spm, gagal je still habis sekolah. hahaha. tapi yang aku heran dengan perangai aku ni kan. bila aku sampai je rumah aku tak fikir sangat pasal final ni. aku fikir macam "lepak laa, study week kan ada". tapi bila sampai kat kelas bukan main takut lagi. rasa macam dah dekat gila. haa ni yang pelik ni, apesal pelik aku pon tak tau. kalau bawak jumpa bomoh pon belum tentu dia boleh setelkan masalah aku. tak tipu punya. haish. hari tu semakin mendatang tapi persediaan belum ada lagi. takkan nak harapkan kat study week je kann. susah..susah, so doa-doakan lahh aku ni jadi budak yang rajin belajar. amiinn . jadi sementara masa masih ada, apakata kita ulangkaji ya ! hahahahahahaha. (tertekan sangat-sangat)

Tuesday, April 13, 2010

Nihon e youkoso ! haitt !!

apakah maksud sebenar kejadah title yang aku cuba nak tulis tu ?? haha. itu maksudnya ialah "selamat datang ke jepun" [sumber kat yahoo answer]. kenapa aku tiba tiba merepek sampai nak pergi jepon? belajar tak seberapa tapi ada hati nak pergi jepon?? ohh itu tidak sama sekali. jadi apakah yang menyebabkan aku menulis sedemikian rupa untuk title kali ini ?? jawapan nya..kita tunggu selepas ini [lagak jalaludin hasan dlm who wants ti be a millionaire]


jangan nak mengarut boleh tak ikram?? dah la baca sorang sorang. merepek lagi. haha. okay okay. sebenarnya dua minggu yang lepas time kokurikulum kitorang ditugaskan untuk membuat poster tentang 'which country you should go?' lebih kurang macam tulah . senang cerita buat poster pasal negara mana anda patut pergi. haa gitulahh. kan senang. jadi kitorang pon diberi masa lebih kurang seminggu untuk menyiapkan poster negara masing-masing mengikut group yang telah dibuat. okay berdasarkan tajuk diatas bermakna kitorang telah bersepakat membuat poster negara jepun. pastu kitorang pon berbincang lahh sebab lepas setengah jam berbincang kitorang kena bagitau apa yang kitorang nak buat kat lecturer tu.

lepas dah tamat sesi berbincang, kitorang pon kena lah bagitau apa yang kitorang nak buat. dipendekkan cerita lepas semua dah bagitau idea masing-masing, lecturer pon berkata "i think this group is very interesting! i want to see it next week!" kalau nak tau, dia cakap kat kumpulan kitorang kott!! fuyyohh!! bangga ouh!! mana tak bangga, kumpulan mr president pon kalah. siap tanya kat aku lagi " wey kumpulan korang buat mcm mana sampai lecturer suka gila??" aku pon menjawab dengan nada cool je "alaa kitorang buat mcm ni mcm tu bla..bla..bla..". lepas tu bermula lah sesi na membuat poster seperti yang dirancang.kitorang membahagikan tugas secara adil dan saksama [ayat cannot go] HAHA !

                    ini adalah hasil awalan, kira masih dalam proses laa

lepas tu aku pon mms kat group aku yang lain. diorang punya tergelak sebab aku letak model orang bang bang boom tu kan. haha. aku cakap kat diorang aku saja letak nak buat contoh je. baru lahh diorang stop gelak. haha. okay diringkaskan lagi cerita, hari yang ditunggu tiba, sebelum kelas kokurikulum start, kitorang touch up laa yang mana tak siap lagi kan. then hasilnya adalah seperti berikut.

                          penukaran dari segi orang kimono sahaja

haa yang ni bagi aku dah habis okay lah kan. maklumlah aku punya prinsip 'JANJI SIAP' hahaha, so bila dah masuk first2 lecturer tengok kitorang punya dan terus dia kata "ohh nice, great, i like it" dll. haha. lepas tu ntah macam mana datang baik pulak mood dia. dia cakap yang poster kitorang ni nampak macam kosong sikit. so dia suruh kitorang lukis lukis sikit. jadi kitorang ni bukan lah orang seni. jadi masing masing mengeras je. pandang sesama sendiri lepas tu gelak. hahaha. yela nak lukis apa kot ye pon kan?? selepas itu tiba-tiba datang lah seseorang ingin menawarkan diri untuk melukis kat kitorang punya poster. orang tersebut ialah lecturer itu sendiri. hahaha. fulamak!! dia lukis memang power kot. tapi ada jugak yang kitorang lukis. tapi yang mana yang lawa-lawa tu dia lah yang lukis. dia kata dia memang minat melukis. jadi kumpulan lain pon hati panas je sebab kitorang dapat bantuan lecturer. JANGAN JELES ! HAHA ! . tu je perkataan sesuai untuk diorang. last2, time nak buat keputusan sape punya poster paling cantik kitorang kalah sebab ada satu group ni dia punya memang tiptop lah kan. aku tengok bukan main banyak lagi duit diorang habiskan untuk memeriahkan poster masing-masing, group kitorang senang je, pakai kotak lah,kulit ferrero rocher lah. alahh cikai-cikai je, paling kuat pon keluar duit nak print ngn beli paper color ngn manila kad je. hahaha. kitorang takde hal lah kalau kalah. yelah diorang habis duit banyak2 lepas tu kalah, mesti sedih punya. haha. xkesah. lagipon ikut undian. kitorang kurang 2orang jelah weii. HAHA ! .


finally, inilah yang terakhir sekali di touch up oleh seorang lecturer. thanx ya !! :) 
                                         
 [p/s: credit to lecturer kitorang shareen lee yong yong]

Tuesday, April 6, 2010

BAND OF BROTHERS !




haaa. cerita ni aku baru je habis tengok pada petang 06/04/2010. hahaha. ye aku mengaku aku ketinggalan yang teramat sangat. tapi takpe, sukahati aku lah kann. kau peduli apa kan. ni semua sebab atok yang suggest kat aku suruh tengok cerita ni. kalau tak memang haram laa aku nak tengok kan. kalau aku jadi juri aku bagi '2 thumbs up !!' haa. macam cover dvd cetak rompak, ada je konon-konon orang komen cerita tu best lah, terbaik tahun ni lah. apelah. macam-macam. konon nak bagi orang teruja tengok movie tu laa. sekali bila beli cerita macam hampeh je. letih betul.

berbalik kepada cerita BAND OF BROTHERS ni. sekarang ni, setiap kali aku balik dari kelas. aku mesti nak tengok cerita tu.aku suka tengok sorang-sorang. baru soul tu mari. haha. tutup semua jendela, bukak kipas lah bagai ape semua tu. yang paling best volume kena kuat walaupon tgk pakai tv cap ayam je. 14" pulak tu. tapi bila korang pasang kuat-kuat. dah macam korang dekat sana sekali kott ! tak payah beli tv plasma besar-besar. rugi-rugi. haha. tengok punya tengok punya tengok, hari dah malam pon aku tak sedar. punyalah aku hayati cerita tu.[walaupon takde subtitle melayu] HAHA! bab paling tak boleh blah tu aku tgk part 8 kalau tak silap, orang german kena kurung kat satu kem tahanan. pehh !! gila menyiksa. pastu mat salleh amerika ni pon konon-konon paling baik kat dunia ni kan. diorang pon selamat kan mangsa-mangsa tindasan tu. cehh. taknak mengalah pulak. tapi lantak korang lah. korang punya cerita kann. hahaha. last sekali dapat jugak aku habiskan cerita ni.
thanks to atok sebab suggest aku suruh tengok cerita ni. memang berbaloi-baloi. HAHA !

Sunday, April 4, 2010

AKMAL

mal . happy belated birthday . semoga kau dapat awek kau tu . HAHA