Sunday, February 27, 2011

Sg Pisang round 2!

fulamakk, siap ada round kedua lagi tu. kali ni yang pergi dua kereta je. sebenarnya nak pergi tempat lain tapi tak tahu last last buat keputusan pergi lagi sekali Sg Pisang ni. kali ni berbeza sikit orang dia. ada Syauqi, Botak, Pak. bermula dengan datang ke rumah Zakwan lepas tu pujuk pulak si Botak tu. dia mula mula malas nak pergi. tapi apa yang diorang jampi kat mamat tu jadi pergi jugakk. tapi sebelum tu...

haa, ni cerita yang kira dari awal ni, kitorang lepak mamak malam sebelum nak gerak. konon konon nak bincang. bila aku dengan Syauqi nak balik, dia cakap "takkan taknak buat bakar bakar?" "aku tak kisah, tapi nak carik apa 3 pagi ni?" lepas kitorang lalu tol 60sen kat Shapadu tu, aku cakap "apa kata kita usha pasar?" "aku tak kisah.." kata Syauqi. bila lalu je depan pasar, takde apape pon kedai yang bukak. aku kata kat Syauqi, "Qi, apa kata kita pergi NSK? dia bukak 24jam! kita try gerak NSK Rawang, amacam?" "aku takde hal je.." maka kitorang pon memulakan perjalanan ke Rawang.

sampai sampai NSK tak bukak. rupanya NSK Rawang tak 24jam. Syauqi ajak gerak NSK Selayang. aku pon setuju. sebab lepas tu boleh angkat Kaer kat KL. sesampainya kat Selayang, kitorang pon mulalahh mencari segala macam jenis barang. carik bahan nak peram ayam. Syauqi pakai bahan rahsia dia. dia kata jangan kongsi dengan orang lain. hahaha. jangan risau Qi, aku tak bukak rahsia.

lepas setel beli barang, kitorang terus pergi mamak dekat area rumah Kaer, bila kitorang call Kaer, dia tak percaya kitorang ada dekat rumah dia. lepas tu kitorang balik rumah Kaer untuk sesi memerap ayam di pagi hari.




lepas dah siap kitorang terus tinggalkan KL dan balik ke rumah aku kejap untuk ambik parang, arang dsb. aku pon tak tahu apa yang Syauqi nak buat dengan parang. lepas tu kitorang mengorak langkah ke Shah Alam untuk ambik Raman. masa tu, kitorang called Ezat ngan Mun tapi dua dua tak terjawab. jadi kitorang terus ke rumah Zakwe. kat situ kitorang ambik dia dengan Pak. time tu semua kusut sebab kereta ada satu je tapi orang terlebih. jadi bila pujuk Botak untuk follow sekali dia pun bersetuju untuk gerak sekali.

setelah sampai kat Sg Pisang, diorang terperanjat ada ayam. konon konon surprise la kann. hahahha . lepas tu kitorang memulakan perjalanan masuk ke hutan. kitorang punya port dulu datang tu dah ada orang ambik. jadi kitorang terpaksa naik ke atas lagi. kat situlahh kitorang memulakan sesi pembakaran ayam






fulamakk, memang tiptoplahh kan. lepas kitorang dah kenyang perut, kitorang main terjun terjun. ni memang paling best la. aku tak tipu. sampai aku yang tak reti berenang pon lompat jugak! hahaha. memang best! lepas tu kitorang turun ke port lama tu untuk menikmati air terjun pulak sebelum balik.



lepas dah berendam lama dalam air, kitorang pon pergi makan dekat Greenwood. fulamakk. memang seronok, duaronok, tigaronok! tak tipu wehh!!

Sunday, February 20, 2011

goodbye my friend, Affan Abas!

entry kali ni aku nak cerita pasal sorang sahabat aku ni. pada hari Isnin 21/02/2011, dia akan meninggal..meninggal kan tanah air ni untuk sambung pelajaran dia kat University of South Australia. haihhh, setelah sekian lama kau nak pergi akhirnya dapat jugak ye kau Affan. memang rezeki kau lahh. nasib baik aku sempat jumpa kau wehh. ahahaha.

nasib baik kita sempat buat event pergi Sg Pisang tu. kira adalahh masa nak happy happy dulu. kahkah

ni aku nak pesan sikit nihh, kau dah sampai sana, jangan lupa solat. jangan bagi sejadah tu berhabuk.haha
lagi apa ek aku nak pesan, erm kau jangan lupa belikan aku satu boomerang tau! hahahha.

okaylahh aku pon tak tahu nak tulis apa dahh ni untuk kau. selamat berangkat ke Australia esok! have a safe journey. nanti aku ada duit allowance lebih aku gerak sana. HAHAHA! kitorang akan merindui kau lahh. :') [ayat gay] hahaha

Friday, February 4, 2011

second hand punya barang.

terr terr. terr terr. *bunyi apa ni pon aku tak tahu sebab aku main taip je

Assalamualaikum pembuka bicara, 
salam sejahtera wadah bermula, [wadah tu apa benda ek?]
sekian lama aku tak buka,
akhirnya..sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa..HAHA!

okay itu adalah pantun aku. hakcipta tak terpelihara,

harini aku mahu berbicara tentang barang secondhand atau lebih dikenali sebagai 'bundle'. aku mula mula tahu barang bundle ni masa aku dulu kecik kecik pergi kelantan. ada kedai bundle. mak aku singgah, akak aku beli pakaian kat situ, dia beli baju tidur kott. aku pon dah lupa. lepas tu baju dia jual ada yang murah, ada yang dijual secara longgok dan macam macam lagi. aku tanya kat mak aku "mak, ni baju orang yang dah pakai ke??" "haa lebih kurang macam tulahh, tapi dia dah basuhlahh.." "ohh yeke??" sambil aku hairan apesal diorang jual baju diorang kan? derma sudah. lepas tu aku fikir macam, bapak kaya tokei kedai ni, banyak gila baju dia sampai boleh dijual macam tu je.

lepas tu aku dah besar sikit aku masih tak terasa macam nak pergi kedai kedai bundle ni lagi. aku masih beranggapan bahawa tuan empunya pakaian waktu dulu tu pernah ada kurap ke, apa ke, tu sebab dia jual murah murah. hahahaha.

tapi bila aku dah bertambah kebesaran lagi, aku mula nak menceburkan diri kat kedai bundle ni sebab aku tengok kadang kadang ada barang smart. takpon ada kawan kawan aku yang pakai baju lawa lepas tu aku tanya "pehh, mana beli??" "alaa bundle sudah..5ringgit je. kenapa? kau teruja ke??" kalau tak lawa buat apa aku nak tanya kann..ahahaha.

sikit demi sedikit aku mula mengetahui asal usul kedai bundle ni. dan dulu dulu aku ingat semua kedai bundle harga dia lebih kurang je. tak lima ringgit, sepuluh ringgit. harga macam tu je aku rasa. rupa rupanya ada jugak yang mahal mahal. haa, tak semestinya barang bundle tu barang cikai. ada kadang kadang tu barang memang dah rare takpon orang panggil dead stock! haa, sampai panggil dead lagi tu. aku mula suka sebab kadang kadang dia jual barang yang rare dalam harga yang bagi aku berpatutan la jugak. aku ni bukan kaki butik sangat. nak beli barang berjenama kalau kat butik dia sangatlahh keberatan. kadang kadang tunggu mega sale barulahh jengok jengok masuk. itu pon setakat pegang pegang je. tak mampu nak beli. tapi aku tak sedih ponn. hahaha. kedai bundle ni pon ada jenis dia. ada sesetengah kedai tu dia jual barang memang datang dari luar negara dia terus je jual. itu yang kadang kadang baju dah jenama polo tapi ada kesan kicaplahh, apa lahh. takpon dah koyak sikit. paling tak boleh blahh, jersey ada conteng conteng. itupon diorang kasi jual jugak. apa ada hal, dia jual murah murah. orang nak beli, belilahh. tak nak beli bukan nya expired pon. tapi ada kedai bundle yang tapis barang. barang sampai, dia tengok yang cun cun baru dia jual. itu jam barang dia pon harga tinggi sikitlahh kan. haa kedai macam ni pulak barang dia bagi aku tiptop jugaklah sebab dia tapis barang. 

ASMARA BUNDLE

BUNTIL

antara kedai kedai bundle yang aku dah pernah pergi macam Asmara Bundle. dia ada dua branch, satu kat Kg Felda Bkt Cherakah satu lagi kat Saujana Utama, Sg Buloh. kedai ni boleh tahan jugak barang barang dia. dia tapis jugak. kalau yang cikai cikai tu dia jual kat luar je. kedai ni kasut dia pon boleh tahan cantiknya. haritu member aku beli kasut Adidas. memang tiptop cun melecun lagi! tapi aku punya lagi cun! hahaha. lagi satu kedai @yat Bundle dekat Meru. dia kata ada cawangan dia kat KL. situ pon barang dia okay jugak. tapi ada satu kedai memang aku masuk untuk usha je. tak mampu nak beli. nama kedai dia Buntil. fuhh barang dia lagi memang tahap vintage, rare gila dan macam macam lalgi perkataan klasik aku nak bagi cuma tak tahu je. hahaha. harga dia pon memang boleh terciritlahh sikit. member aku ada beli sweater Adidas kat situ. harga dia rm200++. memang cun gila! hahahaha. dalam internet pon boleh tahan jugak barang barang dia. senang cerita ada yang kita minat kasi angkatlahh. bukan semua barang sempurna. haa

 BARANG BARANG SECONDHAND
jadi bila aku dah mula jebak dengan barang barang terpakai ni, aku mula lahh nak beli itu, nak beli ini. kadang kadang boleh pusing lahh mata sebab banyak sangat yang berkenan. ahahha. kalau pandai carik, pandai pilih, bawak seratus je boleh dapat bermacam macam barang. tak payah seratus pon dah boleh dapat barang banyak dahh. hahaha. tapi cuba bawak seratus pergi shopping complex, kadang kadang dapat sikit je barang.   
kau pandai carik dapatlahh yang cantik. kedai bundle ni kena banyak bersabar dalam memilih. yelahh, kadang kadang baju tu dah style habis dahh, tapi sayang saiz dia mak datuk XXL kott. hahahaha. kedai tu nak test kesabaran kita. hahahaha

senang cerita macam nilahh, kita punya citarasa, kita punya sukalahh kan. aku tahu ada orang yang tak suka bundle ni. aku punya duit, aku tahulahh nak spend macam mana. kau ada banyak duit kau pergilahh kedai mahal mahal. aku memang terus terang je, aku tak mampu nak beli barang mahal mahal. kadang kadang bagi diorang, bundle ni kedai selekeh. ahh selekeh mak keh. 

p/s : HAPPY SHOPPING!