Sunday, November 28, 2010

cucur ikan bilbis

wahahhahaha, makanan petang yang baru. cucur ikan bilbis. erk, apesal lain macam je bunyinyaa? ada ke pulak bilbis?? kejadah apa bilbis tu? bukan cucur ikan bilis ke? okay rileks rileks. sebenarnya, kalau korang bukak kitab "Ikan-ikan Sedunia", ikan bilbis sama sekali tak pernah wujud. dan lagi satu, buku ni pon aku rasa takde langsung kat pasaran samada kat kedai MPH, Kinokuniya, Borders dan seangkatan dengannya memandangkan nama tajuk buku tu pon aku main sauk je. HAHA! yaaa, aku rasa dah lari tajuk teramat sangat dahh ni. hahaha

ni saje laa aku nak cerita kann, petang tadi aku takde kerja nak buat. yelahh hujan la katakann. perut pulak tetiba lapar. tengok akak aku pulak sibuk kat dapur, sekali dia panggil aku pastu bagi arahan "wehh, pergi beli tepung gandum, kentang dua bijik, pastu beli ikan bilis yang dah siap kopek dua packet.." "kau nak buat apa Man?" "aku nak buat cucur ikan bilis, lapar pulak petang petang ni.." aku pon apa lagi, dengan pantas pergi beli. bila dah balik tetiba dia bagi arahan kedua "dah, kerja kau pergi potong kentang. potong dadu!" "baikkk" jawab aku dengan penuh ketertiban.

harini kitorang buat cucur ikan bilbis. haa ini aku yang bagi nama. mak aihh, leceh jugak sebenarnya nak buat kuih muih ni. nasib baik tadi aku ada mood nak buat. so kitorang buatlaa banyak banyak. lepastu bagi kat opah aku ngan makcik aku suruh cuba, try dan test. hahaha. "ehh, ni kurang air ni, nanti bila dah sejuk dia jadi keras..tapi dah sedap dah ni.." halamakkk, perkataan sedap tu yang buatkan aku tetiba semangat nak setting balik cucur tu. tambah sikit air kann. lepastu bagi lagi yang baru kat diorang. barulahh diorang puas hati.

aku rasa lepas ni, aku nak jual laa cucur aku ni. agak agak laku tak?? HAHA! :D

HAA, SEKADAR GAMBAR HIASAN

Tuesday, November 23, 2010

melepak, mendaki, mengeluh

setelah lama berborak, berbincang dan bergelak ketawa di Restoran Hakim. semuanya bercadang untuk pulang ke rumah masing masing. tiba tiba Mun ajak jalan jalan. memandangkan sang kancil tidak berapa sihat kondisinya, kitorang naik sang wira berjalan jalan. Mun ni teringin nak makan burger, dia nak makan 'burger dadah' dekat Subang. aku pon first time dengar nama tu. bak kata Raman, burger tu tembak gila! tu sebab dia panggil 'burger dadah'. tiada kandungan dadah dalam burger tu. jangan risau. hahaha. sekali bila sampai kat Subang tengok burger tu tutup. kitorangpon frust tak tahu nak buat apa. tiba tiba teringat kat sorang mamat ni, Anep Sot. mamat ni dah lama gila aku tak jumpa lepas dari form3. jadi semalam kitorang jumpa dia dekat Damansara lepak laa dekat Uptown Damansara memandangkan kitorang tak tahu nak lepak mana. duduk lepak sambil main iPod Anep. punyalahh takde kerja. sambil sambil tu, Ezat ada offer ajak gerak naik Broga Hill kat Semenyih.

wohoo, aku punyalahh excited sebab dah lama tak masuk hutan ni. aku pon tanyalahh Ezat tu tempat apa. aku ingat bukit biasa biasa je. rupa rupanya, ramai orang tengok matahari terbit kat situ. Ezat pon bercerita sampai kitorang jadi teruja nak pergi. lepas je hantar Anep, hanya berbekalkan duit yang sikit, pakaian yang ala ala takde gaya macam nak daki bukit, air mineral satu botol kecik dan smart tag. kitorang meneruskan perjalanan ke Broga.




bila dah sampai, kitorang lepak petronas kejap nak isi minyak untuk baliknya nanti. lebih kurang pukul 4.50 am, kitorang mengorak langkah ke parking lepas tu buat warming up dulu sebelum naik. maklumlahh, dah lama tak masuk masuk hutan nihh. hahaha. maka, bermulalahh perjalan kami masuk hutan, mendaki bukit, berehat sebentar hanya dengan bantuan cahaya bulan penuh. syukur sebab sekarang pertengahan bulan dalam kalender Islam. so bulan mengambanglahh. bantuan cahaya kedua pulak ialah cahaya telefon masing masing. hahahaha. sangat mencabar!

lebih kurang 45minit kot perjalanan aku pon tak sure lahh sampai laa ke stage satu. rupa-rupanya ada satu team dah ada kat atas tu. budak budak student, student mana aku tak tahu. diorang tergamam tengok kitorang. hahahaha. lepastu kitorang gerak ke stage kedua. sampai situ kitorang stop dah. dah terlampau letih. kepala otak aku ni fikir nak jatuh je. dengan air kena catunya lagi. hahahahha. memang dah tak larat nak pergi stage ketiga memandangkan aku tengok sangat jauh. so kitorang berehat kat stage kedua je. lepastu, geng geng student tadi pon sampai tempat kitorang, diorang lepak kejap lepas tu diorang sambung naik pergi stage tiga. alaa, diorang banyak kelengkapan. kitorang haa baju biasa, seluar jeans, selipar, botol air kecik satu. memang tak lahh ada tenaga lebih. masa lepak dengan Anep tu pon aku telan teh tarik bukan nya air tenaga.

selang beberapa minit lagi ada team chinese pulak datang. lagilahh bising. tapi diorang pon pergi naik stage tiga. kitorang kat situ sampailahh cerahh.

SANGAT LETIH TAPI SERONOK!


lepastu kitorang tunggulahh si matahari tu terbit, waa memang bestlaa. bak kata mat saleh "awesome!" memang indah ciptaan Allah. best gila tengok dia terbit. laju je dia keluar. Mun ada rakam detik detik dia keluar. mula mula aku cakap "baik tengok kat Youtube je, hahaha.." tapi sebenarnya tengok betul betul lagi terasa kenikmatannya. bak kata diorang "tembak do!"

lepas tu, kitorang pon turunlahh, time kitorang turun ramai lagi yang masih mendaki. kebanyakannya budak budak sekolah cina. ada satu tu lagi kesian, pasangan cina tu jalan pakai kaki ayam. amoi dia kaki luka luka. Mun borak ngan dia. lepas tu pakwe dia cakap "kitorang jatuhh, kasut pun hilang.." mak aihh kesian kott! kat situ semua friendly laa, kitorang nak gerak terserempak denga geng cina pon baru lepas turun, kitorang tak pakai baju dalam kereta sebab nak hilangkan peluh, kitorang cakap laa "okay jumpa lagi!" "haiyaa, pakai la baju nanti kena tahan sama polis maa..hahaha" Mun dengan rileks cakap "baru balik party maa..hahhaha" semua cina tu gelak gelak. hahahha. best best!

bila dah balik, semua aku rasa terus tidur kott. aku pulak apa lagi, pergi settlekan laa tayar kereta. sebab nanti ada satu lagi event bakal berlangsung! yehaa !! tak sabar kott!! hahaha

Monday, November 22, 2010

our plan~ 20/11/2010

aku rasa macam sangat gedik pulak dengan tajuk tu. macam minah minah bajet 'whateverrr' atauponn 'xoxo' dan seangkatan dengannya. okay kepada yang terasa janganlah terasa kerana aku takde niat untuk nak bagi korang terasa dengan apa yang aku rasakan ini. harini aku terasa macam aku orang paling sibuk selepas president America tu, selalu kitaran hidup aku kalau takde kelas atau cuti ialah bangun lambat sikit [yeke??], breakfast merangkap lunch atau brunch jelahh senang cerita. lepas tu, baring baring kejap dan terus lelapkan mata sampai petang. ahaha. itu jelahh kehidupan aku kalau cuti. tak bosan ke?? memanglahh bosan tapi itulahh yang paling best! :)

harini (20/11/2010) aku bangun awal sikit memandangkan ada plan nak keluar dengan Mal ngan Atok. kitorang nak pergi Matrade Kuala Lumpur kat Jalan Duta. aku panggil bangunan tu bangunan kangkang sebab tengah tengah dia ada space besar. ahahhaa. "ada apa kat situ Ikram? tak payah la merepek nak pergi tempat tempat yang bukan tempat kau.." hahaha, kat situ ada 'NST Maybank COTY2U Carnival'. karnival ni berlangsung selama dua hari je. Sabtu dan Ahad je.



kitorang pergi sana pon sebab Mal yang ajak, lagipon dia ni practical kat NST. memang dia tahulahh kan. konon konon dengan harapan pergi sana dapat tengok macam macam jenis kereta. sebab dalam iklan dia kata ada kereta lama, ada mean machine dan macam macam lagi. kira konon teruja gilalahh kan nak pergi. bila dah masuk gate bangunan Matrade tu, kitorang tengok macam takde apape pon yang berlaku. ada booth jual kereta kereta macam Kia, Volvo, Renault and so on. kitorang dah nak lentur dah semangat, "macam kena game je nihh.." jadi kitorang pon sedapkan hati pergi jugak cari parking, takkan laa NST nak tipu macam tu kann. rupa rupanya ada kat tengah tengah bangunan tu.


setel bab parking kitorang melajukan perjalanan untuk masuk. nak masuk kena beratur pulakk. disebabkan Maybank ada kena mengena dengan karnival ni, diorang buat satu syarat yang simple je. kena tunjuk Maybankard baru boleh masuk, kalau takde kena bayar RM5. aku datang terus tunjuk kad aku sekali dia bagi kitorang tiga tiga sekali masuk. ingatkan kena tunjuk sorang satu.



disebabkan aku ni macam mat kampung sikit, jadi batak la sikit kann tengok kereta kereta mahal. ahahaha. tapi aku cuba buat lagak orang kaya yang cool. pusing pusing dah habis dahh kitorang tengok semua jenis kereta. ada kereta Proton Inspira, Perodua Alza sekali kott! lepas tu kitorang tengok kat luar ada apa pulak kann, rupanya dia tunjuk kereta yang air brush air brush tu. ada la dalam dua tiga ketul je. hmm sangat sedih laa. sekali kitorang pergi kat tentatif program. rupanya hari Ahad lagi grand, ada gadis Harley Davidson, mean machine ngan macam macam lagilahh. takkan aku nak pergi dua kali pulak kot? malas aku. kalau Matrade tu sebelah rumah aku takde hal lahh kan. hahaha. kitorang pon pulanglaa dengan perasaan yang biasa biasa je [ada perasaan jugak aku ni rupanya. HAHA!]

lepastu perut meragam mintak makanan. apa lagi, shoot terus pergi Bandar Baru Selayang. makan kat Rumpun Selera. mak aihh, servis dia sangat lahh MEMUASKAN! kita order air, agak agak waiter dia nampak orang dah nak mati tercekik baru dia hantar air kita. sangat sohai. lepastu time nak bayar pulakk, kita kena tunggu pulak si cashier yang ntah pergi berak ke apa ntah. kat counter dah ramai nak bayar ni, waiters yang lain boleh buat rileks je macam takde apape yang berlaku. haihhh, servis korang memang tahap TERBAIK lah! dfsaiofefkoef! haa carutan alam siber. hahahaha.

balik singgah Shah Alam kejap lepak Rafi untuk minum petang. sesampainya aku kat rumah, ada majlis tahlil untuk arwah pakcik aku lepas maghrib. dengan tak mandinya terus aku pergi rumah makcik aku. ahahahha. lepas tahlil, boleh pulakk bantai tengok ShoutAward ramai ramai. ahahahaha. teruk betul.


Tuesday, November 16, 2010

jersey baru Malaysia?

aku dengar team Malaysia lepas ni ada jersey baru. wahh, lagi sekali aku mengidam nak tengok jersey tu. jersey Malaysia yang baru dah takde logo FAM dahh. diorang tukar bendera Malaysia. yang membuatkan lagi bertambah keunikannya tu kann, kat bendera Malaysia tu, kalau korang terbalikkan ada tulis "tanah tumpahnya darahku". fulamakk. kira style la jugakkan! tapi sebenarnya team Indonesia pon ada jugak tulisan belakang logo diorang.

TULISAN TU ALA ALA GARANGLAA..
okay, itu bahagian dalaman. hahaha. fuhh garang tu. ahaha. okay, kita ke bab seterusnya iaitu bahagian luaran. ada bendera Malaysia, lepastu ada color hitam jalur jalur kat tengah. biasalahh, mula mula kita tengok nampak macam tak boleh blahh kan, tapi lama lama nampak cun lah tu. kat tepi jersi tu ada lubang lubang untuk udara.

HAA TU DIA LAWA TAK?
bagi aku cantiklahh jugak, nampak truly malaysia sikit. hehe. tengok tu, semua tunduk syukur. hahahha. yang ni baju home. kalau away lagilahh tersangat simple! hanya color merah dan biru je.


HAA, SIMPLE BUKAN ??

aku dengar khabar jersey ni untuk tournament AFF SUZUKI CUP yang akan datang nihh.

nihh apa yang pemain Malaysia cakap pasal jersey baru.."ciri-ciri jersi baru ini adalah sangat berkualiti tinggi sebab dia sangat ringan. lubang lubang ini membuatkan kita sentiasa berudara. lagipon jersi ini diperbuat daripada bahan kitar semula, jadi, lapan botol air mineral ini dikitar semula menjadi sehelai jersi.." Safiq Rahim 8.

power tak powerlahh kan, guna botol air lepas tu kitar semula sampai jadi baju. fulawehh. hebatt! aku tak kisahlahh jersey macam mana sekali pon, yang penting team Malaysia dapat main dengan hebat. main cool je. HAHA!

kalau nak lebih lanjut korang boleh check it out [pehh, ayat sumpah gampang!] kat page ni
http://harimaumalaya.com/forum/index.php?/topic/2709-tajaan-nike-kini-bermula-lagi/ 

lagi satu kat page nike sendiri. ada laa video yang si Safiq Rahim tu cakap,
http://inside.nike.com/blogs/nikefootball-en_MY/2010/11/08/the-new-malaysia-team-kit


p/s : jersey Thailand cun jugak kott! hehe.

Monday, November 15, 2010

akhirnya..

aduhh , last last pasukan Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan dari pihak lawan iaitu Iran. takpelahh, yang penting Malaysia dah buat habis baik dah tu. mungkin betul kata Hasbullah Awang, pasukan Malaysia boleh menyambut hari Raya Iduladha kat Malaysia. hehe. tak kisahlahh apa orang nak kata pasal team Malaysia. yang penting Malaysia dapat score satu walaupon penalty.walaupon tak ramai star disebabkan injured ngan dapat kad merah, Malaysia tetap cool lagi lagi keeper dia. hebatt. :)

Saturday, November 13, 2010

apa kata survey ?

dengan secara rasminya aku dah habis peperiksaan terakhir untuk semester kali ini. lebih kurang 3 hari aku dah tak jejak bumi TTDI Jaya. apa aku buat? makan, tidur, menganga. macam takde masa depan. lagi pulak, ada yang cuti ada yang tak cuti sahabat sahabat aku.

planning semua nak habis best, tapi biasalahh, kita je merancang. cuti ni masih tak berapa pasti nak buat apa sebab duit poket dah mula kering. sakit jugak dah ketiadaan duit ni. nak pergi mana mana mesti kena fikir dua tiga kali. sekali keluar, rm10 mesti kena lesap punya. si Mal nak ajak pergi vacation kat mana ntah. itu sangat tidak bolehlaa memandangkan baki akaun aku dah tinggal beberapa helai je.

kalau ikut budak budak lain pulak, nak ajak pergi waterfall. tapi dah clash hari pulak memandangkan Syauqi kena balik Melaka sebelum Raya Haji ni. yang si Kaer pulak balik lepas Raya Haji, macam mana nak gerak sama sama pulak kan? tak best kalau tak cukup orang. Syauqi tu aset kalau nak pergi hutan. hahaha.

haritu lepak mamak kokonon nak discuss, bukan apa, senang sikit kalau dah berjumpa kan. tapi last last, makan, borak borak chow. lain jadinya. borak borak tu takde hal lahh sebab semua dah lama tak jumpa Syauqi tapi last last benda yang nak dibincangkan tu takde.HAHAHA! macha gila perangai. lain nak dibincangkan, lain pulak yang jadi. hahahha.


so, kata survey tu tak dapat nak didengar memandangkan cerita lain yang keluar. hahahha.

Friday, November 5, 2010

piala kemenangan



cuba korang baca betul betul kat piala plastik tu. apa dia tulis, tak nampak ke? tak jelas? takpe kalau tak nampak biar aku bagitahu. JOHAN PERSEMBAHAN KERJA KURSUS 2008 (JURUSAN MEKANIKAL) 

johan?? johan raja lawak tu ke?? ohhh bukan bukan. johan tu maksud dia tempat pertama laa. ye aku johan dalam pertandingan tu kott. jim wau han. johan. nilahh first time aku dapat piala kat sekolah teknik dulu. walaupun piala plastik kann. apa aku kesah, kau ada dapat?? hahahha. aku pon heran macam mana aku boleh dapat piala macam ni. aku dah la main tipu. hahaha. tapi hakikatnya itu adalah satu taktikal yang dilakukan oleh aku dengan partner aku, Mal.

masa kat sekolah dulu, bila kita dah tingkatan lima, setiap orang perlu menghasilkan sesuatu produk. kira macam kita kena reka bentuk sesuatu produk yang tak pernah orang buat atau pon di-upgrade-kan lagi barang yang dah sedia ada tu, jadi kelas aku ni kelas budak budak mekanikal, mestilahh cipta barang barang macam pembukak lampu kalimantang, penyodok serbaguna, dan pelbagai lagi barang serbaguna. benda ni semua untuk buat presentation depan budak budak tingkatan4. aku dengan Mal buat troli serbaguna. senang cerita troli yang orang selalu bawak pergi pasar tu. haa lebih kurang macam tu lahh, tapi aku punya ala ala gempak sikit la. dia ada kerusi tempat orang duduk. korang tau sebab apa aku ngan Mal buat benda tu? sebab aku fikir, kat rumah aku dah ada dah benda tu. kira benda tu memang dah wujud la. bapak aku beli time kat Langkawi dulu dulu. hahaha. kitorang tak buat betul betul, just pakai gabus je. kira prototype la.

lepas dah setel semua, masa untuk pemilihan untuk jadi wakil kelas untuk present depan cikgu-cikgu dengan budak budak tingkatan4 kat dewan besar. Cikgu Azmi selaku cikgu mekanikal kelas kitorang pon dah mula pening nak pilih mana satu. sebab time tu kitorang kalau pilih kumpulan tu, dia kena realisasikan benda yang dia cipta. jadi bila semua dah pening la apa la bagai. aku dengan rela hati offer diri aku sebab aku dah ada dah benda tu kat rumah. so tak payah la pening-pening nak pikir macam mana nak buat benda tu apa lah semua. jadi Cikgu Azmi pon bersetuju dengan kitorang. dia suruh aku bawak benda tu dan siapkan slideshow. slideshow tu Mal yang adjust. aku setelkan troli tipu aku. hahaha.

aku ingat lagi, masa aku bawak troli dah siap tu ke bengkel untuk ditunjukkan kat cikgu, ada sorang cikgu tak puas hati. hahahha. Cikgu Pujin laa, bukan main tak puas hati. dia kata terlampau perfect. dia siap cakap "kalau saya juri, saya tak bagi kamu bertanding.." kecohh do dia time tu. aku pon bengang laa kan, Cikgu Azmi pon rileks aje. dia pulak nak kepoh ayam. bengang la pulak aku. aku dengan Mal dah mula nak fikir macam mana nak bagi nampak troli tu hodoh sikit. jadi kitorang pon berjumpa dengan peserta peserta lain dan berbincang, hahaha. diorang pon tak puas hati, diorang cakap aku punya memang sempurna habis. hahahaha. well, taktik kott! jadi aku pon mintak pendapat diorang macam mana nak bagi nampak macam selebet sikit. sekali aku dapat idea untuk spray troli tu. kira spray cincai boncai laaa. konon konon nampak tak berapa kemas. hahahha. elok elok benda tu lawa je, terus jadi sakai. dengan kaler kuning nye lagi. tebal gila kitorang spray. ahahaha .

bila giliran aku ngan Mal kena present, aku pon mula lahh kelam kabut, si Mal taknak bercakap, dia kata dia tukang adjust slideshow je. aku lagi lahh panic, terpaksa goreng ayat sendiri laa kan. tapi sebelum naik pentas tu, aku tutup projek kitorang tu pakai kain pelekat. kira ala ala surprise laa sikit. dah naik tu. aku letak projek atas meja. pastu bagi file projek kat juri. hahaha. aku goyang gila time tu. semua tengok kott. aku takut kalau juri naik atas pentas tengok troli tu. komfem kantoiiii. hahahahaha. tapi syukur dia tak naik.
aku pon present laa kat atas pentas, dah tak fikir segan dahh. main cakap ikut sedap mulut je. sambil buat lawak bodoh sikitlaaa kan. bagi happening sikit audience. barulaa dapat markah lebih. tapi part paling aku takkan lupa sampai mati ada satu part tu. kira time tu kena buat demo penggunaan benda tuh. aku kena berlakon. situasi time tu kira aku tengah letih. jadi aku tarik la troli tu nak duduk. troli tu kan ada tempat duduk. jadi aku tarik nak bagi seat dia terbukak. aku tekan tekan dia stuck, alaa time tu laa dia nak stuck. dah la ada kamera tengah rakam. aku tengok spray tebal sangat tu sebab dia stuck. sekali aku dah fed up aku pon sambung berlakon konon konon terus duduk sebab terlalu letih. sekali aku TERJATUH. HAHAHHAA. TERJATUHH. ADUHH MALU GILAAAA. lepas tu semua audience bangun tepuk tangan. mak aihhhh, malu gila babi dohhh. hahahahha. 

lepas tu aku terus cakap "biasalahh, ini produk baru, masih dalam percubaan lagi, segala kesulitan amat dikesali.." bapak ah malu gila time tu tuhan je yang tahu. hahahhaa. sekali dah  nak umum keputusan, cikgu siap ada ulas pasal aku jatuh lagi. hahahaha. memang semua pandang aku la time tu. tapi bila keputusan diumumkan, "bagi jurusan mekanikal, tempat ketiga dari kelas bla bla bla, tempat kedua dari kelas bla bla bla, dan tempat pertama dimenangi oleh....Muhammad Ikraam dan pembantunya Mohd Akmal dari kelas 5M4!" fuhh time tu, malu ke apa ke semua dah hilang. sebab kemenangan dah berpihak kat tangan aku. time tulahh aku pegang piala plastik tu. ahaha.

awal tahun haritu, aku ada contact Cikgu Azmi mintak video time tu. nak tengok laa kan. tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi cd tu. aduhh sedihh betul. tapi yang penting kemenangan milik aku. HAHA!

well, dalam setiap pertandingan perlu ada taktik yang tersendiri. HAHAHHAHAHAHAHA!