Friday, May 28, 2010

Thursday, May 27, 2010

Sunday, May 23, 2010

Empty or Enough ?



l : alamak! asal takleh start nihh??
Atok : try lagi try lagi..steady je.hahaha
Mal : aku rasa minyak habis laa..
Aku : HAH? minyak habis? macam mana ni? dah la tengah jammed ni.stesyen minyak terdekat kat mana?
Atok : jangan main gila kau! jauh dohh, kau ingat tak yang haritu kita isi minyak kat shell tu? jauh kann?
Aku : pehh, jauh tu. abis kat sini takkan takde stesen terdekat??
Atok : ada kot. kat area belah belakang sana..
Aku : haa ape lagi jom gerak, tinggalkan kereta kat sini..

lebih kurang macam ni lah perbualan kitorang semalam lepas kitorang jadi OKS (orang kaya sementara).

ceritanya berlaku semalam, mal dengan atok ajak aku lepak kat Raffi. aku pulak baru lepas habis exam paper mekanik struktur kayu. konon-konon macam boleh jawab tapi aku pon tak tau lah. tunggu jelah result nanti. lepas aku habis exam aku pergi lepak rumah Sadam dulu. rehat rehat badan sementara tunggu diorang dari puncak alam nak datang shah alam. aku borak-borak dulu dengan Saddam ngan Farid sementara tunggu pukul 1. borak punya borak jam kat tangan aku dah pukul 1, Saddam pulak nak kena hantar mat lem tu pergi beli tiket balik Johor. aku ape lagi pergilahh ke Raffi sorang-sorang nak tunggu diorang. diorang pulak cerita tak nak kalah bajet dah sampai. padahal haram, aku dah kenal korang lama dah laa. HAHA! aku pon slow-slow je pusing kat kedai-kedai situ. tengah aku dok melayan panas terik tu aku nampak kelibat kereta datsun kat belakang aku. hahaha. diorang pon dah sampai. apa lagi kasi lepak minum-minumlah kat Raffi. macam biasa, kalau dah berjumpa tak gelak macam sial tak sah! ada je cerita yang ending dia mesti gelak sakan. hahaha.

dalam masa tengah borak tu tiba tiba Mal ajak jalan-jalan. dia cakap pergi OU. aku pulak baru lepas tekanan exam tadi. kitorang pon on jelahh! mula-mula nak tunggu Sadam, dia kata tunggu dia takut nanti dia tak jumpa jalan pulang. sekali aku call dia, dia kata takpe, dia try jalan je dia cakap. kitorang pon meneruskan misi kitorang menuju ke OU naik kereta Mal yang lebih dikenali sebagai PAP.



sampai kat OU, mulalahh jalan-jalan macam orang takde arah. masing-masing bawak duit sikit je, Atok pulak bawak duit mak dia. mak dia suruh bank-in kan duit. so kira masing-masing ketegaran la kiranya. jalan punya jalan ada satu kedai tu dia buat relocation sale. amenda tu tak payah tau, sebab aku pon tak tau. kitorang pon masuk memandangkan ada perkataan sale up to 70%. dah mula Atok ngan Mal ni rambang mata. itu dia nak, ini dia nak. maklumlah barang ada jenama. aku rilek je sebab aku memang takde duit. hahaha. sekali Mal kata dia nak beli. kitorang pon apa lagi pergilah carik mesin ATM nak cucuk duit. fuhh sambil berjalan sambil mengira berapa bajet nak keluar tu. hahaha.

pendekkan cerita semua beli, termasuk aku sekali. hahaha. yelahh diskaun kaw-kaw. dahlaa tambah 20% diskaun lagi. mana tak nya aku capai satu barang. hahahaha. lepas dah setel kitorang pon nak balik. cuaca pulak baru lepas hujan kira renyai-renyai laa. kitorang pulak keluar time kemuncak orang balik kerja. jadi macam biasalah jammed gilababi. gerak setakat beberapa inci je. hahaha. tengah dok layan jammed tu kereta mati. ah sudah! try-try start tak mau nye. nasib baik orang cina belakang kitorang tak hon. dia suruh pasang hazard light. tapi malangnya hazard light Mal tak berfungsi. hahaha. dengan muka tenang nye aku keluar letak botol minyak hitam kat tengah jalan. pastu kitorang pon bercadang pergi carik minyak. "nak isi pakai apa?" "alaa beli air botol besar dua pastu buang airnya pastu tuang minyak petrol"

setelah lebih kurang beberapa jam kitorang berjalan dengan menempuh pelbagai onak dan duri, ranjau macam lancau dan macam-macam bidalan yang ntah apa apa tu, akhirnya kitorang terjumpa signboard petrol station menunjukkan lebih kurang 500meter je lagi. tapi sebelum kitorang sampai petronas tu, sempat lagi tu atok ajak pergi Maybank pergi bank-in kan duit mak dia tuhh. hahaha. lepas bank-in kitorang lalu depan TESCO. terlintas kat pikiran aku yang elok kita masuk Tesco dulu. alangkah bijak dan bernas nya idea aku suruh masuk Tesco dulu beli air botol besar 5 liter tu.


setelah setel isi minyak dalam tong tu, kitorang pon jalan kaki patah balik menuju ke PAP tu. pehh gila malu aku, dah la selekeh gila, seluar lipat, muka berminyak, jalan depan The Curve, Ikano Power Centre lagi. pehh, orang dok usha je, dah macam along nak bakar rumah orang dahh. hahaha. tapi apa ada hal, paling kuat pon diorang kutuk belakang kan, diorang dapat dosa (ayat budak baik) haha. masa dah nak sampai kat kereta Mal tu, ada orang perempuan eksiden pulakk. pastu call man pon datang konon nak jaga trafik tapi haram, PENAKUT! ada ke duduk atas divider tengah-tengah tu pastu buat isyarat tangan je. kau kan call man, berani lah sikit, pergi kat kereta tu letak laa apape, ni tidak. hazard light pon tak pasang. harap gaya je double trouble. memang buat troublelahh mamat tu. hahaha. mana tak nya, ada kereta sikit lagi nak langgar kereta akak tu. kalau berlanggar dengan kitorang-kitorang sekali la tu dapat tempias. tapi Alhamdulillah takde apape.

sampai kat kereta aku pulak jadi ala-ala call man, jaga trafik jugak. tapi aku ada atas jalan punya. sumpah goyang gila. Atok ngan Mal pergi tuang minyak dalam kereta tu. tengah dok jaga trafik ni ada satu kereta Hyundai datang dekat kitorang, aku ingat nak tolong ke ape, rupa-rupanya mat negro nak tanya jalan. hampeh betul! dia tanya "how we want to go to Mt Kiara??" aku pulak mana tau bab bab jalan ni. aku panggil Atok. Atok pulak boleh bantai bahasa melayu kat orang kulit hitam ni. "kau patah balik, jumpa simpang pertama kau belok kiri.." haa lepas tu aku la bagitau kat negro tu. ntah apa aku cakap ntah. yang penting diorang angguk tu kira aku bajet dorang paham la ape aku cakap. haha. dalam hati aku cakap, cilaka punya hitam! ingat nak tolong tadi.
last-last kitorang pulang dengan selamat. hahaha. pengalaman nak jadi orang kaya tak menjadi. HAHAHA!

gamba kecik sudah. aku tengah selekeh. yang penting aku berani lagi dari call man tadi. HAHA!!

Wednesday, May 19, 2010

happy birthday nur farahin!

aku nak wish kau selamat hari jadi ke 19 cik fawwa manis ! HAHA ! :DD.
aku nak kek tau! simpan biar sampai berulat! HAHA!

dugaan .

huihhhh. minggu ni maka bermulalahh minggu peperiksaan. segala macam rasa ada, resah, gelisah, nak terberak, nak terkencing, nasib aku takde rasa nak terberanak je. HAHA! sebenarnya. aku nak cerita apa yang dah berlaku dalam masa seminggu yang lepas ni. kalau nak taip dalam english kena past tense kan ayat, aku memang tak reti. karang berterabur english aku kena banned pulak nanti. hahahaha. (padahal memang tak pernah tulis dalam english ponn). okay okay memang aku suka cakap benda yang takde kena mengena lahh kan? [p/s: hanya sesetengah orang je tahu].



minggu lepas memang banyak dugaan yang telah menimpa kat diri aku ni. bak orang kata "malang bau tahi". hahahaha. bidalan orang zaman sekarang, orang dulu apa tahu. hahaha. first yang aku tak berapa puas hati lahh kan adalah sewaktu cuti atau study week sedang dijalankan tetiba ada kelas pulakk. aduhhh! bila aku nak cuti atau pura-pura belajar kalau macam tu kan? hahaha. ye aku memang pemalas nak pergi kelas bila otak aku dah set untuk cuti. tapi bila pergi kelas tu rupa-rupanya lecturer sudah pancing baikk punya! dia kata "sape yang tak datang memang rugi,sebab aku nak tolong korang tambah markah PB korang.." haa lebih kurang macam tu la dia dok bagitau kat budak budak. aku pon terdengar apa yang dia cakap tu. aku mula berfikir kalau tak pergi rugi dahh. dah laa markah PB aku tahap nyawa-nyawa keldai. aku ngan atok pon ambik keputusan untuk follow ke kelas dia. dalam muka terpaksa pergi ke kelas dia.

haa, yang ni lagi satu dugaan yang betul-betul dugaan ni. ada satu hari dalam minggu lepas tu aku pon dah lupa hari apa, aku nak pergi ke kelas. muka dah konon-konon semangat nak pergi kelas padahal dah lewat gila dahh tu. sedang aku asyik memandu kereta, tiba-tiba ada bunyi POOMM!! dan satu perubahan telah berlaku kat kereta yang aku bawak tu iaitu cermin depan pecah secara tiba-tiba! OMG!! ada batu tercampak ke?? ada orang nak tembak aku ke?? atau ada err apapelahh. tapi yang penting time aku drive tu. aku sorang-sorang je kat situ. ntah ntah aku terlanggar hantu kot? HAHA! retak seribu bro! bukan seribu aku rasa, dah macam sejuta dahh. aku tgk lawa corak dia pecah tu. nak ambik gamba tapi apakan daya, takde kamera. huuu. sedih betul. kalau tak dahh aku upload dah kat sini. aku pon berenti tepi jalan call lahh semua yang aku kenal (tak semua laa). aku call mak aku pastu mak aku datang kata "bia je, bia mak hantar pergi kelas.." ohh terharunye! 'selamat hari ibu' mak! hahaha. baru nak ucap. hahahaha. ta kesah lahh.

     gambar hiasan. lebih kurang macam nilahh cermin kereta aku.

dipendekkan cerita cermin pon dahh siap aku pergi amik petang tu. kenalahh berapa ntah. aku pon dah lupa dahh. sekali bila aku tgk kat cermin tu, satu lagi masalah dah timbul! aku punya roadtax sudah hancur!!! aduhhhh !!!!! ni bukan cobaan,ini betul betul ! [dipetik dari dialog cerita pendekar bujang lapok] ye sekali lagi aku cakap benda yang takde kena mengena. pastu aku bertekad nak setelkan road tax pulak. konon nak setelkan esoknya. sebab aku nak hantar report eksperimen yang dah lama aku peram kat lecturer. sekali tayar pulak buat hal!! ntah ape ntah aku langgar, bocor pulak. dah la tayar spare aku pon bocor jugak. koyak pulak tu. jadinya kitorang pergi setelkan tayar dulu. pergilahh ke glenmarie carik kedai tayar, nak beli tayar 2nd-hand. lepas dahh setel, tayar pon dah cantik, perut pulak buat hal. tgk jam dah pukul 4ptg. makan belum lagi. nak pergi JPJ dah macam nak tutup pulak kan ofis diorang. last-last adli offer lepak dengan dia masak sama-sama dekat Brunsfield. kitorang batalkan niat untuk pergi ke tempat lain. kitorang ubah plan pergi Giant beli barang nak masak. last-last kitorang amik keputusan tidur dekat Brunsfield memandangkan orang rumah tu ramai yang balik ke kampung halaman. tgk rumah diorang sunyi je. sadam pulak offer pergi ambik ps2 dia kat kepong. haa kitorang apa lagi. on jelahh!! lepas maghrib kitorang pegi ambik ps2 sadam tu. tengah-tengah sedap jalan TAYAR BUAT HAL LAGII !!! kali ni tempat nak masuk angin dia pulak yang bocor. otak aku makin serabot sebab dah malam banyak kedai tayar dah tutup. kepong jauh lagi. kitorang baru sampai kg subang, jadi atok mulalah menggunakan perkhidmatan GPS dia. haha. dia kata kat damansara ada kedai tayar besar. cuba try tengok mana tahu kalau-kalau bukak lagi.

sesampainya kami kat situ, kedai tayar itu pon telah tutup. hahahaha. gilababi dah ni.memang teruk aku kena kali ni. aku dah tak tau ape pulak nak jadi lepas tuh. kali ni aku tekad nak terus je pergi kepong, tapi time tengah nak jalan tu ada jumpa satu kedai tayar masih bukak, dia baru nak tutup kedai laa kira. sekali sadam pon tanya kat orang tu. terus dia buat. Fuhh,Alhamdulillah..lega dahh,selesai la sikit masalah.so kitorang pon teruskan perjalanan menuju ke kepong dengan hati yang tenang.
 
                    ni sekadar gambar hiasan lagi ye. haha


sampai kat kepong, ada satu lagi masalah. aku kena tahan ngan polis time diorang buat roadblock. aku tak tau laa pasal ape kan, mungkin pasal road tax hancur ke, bapak aku pesan kalau kena tahan pasal road tax tunjuk resit kedai cermin kereta tu je. boleh lepas. tapi rupanya pasal benda lain. dia check boot kereta, mintak ic kitorang, tapi takde apape. selamatt.. pendek cerita dapat pulang ke shah alam.

esok nya aku pergi ke JPJ buat roadtax. hahaha. sekali kena rm50 daaa. dia kata "kalau ada report polis baru dapat free dikkk..". macam tu pulak?? aku nak repot ape kat polis?? langgar hantu?? hmm, aku pon muka redha jelah bayar.

fuhh! dalam satu minggu macam-macam benda perit-perit terjadi kat aku. mungkin ni satu ujian dari tuhan kann. asik buat dosa je. sekali kena balas haa baru kelam kabut hidup. hahahaa.

p/s: harap-harap minggu exam takde apape masalah. amiinn !! :D

Thursday, May 13, 2010

minggu perah otak .

shret shrett sheerrtttt sssshhhhhhreeettt !!. kalau nak tau, itu adalah bunyi otak kena perah. kalau tak percaya dipersilakan try! tak salah kan kalau mencuba. hehe. pantas betul masa berjalan. dah rasa macam berlari pon ada sebab terlalu pantas masa tu berjalan. tau tau je dah nak final exam. rasa macam baru dua hari kelas untuk sem ni start (penipu). tiba-tiba study week pon dah nak start. tapi yang aku bosan tu dalam sedap-sedap orang nak buat revision still ada kelas lagi. macam mana aku nak ulangkaji pelajaran?? (ayat bajet belajar) hahaha. ada kelas itulahh ada kelas inilahh. macam-macam. nasib baik ada tambah markah. kalau tak memang aku tak datang la jawabnye. hahaha. nak harap kat final, bila aku belek nota aduhh macam tak belajar ape pon. sikit je nota aku. hahaha. kepada kawan-kawan kelas aku ke atau yang nak ambik final exam ni baca post ni. aku nak wish korang good luck wehh !! HAHA !

Friday, May 7, 2010

5610 ! Baik punya nombor untuk di ekor kan !

Yaa, semua orang tau kalau ada berlakunya eksiden mulalah orang berkata "ambik no plat dia wehh. main ekor.." haa. itulahh kepercayaan yang tak boleh dipercayai langsung, kalau terkena pon nasib. hahaha .nasib nasib. haa jadi cerita ni ada kena mengena ke tak dengan tajuk yang aku post ni? adakah aku eksiden? atau aku nampak orang eksiden? atau ada eksiden dalam paper? haaa sebelum aku melalut lebih jauh. sebenarnya handphone aku punya hal lah sebenarnya. fon nokia 5610 tu. handphone aku sekarang ada dalam keadaan kritikal. mungkin dia akan menjadi buta selama-lamanya. sekarang tengah terlantar kat rumah tunggu penderma yang baik hati yang nak support operation dia.(-_-') sob..sob..jangan kau pergi wahai 5610 ku ! hahaha.

"macam mana dia boleh jadi camtu wehh ? selalu jatuh takde ape pon aku tgk. siap baling baling lagi.." kata zack (bukan nama sebenar) kepada aku. YA! soalan kau memang bagus! aku pon tak tau time ni pulak dia buat hal. padahal jatuh terhentak sikit je. terus blackout screen fon aku. dia telah buta selama-lamanya melainkan aku hantar kat specialist (kedai repair henfon laa). tapi biasalahh kewangan tak stabil nak buat macam mana.

lalu aku mengambil satu langkah bijak. sementara dia tengah buta ni kan. aku ada chance la nak pasang baru. dia tengah buta kan. kalau dia nampak mesti dia merajuk punya. hahahaha. aku mengambil keputusan untuk mencari spare yang cun dan rare. so selamat berkenalan nokia 3100. HAHA !