Sunday, December 26, 2010

tolong bawa piala AFF ke Malaysia.


itulahh harapan aku untuk pasukan Malaysia bila lawan untuk final nanti di Bukit Jalil dan kat Jakarta. bukan aku sorang je yang mengharapkan bahawa pasukan kita dapat julang piala AFF, tapi satu Malaysia berharap. jom kita bersatu hati mendoakan bahawa kemenangan berpihak kepada kita.





26/12/2010 kat Bukit Jalil, penuhkan je kat stadium, jomlahh kita meriahkan suasana tak kira di stadium ke, mamak ke, restoran mana mana ke, rumah ke, fesbuk ke, twitter ke dan apape jelahh. hahaha.

harap harap K Rajagopal ada stratergi yang menarik untuk final ni. jangan bagi pasukan Indon kitai kita.
ni aku nak bagi pesanan kat pemain-pemain  kebangsaan. [tu pon kalau diorang baca. HAHA!]
"bermainlahh untuk negara okay!"

kepada goalkeeper, kau memang cool lah! hahaha
 tak lupa juga kepada NorShahrul Idlan, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan!

Saturday, December 25, 2010

macam tak percaya kau dah kahwin

aku pon tak percaya dengan title untuk entry kali ni, sampai cerita bab kahwin. apa kes??

sebenarnya aku nak cerita, sabtu dan ahad lepas aku pergi wedding ceremony. yang buat lagi best tu, aku pergi kenduri kahwin member aku. hari ahad aku pergi rumah orang kahwin member aku kat Kota Kemuning. dia ni sahabat aku yang pertama sekali lepas aku tahu cara nak makan sendiri, tau bercakap, dan tahu menjerit. kira senang cerita kawan aku masa kecik kecik laa, masa zaman zaman 4 5 tahun dulu. haa senang cerita.

asal aku balik tadika je, mak dia ambik aku bawak balik rumah dia main dengan anak dia ni. nama dia Hakim. kira aku jiran laa dengan dia. dia lahh yang mengajar aku makan durian sampai sekarang aku jadi hantu durian. tapi taklahh sampai jadi gila nak jerit jerit bila jumpa durian kann. tapi lepas aku kena pindah rumah kat kampung, start dari tu aku dah lost contact dengan dia. tak tahu apa perkembangan hidup dia.

tup tup tiba tiba aku dengar berita dari bapak aku dia nak kahwin. huh? bapak dia jumpa bapak aku dan terus menjemput ke perkahwinan anak dia tu. bila aku dengar, terkejut tapi tak terkejut beruk sebab aku manusia. tapi aku terus laa berfikir, bukan main awal lagi dia kahwin. abang ngan akak dia masih lagi tak kahwin. mungkin itulahh dinamakan takdir.


jadi pada hari Ahad haritu, aku satu famili pergi ke rumah dia. jumpalahh mak bapak dia. mak dia siap cakap apa tau, "macam kahwin pondok pondok.." hahaha, yelahh mana tak nya, aku pon rasa macam bukan kenduri kahwin, tapi macam ada jamuan hari raya je. ramai sahabat sahabat dia. pastu makan, sambil mak aku borak borak ngan member lama dia. sebelum kitorang nak chow, mak aku ajak tengok pengantin.

aku pon berjumpalahh dengan Hakim ni, aku ni ingat ingat lupa muka dia. dia pon ingat ingat lupa, bila cerita cerita balik baru dia ingat. hahahaha. bini dia umur tua setahun dari dia. dia ni pulak dah kerja. kerja ngan bapak dia tapi dia kena kerja dekat Labuan sana. mak aihh, jauh gila. apape pon, aku doakan korang berdua bahagia selamanya.

semoga berkekalan ye Abdul Hakim dengan pasangan dia Azranorayu

oh ya! aku hampir terlupa pulak, hari Sabtu pulak aku dengan kawan kawan sekolah aku pergi satu kenduri kahwin budak sekolah aku. tapi kali ni awek la pulak. dia ni dulu sama kelas dengan aku. ni pon aku terperanjat jugak. awal gila kahwin. kira dia orang first la dalam batch aku yang dah pon bergelar suami isteri. hahahha. anak Ust Muhaimin namanya Najihah. suami dia aku tak tahu nama dia apa. hahahha.

sekali lagi aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada dua orang kawan aku ni. semoga berbahagia hingga ke alam kubur. :)


bila pulak laa aku nak kahwin. HAHA!

Sunday, December 12, 2010

Sg Pisang, mana pisangnya??


 kalau korang perasan, dulu punya post tajuk dia "Sg Sendat, sesendat pengalaman" lebih kurang macam tulahh aku pon lupa. tapi yang ni lain pulak. hahaha, alaa title je pon. takde apa yang best.

dan kalau korang perasan lagi, kat dalam fesbuk aku, aku ada tulis "10 members , 3 cars , 1 destination . full of happiness ! :D" . so? apa kena mengena? ehh ada lahh. nilahh yang aku nak cerita ni. haa.. meh duduk rapat rapat, pakcik nak cerita sikit ni haa.. [mula merepek]

haritu 27 haribulan 11 tahun 2010 bersamaan dengan err..err.. [cover tak tahu tarikh kalender Islam -_-"], aku pergi waterfall kat Sg Pisang. dia punya syiok tak terkata kott! sebab benda ni dah lama gila dah dirancang cuma tunggu time sesuai nak realisasikann. sebab kalau nak gather ramai ramai sekarang dah susah memandangkann masing masing ada komitmen masing masing. nak dapat tarikh yang betul betul semua free memang susah. jadi setelah berbincang selama lebih kurang bertahun jugak lamanya kitorang dapat satu tarikh yang sesuai untuk semua orang.

bermula dengan Raman selaku admin dalam fesbuk membuat event ni. gila hebat mamat ni, dia yang buat event ni. hahahhaa. lepas tu semua fikir kat mana nak pergi. sekali semua sebulat suara nak pergi Sg Pisang sebab dah lama gila nak pergi tapi tak pergi pergi. aku lagilahh, memang tak pernah pergi langsung. akhir sekali aku bagi mesej kat kenalan kenalan lain bagitahu pasal benda nihh. dan kitorang membuat keputusan untuk berkumpul kat Shah Alam supaya dapat discuss dengan lebih dekat dan mudah. yelahh, nak buat bbq kalau discuss dalam fon je memang agak susahlaa cerita dia. nak call dia tu, nak call dia ni..jadi kitorang pon berbincang kat mamak je senang. setelahh berbincang pom pom akhirnya kitorang dapat buat keputusan. kira konon konon tak sabarlaa nak gerak kann.

sebelum tarikh 27hb tu, semua mula sibuk mencari barang barang yang telah ditugaskan untuk mencari. sediakan arang, set bbq, hotdog, sos, air, dan segala macam lagi. fuhh memang terasa macam nak pergi mana je. padahal kat area Gombak je. ahahahha. yang lagi tak boleh blahh tu, malam sebelum nak pergi tu, aku tak bolehh nak tidur! hahaha. lawak lawak. kalau kat twitter pulak, si Affan tu asyik laa tak sabar. ahhahaha.

hari yang ditunggu telah tiba, semua kumpul kat rumah Affan. si Kaer, Zakwe ngan Jimmy tunggu kat Gombak. konon konon nak gerak pukul 9 tapi tak jugakk sebab Mun pergi ambik Muth kat UiTM. tiba tiba Mun call aku, tapi bila aku angkat suara lain je, macam bukan suara dia. rupa rupanya suara Lt Syauqi daa. hahahha, mak aihh aku rasa sebak gila sebab kitorang pergi dia takde, dia kena pergi kem askar. tapi yang membuatkan aku terasa tu sebab Mun boleh pulak terjumpa kat UiTM Shah Alam. Mun cakap dia pakai baju askar. takpe Coki, kau berkhidmat untuk negara :)

okay, setelah semua sampai kat rumah Affan, kitorang pon meneruskan perjalanan ke Gombak. Raman naik dengan aku, Ezat ngan Umu naik dengan Mun. Muth pulak naik dengan Affan. Jimmy pulak dah terpacak kat Burger King kat highway dengan Kaer. datang lagi satu masalah, si Zakwe tak bangun lagi. Raman cakap "gerak jelahh terus, tinggalkan je anak gila tu.." "ehh tak best do takde Zakwe..kita gegar kolej dialahh jom.." "okay, aku tak kisah.." jadi diorang semua dah berkumpul kat Burger King. aku ngan Raman pergi angkut si Zakwe ni.

dikontotkann cerita,kitorang pon berkumpul kat BK tu. lepas tu aku ingat nak gerak dahh, rupanya nak pergi UIA dulu hantar kereta Jimmy kat mak dia. jadi kitorang pon tunggulahh kat luar UIA. lepas tu, baru bermula perjalanan kitorang pergi Sg Pisang. bila dah sampai, Jimmy bagi pesanan suruh tukar pakaian mandi terus sebab nak redah sungai la bagai. lepas dah setel semua, kitorang pon meredah laa sungai, masuk hutan, main dengan pacat, lalu terowong, dan macam macam lagi. banyak peristiwa lucu masa on the way nak gerak tu, Raman dengan tergoleknya, aku tercicir selipar, hahaha. tergelak gelak. nak carik air terjun tu makan masa dalam berapa minit pon aku tak ingat. tapi lama gila kott aku rasa.


SG PISANG
haa tu dia Sg Pisang, ada nampak bentuk pisang tak?? hahaha. fuhh, aku terus je masuk dalam sungai tu, tak kata apa dahh. yang lain sibuk dengan bbq. aku memang tak membantu sangat laa dalam buat bbq tu sebab bila aku tolong, bara kat arang tu makin hilang. hahahaha. last last Ezat jugak yang take over kat situ bersama orang lain. yang buat bertambah best tu bila dah start hujan. fulamakk, memang seronok wa cakap sama lu! ahahaha. macam macam kitorang buat kat situ, Affan ajak buat empangan, baring atas batu, duduk dalam air terjun. memang tiptop laa senang cerita, main tengok ikan. hahahhaa



acara terakhir sekali lagi best! bakar ayam sampai habis, pastu makan. ayam tu yang memerap ialah akak Mun, ntah apa bahan yang dia pakai pon aku tak tahu tapi sedap kott! yang paling best sekali makan ayam campur dengan sos dia air hujan. ahahaha. sambil makan sambil menggigil. takleh blahhh. hahaha. oh ya, tak lupa jugak aku ada rembat hotdog sejuk. tak sempat nak tengok hotdog tu ada kena kesan terbakar, dah kena kebas. hahahhaa. nasik goreng Jimmy bawak pon bolehh tahann berasap! pedas dia tak ingat, memang bersukanlahh aku [berpeluh sebab kepedasan] tapi sedap!

lepas dah setel bermandi manda, semua bersiap untuk pulang memandangkan hari pon dah petang. diorang cakap, balik ikut laluan lain. "tak lalu hutan tapi kita lalu sebelah highway.." pehh tak kisah lahh janji dapat balik. hahaha. sesampainya kat kereta semua tukar pakaian pastu terus pergi restoran isi perut. kat situ kitorang kutip duit semua. ada duit lebihh kitorang enjoy :D

sempat lagi tu singgah kat Wangsa Walk. lepas tu Affan, Mun, Umu, Jimmy, Muth, Zakwe semua pulang ke rumah. ehh aku pergi mana pulak? haha, aku, Raman ngan Ezat stay kat rumah Kaer sebab aku dah penat gila. tidurlahh satu malam di rumah Kaer.

betul betul seronok!