Thursday, July 29, 2010

Al-Marhum dalam kenangan.. 1989-2006

turn on speaker !


aku belek belek page group batch 13 kat fesbuk, aku terjumpa gambar nihh. gambar yang penuh dengan 1001 macam ragam dan kenangan yang takkan boleh dilupakan sehingga kita dah betul betul nyanyok. hahaha. betul aku tak tipu. bila aku tengok gambar ni je, macam macam yang terlintas kat kepala aku. banyak peristiwa berlaku time tu. ada yang sedih dan ada jugak yang seronok. well, itulah kehidupan. takkan semua nak seronok je kan. macam unfair la pulak. hmm

first sekali bila aku tengok gambar nih, aku terus teringat kat seorang member yang sempoi gila. bila lepak ada je cerita. aku terputus hubungan dengan dia lepas habis UPSR. aku belajar dekat Kuala Selangor tapi dia tak sekolah kat situ. dia sekolah kat rumah dia je. masuk je tahun 2006, aku dapat berita yang dia dah pindah. dia dah pindah ke alam yang lain iaitu alam kubur. ye, beliau telah kembali ke Rahmatullah. aku pon macam tak percaya mula mula. yang inform kat aku pon kalau tak silap aku Rahman takpon Gempeng. jadi aku nekad call mak dia. ntah macam mana aku boleh ingat nombor rumah dia pulak. aku call mak dia angkat.."assalamualaikum makcik, ni Ikram nihh. err dengar cerita Mustakim dah meninggal, betul ke makcik??" mak dia jawab dengan nada agak sebak sikit "Ikramm, ha'ahh betul Ikram, Akim dah takde dahh.." "erm macam mana dia boleh meninggal makcik?" "dia eksiden ttime nak pergi sekolah, dia bawak motor.." [lebih kurang macam tulahh perbualan antara aku dengan mak al-marhum]. lepas dah habis borak, aku terus rasa macam nak balik hujung minggu tu, nak ziarah keluarga al-marhum. aku dah call mak aku pastu dia setuju nak pergi ziarah sekali.

petang Jumaat aku terus balik, aku mintak kebenaran warden dan dengan senang aku dapat kelulusan pulang. wahh aku balik secara halal. selalu takde maknanya aku nak mintak kebenaran. 'pagar belakang' menjadi saksi aku lari sekolahh. hahahaha. okay itu cerita lain, so lain kali aku cerita lah kot.

dikontot kan cerita, aku dengan family aku pon terus pergi ziarah family Mustakim. mak dia bercerita dengan mak aku, bapak dia bercerita dengan bapak aku. aku?? sape nak layan aku kan?? hahahaha. haa memain! aku kira tukang dengar jelah. cerita mak dia lebih kurang macam ni,

"malam sebelum arwah pergi, dia mintak izin nak keluar nak rayau rayau kat Shah Alam. makcik pon heran tetiba dia mintak kebenaran, selalu dia kalau nak keluar dia main keluar je. lepas tu dia rayau sorang-sorang malam-malam buta tu. esoknya, dia pergi sekolah teknik macam biasa. (teknik Klang) masa dia bawak motor, dia kena langgar, dia terjatuh lepas tu kena langgar lagi. lepas tu dia meninggal.." (cerita ni lebih kurang laa, aku dah tak berapa ingat sangat dahh)

kalau tak silap aku dia meninggal kat tempat kejadian. yang paling aku terkejut dia meninggal sebelum dia nak pergi belajar. setahu aku, orang yang meninggal sewaktu nak menuntut ilmu dikira mati syahid. syurgalah tempat orang yang mati syahid. Insya-Allah dan harap-harap beliau bersama-sama dengan para syuhada'.

cerita ni dah lama sangat la bagi aku. aku ni pulak memori kurang power, so aku ingat ingat lupa cerita nih. ada sekali tu aku pergi dengan kawan-kawan. yang aku ingat bapak Med yang hantar kitorang pergi ke tanah perkuburan untuk kitorang ziarah kubur al-marhum. mungkin aku pergi ngan kawan-kawan dulu baru pergi dengan mak bapak aku. tapi itu semua tak penting ponn kan.

apapepon kita yang masih hidup teruskanlah dengan kehidupan kita. aku buat cerita ni pon bukan sebab apa, dalam page fesbuk tu bila aku cakap Akim dah meninggal, ada yang tak tau lagi. jadi bagi sesiapa yang baca post kali ni, aku mintak tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, dan doakan supaya dia ditempatkan dengan orang orang yang beriman. Al-Fatihah~

Akim 1989-2006

Saturday, July 24, 2010

Showdown 2010

you ready..you ready..ready for the showdownnnn~ 
showdown by Black Eye Peas




Showdown? show off?? showcase?? shorea?? ahh merepek.
showdown adalah salah satu rancangan realiti yang menarik perhatian aku yang ada dekat 8tv. kalau hari rabu memang aku selalu kena bahan kalau aku balik awal. "Tua nak tengok showdown la tuhh.." hahaha. selalu aku balik siap siap mandi pastu terus tercegat kat depan teevee tu pastu mulut kumat kamit cakap "cepatlahh habis 8tv Quickie nihh!! banyak pulak diorang bebel, dah la sepatah pon aku tak paham" hahahah. siap tengok siaran ulangan dia lagi tuhh. hahahah. punya lah seronok aku tengok. cerita tu dah habis minggu lepas kalau tak silap aku. aku pon tak tau kenapa aku tertarik dekat cerita ni, tapi bagi aku rancangan tu adalah lain daripada yang lain punya rancangan. ye laa, selalu asik nyanyi nyanyi nyanyi. baik tengok Akedemi Al-Quran.[wahhh]

rancangan ni best sebab dia lawan joget joget. dalam semua episod episod yang aku tengok. aku ada tertinggal beberapa episod je. hahahaha. punyalah taksub. bajet macam ada membe sendiri yang masuk comp tu kan. bagi aku show diorang semua superb! tapi yang tak bestnya tu,WAKAKA yang jadi juara untuk Showdown 2010. crew yang aku support tak jadi juara. dah macam aku tengok world cup haritu. aku tak tahu lah apesal kan.

dalam cerita ni, aku support dua group je Giller Battle Crew (GBC) ngan Floor Fever. dua dua group tu memang best! aku tak taulahh apesal. aku rasa macam diorang tu bagi inspirasi kat aku. hahahaha. inspirasi ape pon aku tak tau. nak kata aku budak joget, badan keras. nak kata aku reti break dance lagilah menipu. hahahah. tapi aku memang salute kat dua group ni.

aku pelik betul la orang orang media prima, ada je idea orang nak tarik tengok diorang punya stesen tv diorang kan. akal panjang je kalau nak buat duit. hahahaha. apape jelahh, yang penting aku terhibur. tapi macam tak puas sebab dah habis dah.

aku ingat lagi time awal awal aku tengok cerita tu, time tu tengah audition kat belah utara. hahaha. mat shuffle nak buat shuffle tapi macam haram, lambat gila nak start. siap nak berkaroke lagi. pakai lagu MCR pulak tu. lepas dah nyanyi rangkap awal tak masuk masuk lagi joget dia. sekali dah masuk huh. macam gampang. terus kena stop ngan juri. hahahaha. awat hangpa sakai sangat buat lama-lama?? hahaha. tau jelahh kalau lagu shapel (shuffle) dah masuk. depa dok dung dung dung. hahahahaha. tapi takpe, diorang dah feymes kat Malaysia. bagus bagus. nanti showdown 2011 masuk lagi tau! bawak lagu tu lagi. hahahahaha

ada satu minggu tu, diorang kena buat style Michael Jackson. itu jam semua crew memang best gilalahh! joget semua taknak kalah macam MJ. paling style GBC laa. diorang bawak lagu Billy Jean. siap pakai suit MJ tu yang tak tahan tuu.

time final punya lagi show! tiga tiga crew memang kelas gitu! hahaha. ada persembahan dari kumpulan Funky Girl. halamakk, comel je budak budak tu. yang GBC siap breakdance pakai kerusi tu. korang memang betul betul gila laa. hahahha. tapi takpe, nasib tak menyebelahi korang sebab yang buat penentuan tu pakai sms. kalau tak pakai sms memang korang boleh menang punya. apape pon kita tunggu Showdown 2011 pulak. tengok mana group yang power power.

"Are You Game?" 

Monday, July 12, 2010

piala dunia 2010

*mood : K'Naan-Wavin' Flag

piala dunia pon dah pon melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada Spain. hahahaha. aku tak tau la kata apa sebab terlalu sedih sebab Netherlands tak menang. aku baru nak tengok Puyol menangis kekalahan tapi apa boleh buat, kemenangan milik diorang. hm, ada laa satu bintang nanti kat jersey Spain tuhh. nasib kau lahh sotong sebab kau ramal tepat. kalau tak habis kau kena beduk ramai-ramai dengan Argentina, Germany ngan Spain. hahahaha. ada lagi sekor binatang jugak ramal dia menang nama dia spANT. hahaha. semut belaan Zack Zuhairi. aku tak tahu la macam mana si semut tu pon boleh ikut tuan dia sokong Spain. hehe

alasan-alasan yang sedap didengar oleh penyokong Holland tapi tak suka didengar oleh penyokong Spain:
  • bolehlahh diorang menang, Belanda main 10orang je. 
  • alaaa Roben kasi chance je tuh kat Spain, kalau tak dah sumbat 2-0 lagi malu Spain ngan Paul dan juga spANT.
  • referee gila kad kuning.
  • Paul kata Spain, takut kalau kalah nanti sotong tu kena tibai atau ragging.
  • Holland saja kasi chance kat Spain sebab diorang dah mengharap sangat nak menang.
well itu je kesimpulan yang aku dapat buat time aku tengok final world cup tadi. jadi cuba lagi berusaha pada 2014 di Brasil! kahkahkah Brazil dah fobia dengan  musuh baru iaitu Belanda. ingat tu! BELANDA !!
HAHAHAHAHA.