Saturday, October 30, 2010

demi MASA

1991 , 1995 , 2004 :D

aku suka tiga tiga jam ni. paling aku sayang yang tengah tu sebab dia limited edition. ahahha, semua aku sayang sebab semua tahun rare tu except yang 2004. tapi kira lama la jugak tu kann. hhahahaa. haaa, dapat jugak aku membuat koleksi jam tangan. seronok jugak main kumpul kumpul jam tangan ni. hobi baru aku kott. tapi baru ada tiga, lagipon buat apa kumpul banyak banyak. aku bukan ada banyak tangan ponn. hahahaha.

jam tangan bagi aku adalah salah satu dari barang yang perlu aku ada. walaupon aku memang sukar nak tepati masa. at least aku tak terkebil kebil seluk tangan dalam poket pastu tengok fon. nak kena unlocked dulu la bagai. hahaha. sangatlahh leceh. baru baru ni aku tak pakai jam dah berapa lama dahh, tangan kiri aku asyik dok membelek tangan kanan je, ingat ada jam. hahaha. tetapi dengan berkat kesabaran aku dapat lahh membeli lagi seketul jam tangan. alaa jam tangan bodohh je.bak kata Hanis Zalikha, ni jam tangan zaman dia sekolah dulu. dia lain aku lain. hahahaha.

jadi pada sesiapa yang tak suka pakai jam terutamanya Atok, cuba la try pakai. best kott! HAHAHAH !

peperiksaan terakhir.

agak agak kena tak maksud atas tu dengan final exam? aku rasa macam kena je. kalau tak kena sila beritahu yaa. okay kali ni aku dah rasa apa yang semua orang rasa iaitu demam peperiksaan. kalau budak sekolah sibuk dengan peperiksaan akhir tahun, kalau UiTM dah start dah exam diorang. manakala aku pulak mula start nak memerah otak, menggoreng ayat, menibai, ikut logik akal dan sewaktu dengannya akan bermula pada minggu hadapan. dan selepas habis final exam untuk semester kali ini, aku akan mendaftar sebagai orang kerja ataupon praktikal. konon konon nak asah bakat selama kita belajar ni kat tempat orang pulak. sangat poyo kat situ aku rasa sebab aku tak belajar apa pon sebenarnya. hahahha.

tup tap tup tap dah nak habis dah untuk semester kali ini [selalu orang guna ayat pejam celik pejam celik]. memang betul lah sangat pantas masa berlalu, Watson Nyambek pon confirm tak dapat nak kejar masa. hahaha. sekarang ni aku konon konon menyibukkan diri dengan membelek segala nota yang aku belajar selama semester kali ni. tapi bila aku belek beg aku. aku tengok, nota aku sangat la sikit. yang nota lecturer bagi pon ada beberapa helai je. kalau nota salin lagilahh. berapa helai muka surat je aku guna untuk menyalin. ini menampakkan bahawa aku sangatlah tidak ambik berat pasal aku belajar. tapi itu semua dusta semata mata. aku tengok kat budak budak kelas aku yang acah acah rajin tu pon lebih kurang je. lebih sikit je. bila aku tanya diorang apa benda diorang belajar, "aku pon tak tau la tua, aku tak berapa paham sangat apa yang puan/encik/cik ajar, aku salin je.." hmm macam mana??

aku pon mula laa bajet mengimbau masa silam nak tengok betul ke aku tak belajar, rupa rupanya baru aku tahu yang ada sesetengah kelas tu lecturer tak ajar. dia just bagi ASSignment suruh kita carik lepas tu present kat kawan kawan. dia just duduk belakang konon konon ambik markah presentation. hah! gaji apa yang diorang dapat?? gaji buta atau gaji celik?? Allah je yang Maha Mengetahui. mana tak aku dapat ilmu. budak budak pon tak paham apa yang diorang present kat depan. hahaha. indah betul jadi seorang pendidik. kahkah. [ jangan marah, siapa hidu tahi, dia yang tau betapa BAIKnya bauk tahi ] lepas tu bila ada test, ada budak gagal mulalahh salah kan student cakap "kenapa gagal?? kan saya dah ajar, kawan kamu pon ada ajar sekali, diorang okay je tak gagal.." "bolehlahh, nota bersepah keliling dia" (bisik aku dalam hati)

hahaha, aku ni kerja nak salahkan orang lain je kann. tak guna nak salahkan orang lain dahh. ni lahh masanya kita kena study hard, bukan study smart. bak kata Wafiy. waktu waktu ni kalau kita salahkan orang lain sangatlah tak boleh blahh. padahal aku selalu buat. hahaha. apa guna internet, cariklahh bahan sikit nak menampung nota kita yang tak seberapa tu. hahaha, tapi kalau macam kira kira tu memang aku pon tak tau macam mana nak selesaikan. dah agak agak kita dah study habis hbisan, kita berserah jelahh kat Allah supaya terangkan hati kita time exam nanti kan.

okaylahh, jomlahh kita berstudy sampai pagi. agak agak boring rehatkan otak kejap lepas tu sambung balik. tapi masalah aku nota tak cukup! hentam sajalahh labuu...ohh ya! bukan Oh! Tidak, hahahha, bagi sahabat seperjuangan aku, aku nak nasihatkan supaya jangan lupa untuk print slip peperiksaan, pen sendiri sendiri, kad matriks dan sebagainya. itu je, hehe.

pssstt, share sikit jawapan nanti wehhh.. HAHA !!

Good Luck to all my friends!

Friday, October 29, 2010

Sepak Bontot (Kick-Ass)

dah tengok cerita ni? aku tau aku sangat ketinggalan untuk menonton cerita lawak ni. aku ingat tarikh cerita ni keluar kat cinema Malaysia pada 16 Julai 2010. sebab time tu aku tengah keluar dengak rakan baik aku, Kaer. aku selalu sangat la ketinggalan bab bab cerita baru ni. bukan apa, aku memang malas pon nak tengok kat wayang. kalau datang mood nak tengok barulahh aku tengok. tapi selalunya memang tak pernah datang pon mood tu. hahaha. okay balik kat cerita ni. aku tengok kat komputer je. ada orang download aku  dengan pantas rembat letak kat thumb drive aku. hahahha. terima kasih botak !

bagi aku cerita ni pon boleh tahan bestnya, hero dia dah macam bukan hero dah aku tengok. yang betul betul hero dalam cerita ni aku tengok Hit Girl yang comel tu. aku suka kott kat minah tu. sangat comel ! dapat jumpa dia memang aku terus nak try mintak couple. dapat tak dapat tu belakang kira. hahahha. paling tak boleh blahh aku tengok yamg mamat pakai costume merah tu. bajet nak jadi hero tapi macam bodohh. muka taknak macam mamat bunkface pulakk aku tengok. hahaha. dah laa macam bodoh, ada hati nak jadi superhero, nasib baik bapak dia kaya. hahaha. aku pon tak tau nak comment apa tentang cerita ni. walaupon ada unsur unsur 18 tahun ke atas. biasalahh tu, mat saleh kan tengah sebarkan propaganda diorang tu. ada adegan 18 tahun ke atas, tapi tiba tiba klasifikasi cerita ni jadi U pulak. untuk umum. kalau parent aku tengok part part yang tak senonoh tu mau kena beduk aku. hahaha.

I LOVE YOU HIT GIRL !

Thursday, October 14, 2010

Puisi Nasi Lomak Mokas.

Aimi, kau buat orang teringat nasik lemak dia laa. haha


Cikgu Mokas ohh Cikgu Mokas, 
bagaimana kitorang mahu mendapatkan nasik lemakmu wahai Cikgu Mokas,
kami laparkan nasi lemakmu wahai cikgu, 
walaupon cikgu jual secara underground, pelanggan setia cikgu tetap ramai,
hanya bermodalkan plastik, ubat stepler, dan juga baldi. haha.
bukan setakat nasik lemak seringgit cikgu tu je yang kami teringat,
kami jugak teringat kat nasik goreng dan air yang cikgu jual.
ohh, mana mungkin nak dapat nasik lemak dengan nasik goreng kurang daripada dua ringgit kat luar ni cikgu.
cikgu,
kitorang kat luar ni dah tak nampak dah kelibat nasik lemak plastik dibungkus petak. semuanya lain,
paling sohai pon bentuk piramid. tu pon jual seringgit setengah.
kadang kadang dah sejuk, tak sedap pulak tu. hish
ohh cikgu,
sampai bila bila kitorang akan mengingati keenakkan nasi lemak cikgu tu.
terima kasih cikgu kerana megenyangkan perut kami diwaktu kami kelaparan. :D

puisi khas ini dipetik daripada cerpen : Nasik Lemakmu yang berlemak (buku tipu je nihh)

Monday, October 11, 2010

Berakhirnya jemputan ke 'open house'


semalam adalah hari last aku dengar orang jemput aku untuk open house sempena hari Raya Idulfitri walaupun tak silap aku tarikh hari terakhir dalam bulan Syawal jatuh hari Jumaat. maklum sajalah, hanya Sabtu dengan Ahad je yang kebanyakkan umat Malaysia ni free. maka dengan itu, dalam satu hari tu kira banyaklah kita mendapat jemputan suruh kita makan atau melantak kat rumah diorang. dan waktu waktu nilahh kita dapat saving sikit duit poket kita sebab dapat makan free! hahaha. itu adalah fakta yang sangat sangat tepat dan tak boleh dinafikan lagi.

macam semalam, aku dapat la pergi satu open house rumah Sadam. tu kira paling last aku dapat jemputan open house untuk Hari Raya. tapi ada jugak tempat yang aku tak dapat pergi atas sebab sebab tertentu. kadang kadang rasa malu pulak bila kita dah dijemput pastu tak datang. yang lagi buat bertambah malu bila kita dah berjanji akan datang tapi tak datang. alamatnya terpaksa menebalkan muka bila jumpa tuan yang jemput kita tu. hish, kadang kadang sampai terpaksa mereka seribu satu alasan. tapi takpe, selalunya diorang paham sebab kita tak datang. haha. memandai je aku ni, aku rasa gitu le.

jadi apape pon aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi jemput aku ni untuk melicinkan makanan yang korang jamah. kepada yang aku tak dapat datang, aku mintak maaf sangat sangat. bukan apa, perut aku dah penuh la masa aku datang rumah rumah sebelum ni tadi, aku sebat kaw kaw. ehh, aku sakit perut laa. bukan bukan, aku terlupa wehh! serious!. haaa, tengok tu. tiga alasan tu boleh bagi. hahaha.

p/s : hidup ini penuh dengan ALASAN.