Monday, October 11, 2010

Berakhirnya jemputan ke 'open house'


semalam adalah hari last aku dengar orang jemput aku untuk open house sempena hari Raya Idulfitri walaupun tak silap aku tarikh hari terakhir dalam bulan Syawal jatuh hari Jumaat. maklum sajalah, hanya Sabtu dengan Ahad je yang kebanyakkan umat Malaysia ni free. maka dengan itu, dalam satu hari tu kira banyaklah kita mendapat jemputan suruh kita makan atau melantak kat rumah diorang. dan waktu waktu nilahh kita dapat saving sikit duit poket kita sebab dapat makan free! hahaha. itu adalah fakta yang sangat sangat tepat dan tak boleh dinafikan lagi.

macam semalam, aku dapat la pergi satu open house rumah Sadam. tu kira paling last aku dapat jemputan open house untuk Hari Raya. tapi ada jugak tempat yang aku tak dapat pergi atas sebab sebab tertentu. kadang kadang rasa malu pulak bila kita dah dijemput pastu tak datang. yang lagi buat bertambah malu bila kita dah berjanji akan datang tapi tak datang. alamatnya terpaksa menebalkan muka bila jumpa tuan yang jemput kita tu. hish, kadang kadang sampai terpaksa mereka seribu satu alasan. tapi takpe, selalunya diorang paham sebab kita tak datang. haha. memandai je aku ni, aku rasa gitu le.

jadi apape pon aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi jemput aku ni untuk melicinkan makanan yang korang jamah. kepada yang aku tak dapat datang, aku mintak maaf sangat sangat. bukan apa, perut aku dah penuh la masa aku datang rumah rumah sebelum ni tadi, aku sebat kaw kaw. ehh, aku sakit perut laa. bukan bukan, aku terlupa wehh! serious!. haaa, tengok tu. tiga alasan tu boleh bagi. hahaha.

p/s : hidup ini penuh dengan ALASAN.

No comments:

Post a Comment