Thursday, September 30, 2010

kemusnahan

aku terasa amat bersalah kat sorang kawan aku ni. mula mula, dia meminta pertolongan kat aku untuk tengok apa masalah belog dia, lepas aku tengok tu, aku pon try la godek godek sampai pening kepala otak aku. dia kata buat je apape asalkan boleh jadi seperti sedia kala. aku mencuba sedaya upaya aku. tapi tak berjaya jugak.

aku mintak tolong kat sorang kawan aku ni, dia kata biar dia try pulak. last last habis hancur blog dia. keadaan makin kucar kacir dan akhirnya kitorang meminta maaf atas kelemahan kitorang.

kitorang mintak maaf ye sebab tak dapat nak menolong malah memusnahkan lagi keadaan.

Wednesday, September 29, 2010

Maher Zain live in Malaysia !

botak macam aku .

Maher Zain?? siapa dia ni? adik beradik Ziana Zain ke?? atau abang Anuar Zain?? tapi takde muka melayu langsung dia ni. bila dikaji secara terperinci, baru aku tau dia ni kembar aku. haa, itu dia kembar aku dah nak datang Malaysia dahh. dah lama aku tak jumpa dia ni, dulu masa kecik kecik aku selalu je main guli. tapi bukan dengan dia ni laa. HAHAHA!

sape dia ni sebenarnya? aku pon tak tau. yang aku tau dia ni penyanyi je. beberapa bulan sebelum puasa aku tengok kat kereta bapak aku ada pasang lagu. aku tanya kat bapak aku "lagu siapa ni ayah?" "ntahla, ayah main beli je, budak yang jual tu cakap sedap, ayah pon beli jelahh" "laa yeke, Sami Yusuf ke?" "bukanlah, ape ntah nama dia, Zain..ape Zain ntah" " ohh, Maher Zain ke?" "haa, tulah dia.." semenjak dari tu, kereta bapak aku asyik la dengar lagu dia ni.

aku bajet mesti ramai gadis gadis datang nak tengok kembar aku ni. HAHA!

Affan accident?

berita ni aku baru dapat pagi tadi dari tuan yang accident. bangun pagi pagi dah dapat berita buruk. haihhhh.
"wehh kau tau tak aku accident?" mak aihhh. dia punya cerita, aku fikir dia main main. sekali dia suruh la aku bukak page dia. jadi stalker kejap. ahahah. tengok member dia semua cerita pasal accident. lepas tu aku suruh la dia cerita dari A sampai Z,

macam mana dia boleh accident??

Affan nak pergi beraya kat KL, dia gerak tiga kereta. dia lalu kat Federal highway. jalan sesak. sekali dia tengok kat belakang dia ada kereta laju je ke arah dia ni. dengan selamba dia langgar kereta Affan, Affan pon follow langgar Myvi. yang langgar Kelisa Affan tu kereta Kelisa jugakk.
Kelisa tu orang perempuan india yang bawak. yang aku tak tahan tu alasan dia tu. ada ke dia cakap dia tak sempat tekan brek sebab kaki dia sakit. dah tau sakit tak payah la bawak kereta. bodoh betul! kereta Myvi tu menurut sumber adalah sebuah keluarga. ada anak kecik pulak tu. kesian betul. yang depan sekali haa, cina. hahaha. semua kaum ada.
[sumber dipetik dari Yahoo Messenger]

tapi Alhamdulillah la si Affan tu selamat. aku tanya dia, dia cakap kaki dia je sakit. tu pon sekejap je. kira konon konon kau dah habis kuat la haa? ahahaha. selamat kau takde apape wehh. kalau nak tau cerita lagi details boleh la tanya si Affan tu ye.
ini gambar gambar yang dia bagi kat aku tadi



menurut tuan empunya kereta lagi, kereta dia didapati total lost.  aduhhhh.
kereta apa pulak kau pakai lepas ni Affan?? hehe.

moral of the story : "janganlah kau bawak kereta sewaktu kaki kau tengah sakit!"


Saturday, September 25, 2010

berkelah di tepi highway

apa kabar semua ? amacam seronok tak dah masuk belajar balik?? mesti 'seronok' kann?? ahaha. mood raya tu mesti ada lagi. paling kurang pon otak mula nak pikir pergi serang open house. hahaha. siapa yang taknak makan free kan?? tipulahh ada yang tak suka makan free ni. benda mudah je kott, datang rumah orang tu untuk makan. MAKAN! bukan susah sangat, nganga dan telan. mudah bukan?? lagi mudah dari belajar ABC. 

kali ni aku nak cerita pasal berkelah kat taman traffic light. hahaha, tak boleh blahh, taman trafik light. macam mana aku boleh sesat kat trafik light ni?? mahu carik publisiti ke? takkan la sampai macam tu sekali kan nak carik awek?? hahaha. ceritanya pon bermula...

satu hari masa semua sibuk ada kelas. tiba tiba Alang dapat panggilan dari sahabat dia Bal memberitahu bahawa dia ngan Sadam tengah betulkan tayar vespa DD miliknya. jadi, Alang yang bersifat bantu member tu pon cakap bahawa diorang dalam masalah. jadi aku ngan Alang set terus nak pergi tengok diorang kat mana kan. carik punya carik rupanya diorang ada lat traffic light. dah macam tengah berkelah dahh. hahaha. kitorang pon terus bergegas pergi kat diorang tengok apa masalah diorang. Bal tak boleh nak bukak satu nut kat tayar dia sebab spanner dia lain size la pulakk. Bal pon dengan semangat bercerita laa apa yang terjadi. rupa-rupanya, tayar Bal bocor sebab ada skru pergi tusuk tayar dia. sedihh. Alang tanpa melengahkan waktu dia terus gerak beli tube untuk tayar vespa ngan carik spanner lain. sementara aku, Sadam ngan Bal terus melepak kat rumput yang menghijau tu.

haa tu dia geng vespa tengah lepak.


haa tu dia, dah macam lepak kat Golf Club dah. ahaha. masa nak tunggu Alang datang tu, ramai orang dok usha kitorang, awek awek PTPL, brader brader, segala macam manusia lah senang cerita. pastu ada satu Myvi oren tengah berhenti kat situ, dia turun tingkap tegur kitorang,"bro, dah call member member mintak tolong?" aku jawab "dahh, tengah tunggu dia ni haa.." lepastu dia angguk sambil buat isyarat thumbs up.  thanks la bro ambik berat. dah la ada gadis gadis dalam kereta dia. ahahaha. paling tak boleh blahh time bas PTPL berhenti, mak aihhh semua aweks kott! semua pandang kitorang, bak kata Raman, "MACAM MANE??" hahahha.

setelah sekian lama menunggu, akhirnya Alang datang bawak tube, pump, spanner ngan paling penting teh o ais dua bungkus! haa. bagus la kau alang. lepas tu baru la rancak membuat kerja penukaran tube.

sesi penukaran tube bermula!

lepas dah setel masukkan tube, tibalah masa untuk masukkan balik tayar tu kat vespa,

"mak aihh, berat jugak vespa ni"

bersepah! ni majlis pebandaran marah ni!! haha

brader brader vespa control macho?? AHAHA !



akhirnya, setelah selesai buat semua ni. semua balik pergi rumah sewa masuk bilik terus TIDUR.
sekian. selamat hari raya.



Saturday, September 11, 2010

ucapan hari raya

"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin"

okay, ini adalah salah satu ucapan yang bagi aku ringkas dan padat. takpon senang cerita malas nak goreng ayat panjang panjang betul tak? ada jugak yang kaki puisi siap boleh buat karangan tu dia punya ucapan. tapi dia punya point sebenarnya nak mintak maaf je. haa, itulah yang boleh membezakan antara orang yang rajin dan malas. dan juga orang yang bijak dan kurang bijak.

perasan tak korang yang sekarang ni dah macam macam jenis ucapan kita dapat kan. dulu dulu kita waktu kecik kecik, kita sangap nak beli kad raya, duit belanja yang mak ayah bagi kita kumpul untuk beli kad raya nak bagi kad raya kat kawan kawan. lepas tu sebelum cuti sekolah start, kita mula lahh mintak address rumah kawan kawan dengan tujuan nak bagi kad raya dan juga nak beraya kat rumah diorang. bila nak pergi shopping mula lah singgah kat gerai yang jual kad raya tuh. paling top budak budak beli yang kad raya ada gambar kartun tu. harga dia aku memang dah lupa. lepas tu, kalau member rapat pulak dapat yang stylo sikit. jenis kad nak mahal je, haha. kalau yang anak orang kaya tuh, diorang beli kad raya yang bila bukak tu, ada bunyi lagu raya. fuhh, itu dah kira paling mahal lah tu. agaknya kalau sekarang kad raya ada yang jenis true tone agaknya. haha, mana tahu kan, bak kata Adidas punya motto, "NOTHING IS IMPOSSIBLE!". tapi kan, aku pernah beli tapi mesti tak sempat nak pos. sebab aku selalu beli last minute, lepas tu tak beli stem. -__-". hahahha.

lepas tu, agak dah maju sikit, zaman bebudak dah pakai handphone, maka kedai topup pulak menjadi sasaran untuk beli topup untuk nak wish hari raya kat kawan kawan. macam macam jenis ucapan ada, yang pendek ada, yang panjang berjela pon ada, yang stylo milo pon ada. yang mms punya style pon ada. kira kalau dah nak hari raya tuhh, macam macam jenis no orang ada. ada yang tak dikenali pon ada. no itu ada, no ini ada. memang tak berhenti berbunyiselagi tak sampai hari raya tuh. ada sekali tu aku dapat no pelik pelik, bila aku tanya siapa, dia boleh sekolahkan aku balik, dia cakap aku lupa member la apa la, aku just tanya je "ni sape ek?" nak komfemkan. nanti bolehla save no diorang kan . haihhhzz. paling aku tak tahan, ada mesej tu last sekali dia tulis "ikhlas dari si polan dan isteri" kepala butoh dia bajet dah beristeri. hahaha. tapi takpelahh, itu namanya dah sangap habis dah tu. hahaha. 

dan sekarang ni aku tengok diorang mengambil bakat kreatif masing masing macam letak gambar diorang, lepas tu edit ikut mana ntah, dia pon tulis la salam lebaran ke, apa ke. lepass tu tag laa kat semua jenis kawan diorang. pakai internet je. free lagi kan. memang makin bijak manusia ni. paling smart aku tengok ada satu tu, simple je.

yang ni paling lawa bagi aku. HAHA! ;p


haa macam ni pon stylo jugaklaa kan

haa cukupla aku bagi dua contoh. lepas tu tag tag dan tag. whoa mudahnye! hahaha. tapi still ada orang guna perkhidmatan kad raya. bagi aku itulah yang paling bermakna, sebab dia kena beli kad raya, lepas tu stem lagi. nak tulis ayat ayat leleh lagi. itu jam aku rasa penerima nya tu mesti maafkan punya sebab dia rasa bersalah laa kalau tak maafkan , sebab orang tu dah berabih duit beli itu ini semata mata untuk mendapat kemaafan daripada si penerima. hahaha. apape pon semua tu mempunyai satu misi iaitu memohon kemaafan atas kesilapan seseorang. tak kiralahh cara apa sekalipon kan. janji dia berusaha untuk meminta maaf. hahaha. okay sekian untuk entry kali ni. bye bai!


Monday, September 6, 2010

iklan hari raya

haaaaa. korang dah tengok iklan iklan raya tahun ni?? aku rasa sekarang punya iklan dah tak berapa best la kan. dulu dulu time ada arwah Yasmin Ahmad tu iklan banyak yang best best. sekarang iklan pon dah takde feel sangat dah.
yang paling latest aku baru tau pasal tv3 punya iklan. cetus kontroversi habis! aku pulak tak sempat tengok ikut tv sebab diorang dah tak siarkan kat tv tapi tulahh, ianya still ada kat internet. aku pon cuba la tengok apa kena dengan iklan tu kan. mak aihh. memang bak kata orang muda muda 'cannot go!' langsung. aku tengok dah macam iklan krismes dah. apa kes kan? naik beca terbanglah bagai. kepala hotak dia. apa dia tak fikir ke dulu sebelum dia nak buat iklan tu. nak siarkan apatah lagi kann. aku pon tak paham la apa motif dia buat iklan tuh. kita elok nak beraya dah jadi nak maki hamun pulakk.
lain kali nak buat iklan tu pikir la sikit. banyak lagi benda boleh buat bukan? main bakar bakar lemang ke, masak ketupat ke, buat rendang ke, kacau dodol dalam kawah ke. ini tak, santa klaus pakai songkok pulak. kacau dodol kat dalam bunga lotus. apa cerita kawan?? baik simpan idea iklan tu untuk perayaan lain pulak. aku taknak cakap banyak laa kan pasal benda nihh. sebab dah ramai sangat dah orang cakap pasal benda nihh. siap ada group lagi dalam Facebook haa 
okaylahh apape pon enjoylahh raya korang semua dan pulanglah ke kampung halaman dengan selamat. sesungguhnya mereka tunggu dengan penuh harapan agar kita semua pulang dengan selamat. aku nak bagitau yang aku punya kampung dekat je. bukak pintu rumah dah nampak rumah opah aku. ohh opah, i miss you! HAHA!
bagi sesiapa yang baca ni, aku nak ucapkan selamat hari raya idulfitri. maafkan la aku ye kalau kalau aku ada buat dosa kat korang.