Saturday, September 11, 2010

ucapan hari raya

"selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin"

okay, ini adalah salah satu ucapan yang bagi aku ringkas dan padat. takpon senang cerita malas nak goreng ayat panjang panjang betul tak? ada jugak yang kaki puisi siap boleh buat karangan tu dia punya ucapan. tapi dia punya point sebenarnya nak mintak maaf je. haa, itulah yang boleh membezakan antara orang yang rajin dan malas. dan juga orang yang bijak dan kurang bijak.

perasan tak korang yang sekarang ni dah macam macam jenis ucapan kita dapat kan. dulu dulu kita waktu kecik kecik, kita sangap nak beli kad raya, duit belanja yang mak ayah bagi kita kumpul untuk beli kad raya nak bagi kad raya kat kawan kawan. lepas tu sebelum cuti sekolah start, kita mula lahh mintak address rumah kawan kawan dengan tujuan nak bagi kad raya dan juga nak beraya kat rumah diorang. bila nak pergi shopping mula lah singgah kat gerai yang jual kad raya tuh. paling top budak budak beli yang kad raya ada gambar kartun tu. harga dia aku memang dah lupa. lepas tu, kalau member rapat pulak dapat yang stylo sikit. jenis kad nak mahal je, haha. kalau yang anak orang kaya tuh, diorang beli kad raya yang bila bukak tu, ada bunyi lagu raya. fuhh, itu dah kira paling mahal lah tu. agaknya kalau sekarang kad raya ada yang jenis true tone agaknya. haha, mana tahu kan, bak kata Adidas punya motto, "NOTHING IS IMPOSSIBLE!". tapi kan, aku pernah beli tapi mesti tak sempat nak pos. sebab aku selalu beli last minute, lepas tu tak beli stem. -__-". hahahha.

lepas tu, agak dah maju sikit, zaman bebudak dah pakai handphone, maka kedai topup pulak menjadi sasaran untuk beli topup untuk nak wish hari raya kat kawan kawan. macam macam jenis ucapan ada, yang pendek ada, yang panjang berjela pon ada, yang stylo milo pon ada. yang mms punya style pon ada. kira kalau dah nak hari raya tuhh, macam macam jenis no orang ada. ada yang tak dikenali pon ada. no itu ada, no ini ada. memang tak berhenti berbunyiselagi tak sampai hari raya tuh. ada sekali tu aku dapat no pelik pelik, bila aku tanya siapa, dia boleh sekolahkan aku balik, dia cakap aku lupa member la apa la, aku just tanya je "ni sape ek?" nak komfemkan. nanti bolehla save no diorang kan . haihhhzz. paling aku tak tahan, ada mesej tu last sekali dia tulis "ikhlas dari si polan dan isteri" kepala butoh dia bajet dah beristeri. hahaha. tapi takpelahh, itu namanya dah sangap habis dah tu. hahaha. 

dan sekarang ni aku tengok diorang mengambil bakat kreatif masing masing macam letak gambar diorang, lepas tu edit ikut mana ntah, dia pon tulis la salam lebaran ke, apa ke. lepass tu tag laa kat semua jenis kawan diorang. pakai internet je. free lagi kan. memang makin bijak manusia ni. paling smart aku tengok ada satu tu, simple je.

yang ni paling lawa bagi aku. HAHA! ;p


haa macam ni pon stylo jugaklaa kan

haa cukupla aku bagi dua contoh. lepas tu tag tag dan tag. whoa mudahnye! hahaha. tapi still ada orang guna perkhidmatan kad raya. bagi aku itulah yang paling bermakna, sebab dia kena beli kad raya, lepas tu stem lagi. nak tulis ayat ayat leleh lagi. itu jam aku rasa penerima nya tu mesti maafkan punya sebab dia rasa bersalah laa kalau tak maafkan , sebab orang tu dah berabih duit beli itu ini semata mata untuk mendapat kemaafan daripada si penerima. hahaha. apape pon semua tu mempunyai satu misi iaitu memohon kemaafan atas kesilapan seseorang. tak kiralahh cara apa sekalipon kan. janji dia berusaha untuk meminta maaf. hahaha. okay sekian untuk entry kali ni. bye bai!


No comments:

Post a Comment