Saturday, September 25, 2010

berkelah di tepi highway

apa kabar semua ? amacam seronok tak dah masuk belajar balik?? mesti 'seronok' kann?? ahaha. mood raya tu mesti ada lagi. paling kurang pon otak mula nak pikir pergi serang open house. hahaha. siapa yang taknak makan free kan?? tipulahh ada yang tak suka makan free ni. benda mudah je kott, datang rumah orang tu untuk makan. MAKAN! bukan susah sangat, nganga dan telan. mudah bukan?? lagi mudah dari belajar ABC. 

kali ni aku nak cerita pasal berkelah kat taman traffic light. hahaha, tak boleh blahh, taman trafik light. macam mana aku boleh sesat kat trafik light ni?? mahu carik publisiti ke? takkan la sampai macam tu sekali kan nak carik awek?? hahaha. ceritanya pon bermula...

satu hari masa semua sibuk ada kelas. tiba tiba Alang dapat panggilan dari sahabat dia Bal memberitahu bahawa dia ngan Sadam tengah betulkan tayar vespa DD miliknya. jadi, Alang yang bersifat bantu member tu pon cakap bahawa diorang dalam masalah. jadi aku ngan Alang set terus nak pergi tengok diorang kat mana kan. carik punya carik rupanya diorang ada lat traffic light. dah macam tengah berkelah dahh. hahaha. kitorang pon terus bergegas pergi kat diorang tengok apa masalah diorang. Bal tak boleh nak bukak satu nut kat tayar dia sebab spanner dia lain size la pulakk. Bal pon dengan semangat bercerita laa apa yang terjadi. rupa-rupanya, tayar Bal bocor sebab ada skru pergi tusuk tayar dia. sedihh. Alang tanpa melengahkan waktu dia terus gerak beli tube untuk tayar vespa ngan carik spanner lain. sementara aku, Sadam ngan Bal terus melepak kat rumput yang menghijau tu.

haa tu dia geng vespa tengah lepak.


haa tu dia, dah macam lepak kat Golf Club dah. ahaha. masa nak tunggu Alang datang tu, ramai orang dok usha kitorang, awek awek PTPL, brader brader, segala macam manusia lah senang cerita. pastu ada satu Myvi oren tengah berhenti kat situ, dia turun tingkap tegur kitorang,"bro, dah call member member mintak tolong?" aku jawab "dahh, tengah tunggu dia ni haa.." lepastu dia angguk sambil buat isyarat thumbs up.  thanks la bro ambik berat. dah la ada gadis gadis dalam kereta dia. ahahaha. paling tak boleh blahh time bas PTPL berhenti, mak aihhh semua aweks kott! semua pandang kitorang, bak kata Raman, "MACAM MANE??" hahahha.

setelah sekian lama menunggu, akhirnya Alang datang bawak tube, pump, spanner ngan paling penting teh o ais dua bungkus! haa. bagus la kau alang. lepas tu baru la rancak membuat kerja penukaran tube.

sesi penukaran tube bermula!

lepas dah setel masukkan tube, tibalah masa untuk masukkan balik tayar tu kat vespa,

"mak aihh, berat jugak vespa ni"

bersepah! ni majlis pebandaran marah ni!! haha

brader brader vespa control macho?? AHAHA !



akhirnya, setelah selesai buat semua ni. semua balik pergi rumah sewa masuk bilik terus TIDUR.
sekian. selamat hari raya.



2 comments:

  1. pehh . mmg hebat la korg . awek PTPL yang paling tak bole bla tuu. kalo awek shahputra mst kau yg paling kene bahan . HAHAHA . *guraw2

    ReplyDelete
  2. ha'ah . aku memang kena bahan punya maaa . ;p

    ReplyDelete