Saturday, April 7, 2012

Finale Year Project

rindu rasanya nak bebel seorang diri kat sini. sini jelah tempat aku nak merapu mengalahkah perapu-perapu profesional.

sibuk dan malas adalah alasan utama aku untuk mengupdate belog aku ni. Semester akhir ni macam-macam kerja nak diselesaikan especially final project. Yaa, ia berkenaan dengan projek akhir bagi menamatkan sesi pembelajaran aku selaku pelajar Wood-Based Technology. tak buat final project, kau tak dapat nak grad.

tapi Alhamdulillah, segala urusan telah pun diselesaikan. macam-macam dugaan cabaran aku tempoh demi untuk membuat final project ni. satu masalahnyaa adalah, aku buat kerja last minute. betul-betul perangai anak melayu yang susah nak maju. aku mengakui aku salah seorang daripada orang yang suka menangguh-nangguh dalam membuat sesuatu pekerjaan.

dengan tak tidur berapa harinya, lepastu datang satu satu masalah yang boleh menyakitkan kepala otak, fuhh memang kadang-kadang rasa nak putus asaa jee. give up kott kalau tetiba ada masalah datang. masalah besar-besar pulak tu, bukan kecik punya masalah. hahaha.

tapi sebenarnyaa, kalau kita dapat siapkan kerja last minute tu, kita akan terasa sangatlahh berpuas hati. tak percaya? trylah buat. aku dah biasa buat perkara macam ni. hahaha. orang lain dok rilekss je sebab kerja dah siap. kita pulak dok kalut buat kerja. tapi tup tup kerja kita boleh siap, siapa tak puass beb?? haa. hahaha

okay aku rasa panjang sangat dah aku bebel pasal kerja last minute ni. haha

cerita sebenar mengikut tajuk bermula selepas garis ini
....................................................................................................................................................................
Semester 6 diwajibkan keatas semua pelajar untuk membuat satu projek samada membuat produk ataupun membuat kajian (research)

kumpulan aku (aku, Atok, Sadam) memutuskan untuk membuat produk. Atok bercadang untuk membuat loker berbentuk kiub rubik. alaa yang korang main yang susun-susun kiub jadi colour sama tu. so aku dengan Sadam mempersetujui untuk membuat benda tu.

locker yang kitorang buat

kitorang pun buat lah benda tuu, macam-macam dugaan kott! dengan barang tak cukupnyaa, lepastu esok nak present, produk tak siap-siap lagi, salah beli barang, bawak kereta besar, tak muat pulak nak sumbat benda alah ni. pepagi buta call orang cari van. hahaha, tapi dengan izin Allah, dapat jugakk van pepagi buta tuu. dah dapat van, produk kitorang pulak tu cukup2 je masuk dalam van tu. yang tak boleh blahh tu,   bahagian bucu produk kitorang hancurr, jadi macam karipap punya bunga tu, hahaha


masa presentation kat PSA

                           

  letih diaa tak ingat aihhhh, semua lepas balik tidurr dalam kereta haa. diorang pun ada tolong-tolong group kitorang sikit-sikit. terima kasih atas jasa kalian semua. senang cerita satu rumah sewa diorang tulahh aku ucapkan terima kasih. hehe

kenangan bersama Rubic Safety Locker





sekian sahaja buat kali ini, dalam camera aku ada macam-macam gambar masa presentation project ni. nanti aku cerita kan lagi okay! bahbai!