Monday, March 22, 2010

vernier calliper punya hal .

kira jangan tak kira ya !

hahahaha, setelah seminggu mid term break berlalu akhirnya otak kembali mengusut pada hari ini. mana tak nye, pagi tadi dah ada test, ahahaha. takde preparation dan jawab pon hanye menggunakan akal yang telah dikurniakan oleh Allah [paham-paham sendiri la kan] hahahaha. dah tu aku pulak boleh lupa harini ada bengkel. lecturer suruh bawak vernier calliper utk kelas amali petang tadi.aku time exam memang dah tak pikir ape da tadi. aku fikir nak balik ambik je tapi ade kelas agama pulak tu. setelah lame aku berfikir last skali aku buat decision yang aku nak burn kelas agama. ahahaha. punyalah kuat syaitan menghasut kan?? bukan ape. kalau pegi kelas agama bila pulak aku nak cekau menatang tu kan? mane sempat. jauh tuu..

setelah exam tadi habis aku ngan atok pon mulakan langkah bijak burn kelas agama. kitorang bawak alang sekali sebab lecturer bagi permission suruh dia balik. maklumlaa org jalan naik wheel chair kan. dapat la simpati lebih. hoho. sial je ayat kan. lepas dah amik calliper tu kitorang patah balik sebab nak g bengkel. 

susah gila nak kira kot ! pening kepala .
 rupa-rupanya harini kitorang kena kira saiz buluh yang telah dihancurkan. fuhh bukan main mencabar lagi! tak tipu punya. ahahaha. mane tak nya,dia nak carik 100sample!! memang boleh juling kot mata. abe tadi sampai tejatuh sebab da telampau pening sangat.ahahahah. sampai kat aku,saddam ngn atok. kitorang gunakan khidmat main cengkelat [main tipu]. ahahaha. yang best nye tu aku main cengkelat tapi aku punya hampir tepat! hebat jugak aku. ahahahaha. buat punya buat sambil ditiup angin kencang sebab hujan lebat. akhirnya lecturer suruh berenti sambung lain kali. ahahaha. aku bukan main segar terus dgr ayat macam tu. tu maksudnya dah nak balik dah tu. ahahahaha. then kitorang pon pulanglah seperti biasa. ahahaha.






Sunday, March 21, 2010

satu hari suntuk di FRIM

fuhh . jumaat haritu aku follow mereka mereka yang ditugaskan utk buat assignment. saje isi masa lapang kan. daripada terbuang kat depan pc je kan?? ahaha. haritu kitorang pegi frim kepong buat tugasan diorang carik 10jenis batang pokok dgn 10 jenis daun. nampak macam sikit tapi bukan main payah aku tgk diorang carik. aku kira macam menyemak jelah kat sana. ahahaha. aku tolong buat bising je, tapi letih jugak kot. nak tunggu diorang sipamak aih punya lah lama. tapi aku rase tenang je [sebenarnya kelam kabut] tgk pokok2 hijau. berangan pon ada. ahahahaha.mane tak nye, tunggu diorang berjembut kot ! letih menunggu je. ahahaa. tapi memang best la kan. tapi sempat jugak aku jadi gila kejap. hahahahaha.
okaylah, aku pon malas nak taip panjang2. letih pon tak hilang lagi ni. chow !

     ini lah tempat diorang mencarik rezeki ! ahaha

ni time aku tgh boring ahahah
seorang budak dah jadi gila

Thursday, March 18, 2010

alang di PRINCE COURT ?!

"pergh !! ini hotel ke hospital ??" persoalan pertama yang terkeluar dari bibir aku. bukan main cantik lagi hospitalnye. hahaha. memang SIHAT la kalau duduk sini.

alang ( bukan nama sebenar ) dia bagi mesej ringkas kat kitorang yang dia akan buat operation kat prince court. aku pon tertanya-tanya kat mane hospital tu kan. pastu dia cakap dekat dengan klcc. aku mengiyakan je ape dia cakap. [padahal tak tau] ahahah. aku tak puas ati aku tanya mak aku bila aku balik. "mak! prince court kat mane?" mak aku dengan penuh semangat cakap " dekat klcc , ehh sape yang sakit? itu tempat bukan calang-calang orang pergi tu!" aku pon mula la menganggap yang alang tu anak orang kaya . ahahaha .
dipendekkan cerita kitorang memulakan misi carik medical centre tu. jalan punya jalan punya jalan jumpa la akhirnya.
 haa ni lah medical centre nye


haa itu baru luaran. dalaman dia lagi lah membuatkan aku rase macam nak sakit je kan. tapi nt kita 'sakit' la nak bayar pulak. ahahahahaha. dah dah ni dah bukan cerita pasal kawan aku ni. 
okay berbalik pada cerita alang. kitorang pon melawat lah dia. ada membe serumah sewa dia yang jaga dia. mak dia pon ada time tu. so kitorang borak2 la dengan dia. mak dia suruh tgk skru dalam kaki dia. mak aih banyak gila kott !! 

aku pon saja open point bodo. "kaye dohh kau masuk sini.." mak dia pon tergelak sinis. "ini pon sebab panel,kalau tak takdenye masuk sini" [gelak ramai-ramai]. mak dia pon mula la bercerita bab price2 makanan kat situ. mak dia cakap nasik goreng seciput je rm13. teh tarik rm3.50. pehh!! terus nak terkencing aku denga. ahahaha. borak punya borak datang lah kawan2 lama alang. mak dia pon kate "korang borak2 dulu.makcik nak turun bawah kejap". tengak dok seronok borak2 datang la pulak orang fisio. dia nak buat fisio kat alang. ahahaha. tengok alang rasa mcm sakit gila je.[memang sakit pon] yela mane tak nya, baru operation semalamnye dah nak belaja jalan esoknya. hotak dia!. ahahaha.okay lah apape pon alang alhamdulillah selamat. tapi siapakah mangsa yang akan menolak alang menggunakan wheel chair nya ? ahahahaha. wait n see!! :)

Tuesday, March 16, 2010

vivvraa FRANCE !

ohhhh demam piala dunia dah mula terasa , ditambah pulak dengan demam betul2 . hahaha
bahang! bahang!

okaylah ni sementara aku rajin main comp ni kan aku saje la nak post benda ni  . hahaha
team feveret aku utk worldcup tahun ni ialah FERANCE .haa
diorang gempak sebab team diorang banyak orag kulit hitam hahahahaha


haa tengok diorang ni! kan kan kan 


ho ho ho holiday !!

mid term break .
ape yang terbaik untuk dilakukan ??
hahaha

makan dan tido lahh !!

alang pulak operation hari selasa ( harini ) kat prince court . kaye gila kau kan alang ? aku nak lawat pon macam malu malu pulak . hahaha .

mal ajak pergi cerating . bila tak komfem lagi .

atok sadam ngn haziq pulak diarahkan utk mencarik hutan yang ada di malaysia utk diteroka . senang cerita diorang ada assignment la . aku yang takde kena mengena ni pon nak join la diorang . cuti kann.. tak tau nak buat ape baik aku follow diorang . haha .

so , happy holiday !! :D