Saturday, January 1, 2011

dua kosong satu kosong

tahun 2010 telah pon melabuhkan tirainya dengan pelbagai kenangan pahit manis tawa duka suka muka dan pelbagai lagilahh. senyum je aku harini walaupon aku kerja separuh hari disebabkan tangki minyak kereta dah kering pastu tersadai tepi jalan. happylahh kan, negara kasi cuti tapi bos aku suruh kerja. kereta ni pon pandai gak main cheat. dia tahu perasaan aku. hahaha.

macam macam yang terjadi sepanjang 2010 ni kann, ada FIFA World Cup [team aku kalahh] dan macam macam jenis cup lahh untuk tahun ni. paling fresh dan susah untuk basi dalam fikiran kita orang Malaysia ialah pasal AFF Suzuki Cup. cerita cerita pasal bola Malaysia ni ada je kat mana mana. harini aku pergi makan dengan mak ayah aku, kat tempat aku makan tu je dah berapa ramai orang sarung jersi Malaysia. hahhaa, hebat betul lahh. dan kebanyakkan orang masih lagi bercerita pasal bola menentang Indonesia tu. kira cerita ni lambat sikit la nak expired. mana tak nya, first time kott! Syabas kepada skuad K Rajagobal. aku dah tak tahu nak cakap apa lagi kat team diorang ni. semua orang dok cerita pasal diorang lagi lagi pasal keeper Malaysia tu. agaknya selang beberapa minit je, diorang mesti tersedak sebab orang dok seru seru nama diorang. hahaha. sabar jelahh, orang tengah hot bergossip pasal korang. lepas ni jangan terperanjat kalau Melodi tu buat cerita pasal pasukan Malaysia ni. hahaha.

aku bersyukur la sebab akhirnya tercapai cita cita dan hasrat orang kita nak tengok Malaysia julang piala tu. apapa pon, nice game!

jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru Duapuluh Sebelas! semakin tua lahh semuanya. haha.