Monday, June 28, 2010

28062010

maka dengan secara rasminya bermulalahh semester tiga untuk aku. setelah beberapa minggu otak beku, lepas ni mula main perah-perah lagi. jadi kepada Ikram, aku nak wish selamat belajar! hahahahaha. sukati akulahh kan nak wish dekat sapekan. hoho!~

gathering ting ting!

aha! pada hari sabtu 19jun haritu, aku attend satu gathering kat J.Co Sunway Pyramid. gathering ni adalah untuk batch 13 dulu time sekolah. whoaaa memang seronok la walaupon mula-mula aku rasa tak seronok langsung. hahahaha. kalau tak silap aku kepalanye Asya. dia laa dok invite orang, buat discussion nak lepak mana apa semua kat dalam facebook. rancang punyalah lama, adalah dalam sebulan lebih dan akhirnya menjadi realiti. macam realiti show pulak. Asya dah cakap dah datang awal dalam pukul 10 ke 11 ke, tapi bila berjanji dengan orang melayu lagi-lagi macam kitorang kitorang ni, harapan la nak 'on time' bak kata mat saleh. hahahaha. susah betul nak berjaya orang orang macam ni.

kitorang datang dalam pukul 11 lebih, tapi ada beberapa ketul je yang tengah dok duduk tunggu orang. hahahah. muka seposen je masing masing. bila kitorang datang haa, J.Co tu dah jadi macam kedai mamak dahh. macam orang tak pernah datang. [memang aku tak pernah jejak J.Co ni]. borak dengan orang-orang yang dah selalu lepak je. hahahaha. macam biasa, Raman  adalah orang yang selalu dijadikan bahan. Raman dah biasa dah kan Raman kan?? hahahah. tergelak sana tergelak sini. nak tertonggeng pon ada dahh. Affan datang tak cerita banyak, terus order donut banyak-banyak.

lepas tu mulalahh sesi kenalan lah apelah, lepas tu terus gerak mamak pulak. alih-alih lepak mamak jugak. hahahaha. dah sampai mamak lagilah perangai dah macam keling pulak. kumpul table banyak-banyak pastu gelak-gelak. bahan mamak ambik order. Wafiy la sakat mamak tu. orang panggil BOS! mamak tu jawab BAS! mana tak pecah perot tergelak! muka mamak tu selambe je macam tak salah langsung. adoii pening kepala aku tengok gelagat mamak.

bila dah kenyang mula lahh orang blahh, tinggalnye kitorang-kitorang je. Sakinah pulak bawak kad, aishh abang pon mulalahh tunjuk hebat. dah lama tak main kann. biasalah, bila pro dah main, haa semua orang aku tapau. tak pernah cong kad langsung tu. jadi kepada sesiapa nak lawan aku tu pikir dua tiga kali ye. hahahaha [ayat riak macam taik] sekali dak perempuan nak blahh, cerita la gosip sikit-sikit. biasalah tu, tak boleh dipisahkan Ikram dengan gossip. hehe

semua blahh kitorang pon angkat kaki jugak. bukan balik tapi pergi jalan-jalan jumpa Kaer kat Wangsa Walk pulakk. aduuhaii. asik dok berjalan je orang zaman sekarang ni. ini baru betul-betul reunion atau semangat setia kawan! hahahaha. lepak sana kejap lepas tu malam balik la rumah sebab esoknya Ezat kerja. 100% seronok!

 haa kau!  banyak cawan. hahahah

Wednesday, June 23, 2010

rooster dah hilang booster.

maka dengan secara rasminya pasukan kesukaan aku telah pon tersingkir untuk ke quarter-final. sungguh memilukan lagi menyedihkan kerana apa yang aku harapkan tidaklah tercapai. bagaimana ia boleh berlaku? bagaimana ia boleh terjadi? sungguh tidak aku sangka bahawa pasukan yang aku kagumi jatuh merudum dan juga mendadak. tidakkah anda hairan, satu pasukan yang sering menjadi buah mulut dihina dengan kekalahan yang memalukan? renungkanlah. pemainnya gah di arena bola sepak, nama mereka sering dikaitkan dengan pasukan-pasukan gergasi di EPL, Liga Sepanyol dan lain lain.

siapa tidak mengenali Anelka? Henry? Ribery? Evra? saya pasti ramai yang mengenali nama-nama mereka ini. ya satu ketika dahulu pasukan ini pernah memenangi dan menjulang piala dunia iaitu pada tahun 98'. dimanakah perginya kekuatan mereka yang pada satu ketika dahulu digeruni dek pencabar lain? mengapa kekalahan yang memalukan boleh terjadi? adakah mereka hilang sifat kerjasama dalam pasukan? adakah mereka hanya mementingkan diri sendiri? tidakkah mereka rasa bahawa mereka memikul satu tanggungjawab yang besar terhadap negara mereka sendiri?

yaa ayat ayat di atas ini sungguh novelis dan sastera. hahaha. aku pon terperanjat bila aku baca balik ayat-ayat kat atas ni. tak boleh blahh, konon macam hebat je. ni kalau aku tunjuk kat Cikgu Mahani ni komfem dia kasi aku RM50. hahahaha. mungkin kat dalam diri aku ni ada kebolehan menggoreng ayat kot?? kot laa kann.

sebenarnya sedih gila bila tengok favorite team aku kalah. bukan apa, aku bukan main yakin lagi yang team ni boleh blahh pegi naik pusingan atas. last-last team ni paling bawah antara group A. ntah apa masalah diorang ni pon aku tak tau. kalaulahh aku kenal sekor sekor player diorang ni, dah lama aku bagi tazkirah kat diorang. hahaha. itu pon 'kalau'. itu masalah, ini masalah, apa masalah sebenarnya? tapi bila aku pikir-pikir balik, pergi lantaklahh kan, bukan negara aku pon. jadi aku rasa kurang kesahla diorang tu pergi naik pusingan seterusnya atau takk. cuma hati ni sedihlaa kan. diorang main pon lembik je. apa Domenech tu tak bagi korang makan ke? aku nak cakap yang korang main dah habis baik pon tak boleh sebab memang rentak diorang 'slow' je. dah la empat tahun sekali benda ni jadi. nak tunggu lagi sekali kang dah berjanggut ke, ntah aku dah mati ke. siapa tahu? haihhh..Les Blues~

Monday, June 21, 2010

hadiah

sembilan haribulan jun adalah tarikh paling keramat bagi aku. ia cukup bermakna bagi seseorang insan yang berjaya menjadi seorang insan yang paling baik antara yang terbaik [ayat bangsat]. sebenarnya ni tarikh birthday aku. selama aku menyambut ulang tahun kelahiran pada setiap tahun [waktu aku dah besar], paling power pon aku dapat adalah pesanan ringkas yang membawa seribu satu makna dalam hidup. "bro! happy birthday, semoga kau panjang umurlahh.." macam-macam lagi jenis ucapan aku dapat. aku memang hargai apa yang korang bagi tu. at least korang ingat kat aku kan. hohohoho. cuma ada sekali aku dapat dari seorang kawan, dia bagi aku mug. fuiyoo mahal tu! tapi sekali jelahh. hahahahahaha.

tapi tahun ni aku dikejutkan lagi dengan hadiah yang tak diduga. "ish, macam budak-budak pulak nak hadiah hadiah. malulahh sikit." hahahaha. bukan aku yang mintak. tapi orang dah bagi kita terima lahh dengan redha dan hati yang terbuka. rupa-rupanya Kaer, Fawwa ngan Anyss dah pakat nak bagi hadiah. kepada korang bertiga, terima kasih laa sebab sudi habiskan duit beli hadiah. hahahaha. aku janji aku jaga elok elok si FIKA tuhh. hahahaha.

aku nak wish kat Ikram Hatta "HAPPY BELATED BIRTHDAY IKRAAM !!" err, macam tak boleh blahh gila wish untuk diri sendiri. -_-'

Monday, June 14, 2010

cherating !

post sebelum ni aku cerita aku jadi penanggah kan?? haa, kali ni aku nak cerita kat mana aku melabur duit gaji yang telah diberi oleh famili pakcik Mahmud kepada kitorang. ceritanye bermula lepas kitorang habis merewang tu, tengah dok layan melepak rileks kan badan, kitorang mulalah keluarkan cerita nak pergi Cherating yang dari dulu tak dapat nak direalisasikan. kali ni kitorang berbincang dengan penuh keseriusan. hahahaha. bincang punya bincang punya bincang akhirnya kitorang bersetuju untuk pergi pada hari esoknya. hahaha. semua mulalahh muka bajet teruja walaupon dalam keadaan sengkek tahap gaban.

keesokan harinya kitorang packing barang, packing konon macam nak lepak sana lama je. padahal satu malam je. hahahaha. tapi takpe, yang penting semangat tu kena ada baru umph tu mari betul tak??  aku cakap kat mak aku nak tidur rumah kawan kira nanti senang nak gerak. jadi sebelum nak gerak pegi rumah member aku tu, ayah aku ajak pergi makan ikan bakar kat Aroma Ikan Bakar,Jeram


lepas dah makan bersama family aku pon bertolak ke rumah Atok. biasalah waktu malam malam buta kereta pon takde, tenang je bawak. elok elok aku boleh sampai rumah Atok dalam 30minit, ni boleh pulak aku sampai dalam 45minit. menikmati angin malam kott kat Meru. hahaha. [padahal takot tu] sesampainya aku ke rumah Atok, kitorang teruskan perjalanan ke rumah Mal pulak. sesampainya kat rumah Mal, kitorang meneruskan lagi perjalanan ke rumah Saddam. nasib baik Saddam on, dia bawak segala macam benda yang berunsurkan BOLA. dia bawak ps2 bersama game bolanye, pastu dia bawak sebijiik bola untuk bermain di pantai dan juga sebuah kamera. kira okaylahh Saddam follow, kalau tak keras je tak tau nak buat apa. kitorang bergerak awal sebab taknak bertembung dengan cuti sekolah. komfem ramai pastu rate dia mesti lain punya..

sesampainya kitorang kat Pahang, kitorang lalu depan Kolej Shahputra. teringat aku kat Anyss ngan Fawwa.. hahahaha. okay jangan merepek lagi Ikram. sesampainya kitorang kat Cherating mulalahh aktiviti pertama kitorang iaitu mencarik chalet yang paling murah antara semua. kitorang pon mulakan survey harga dari satu ke satu tempat.last sekali kitorang dapat satu chalet ada aircond and katil queen. harga dia rm60/day.nama chalet tu Kampung Inn. kitorang pon apa lagi. time tu tinggal 2 bijik bilik je  yang kosong. tanpa melengahkan masa kitorang terus la ambik bilik tu. dah masuk semua bukan setakat melabuhkan punggung, tapi satu badan kitorang rebahkan. hahaha gila sastera ayat. senang cerita semua baring lahh. hahaha


lepas dah lepak lama kat dalam bilik kitorang pon turunlahh ke pantai. fuiyyooo seronok sebab bawak bola. siap boleh main bola dulu tu baru mandi. biasalahh bila dah petang air dah dalam. main bola dulu sampai dah letih baru turun laut. mak aku pesan jangan mandi sampai jauh dari pantai. so kitorang mandi jauh sikit je dari pantai. sebab tengah tengah sikit tetiba cetek pulak tempat tu. pasir overdose. hahaha. lepas dengar je azan maghrib kitorang pon naik ke bilik untuk lepak lepak. konon konon nak buat BBQ. tapi disebabkan kepenatan yang teramat sangat jadi kitorang bercadang untuk makan malam di kedai seafood je. 


dah habis main game apa semua kitorang keluar untuk mencari restoran nak makan. haa bila ambik order bukan main lagi semuanya mintak extra. haha. nasi goreng ayam + nasik extra ye! hahaha. mana tak nya. lapar gila babi. tengahari makan sikit je sebab kitorang lambat beli lauk. hahahha. betul betul bujang.

                                        
           tengok tu ha, makan pon koyak koyak polistrin je.

keesokan paginya pulak kitorang pergi lagi ke pantai sekali lagi untuk mandi laut. kali ni kaw kaw surut punya. kitorang mandi jauh jauh pon bukannye ada pape pon. kira pagi punya mandi lebih santai. kitorang berjemur ala ala mat saleh. hahahaa. tepat pukul 12 kitorang pon meninggalkan Cherating dengan muka yang happy, yang paling best tuh bagi aku laa, waktu sesak sesak duit ni pon boleh jugak bercuti jauh-jauh. hahaha. segalanya ada di Malaysia, 'cuti-cuti Malaysia' :D

Sunday, June 13, 2010

penanggah extra!

~pukullah tabuk, pukullah tabuk, pukul rebana..ewahh ! nyanyi lagu orang kahwin pulakk !!! HAHA!
okay, kali ni aku nak cerita masa betul betul lepas habisnya final exam haritu. kira berlaku hari esoknye lahh. pada hari sabtu yang lalu, iaitu pada 29/5/2010. ada satu majlis perkahwinan di antara si polan (lelaki) dan si pulan (perempuan). jap jap betul ke tu? aku main taram je. haha. kang tak pasal pasal kena saman dengan DBP pulak. hoho. okay tak kisahlah semua tu, yang penting semua happy. majlis tu berlangsung dekat Taman Beringin dekat Kepong. rumah sape pulak ni aku pergi ni?? main tolong je. bapak tak malu! hahaha. sebenarnya peristiwa itu berlaku dekat rumah pakcik Mahmud yang kami kurang kenali tapi aku kenal anak dia. anak beliau itu ialah Saddam. keluarga Saddam mencari orang orang tambahan bagi membantu majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar. yang kahwin tu bukan lahh Saddam mahupun adik dia. tapi yang kahwin itu adalah akak saudara dia.

okay cerita tentang mat mat rewang extra ni pulak berlaku macam ni. masa kat tempat belajar dulu lagi Saddam dah mintak pertolongan dari kitorang. bukan apa, mungkin dia tengok muka aku ngan Atok muka orang yang rajin dan boleh diharapkan [perasan]. jadi bak kata pepatah 'besar tapak tangan nyiru kami tadahkan'. walaupon aku tak tau maksud peribahasa ni tapi aku rasa macam memang paling kena lah dalam semua peribahasa yang aku hafal. hahaha. nyiru, amenda nyiru tu? aku sendiri tak tau. hahaha. kita lupakan pasal nyiru tu dan berbalik kepada cerita asal. jadi aku ngan atok pon meyakinkan mamat tu untuk tenang sahaja dan kitorang akan lakukan yang terbaik.

malam sebelum hari istimewa tu berlangsung, aku text kepada mereka mereka yang bakal berkhidmat under Saddam ni untuk komfemkan segalanya. tentang masa, pakaian dan lain lain. esoknya punyalah aku teruja nak gerak dari Klang ke Kepong tu, lepas subuh aku terus pergi rumah Atok. sesampainya aku kat situ, ada seorang terkandas atau bahasa yang lebih difahami tak dapat datang kerana alasan-alasan tertentu. jadi aku ngan Atok dengan muka tenang pergi angkat bala tentera dari Rawang pulak iaitu Mal ngan Arai. tapi sesampainya kat sana, Arai pon terkandas kerana alasan-alasan yang tak dapat dielakkan. jadi tentera yang terkumpul hanyalah aku, Atok ngan Mal. Saddam begitu hampa kerana tak dapat memenuhi kriteria seperti yang dijanjikan. tapi kitorang meyakinkan Saddam bahawa kitorang akan lakukan terbaik ala hotel dan tanpa ragu ragu Saddam mengangguk tanda setuju. hahahaha.

jadi kitorang pon ditugaskan untuk mencuci pinggan kotor. dugaan gila waktu tu. air takde, jadi kami harus membasuh dengan cara berjimat-jimat. biasalah kerja ala hotel kann. mesti yang terbaik! hahaha. yang paling best masa kitorang lepak sambil mencuci pinggan mangkuk tulahh kan, ada makcik atau golongan old timer lepak dengan kitorang. fuhh makcik makcik tu memang happening lahh. asyik tergelak je! tak sah kalau orang tua tu tak buat lawak. sorang namanya cik apa ntah sorang lagi anak pelakon zaman P.Ramlee. part paling aku tak tahan sangat dan takkan lupa punya masa aku suruh makcik tu pergi karaoke lagu 'tragedi buah epal'. ada ke dia kata "patutnya tragedi buah korang, bukan buah epal.." haa paham tak?? hahaha. kalau tak paham buat buatlah paham ye. macam-macam lagi lawak orang tua tu. memang nak pecah perut kitorang lepak ngan diorang.



bila dahh petang mulalahh barang barang besar datang untuk dibasuh. aduhh itu time paling tension. mana tak nye, semua jenis periuk kitorang basuh. baik kecik mahupun besar. bapak letihh time tu. tuhan je tau betapa letih nye kitorang. pastu dah habis kitorang pon dapatlahh upah masing masing. hilanglahh letih kitorang bila nampak duit [padahal dah nak separuh mampus dah]

kitorang deengan senang hati pulang ke rumah masing masing selepas sempat shopping kat bundle. hahahaha. duit gaji kann.

Monday, June 7, 2010

15 May 2010 ^^,

yeah ! tanggal 15 mei haritu adalah hari bertemu pelanggan. haha. sebenarnya hari tu adalah hari di mana aku dan Kaer jumpa dengan gadis gadis meletup Kolej Shahputra. meletup ke?? haha. okay tak kisahlahh diorang tu macam mana kan. yang penting haritu adalah antara hari seronok tahun 2010. hahaha.

ceritanya bermula macam ni lah lebih kurang, aku ada kenal Farahin atau nama gedik dia Fawwa kira dah lama dah. setelah beberapa tahun kitorang peram perasaan nak berjumpa akhirnya ada satu temu janji telah diaturkan pada tahun 2010. (yeke ??) padahal dah lama dah kawan. beberapa bulan sebelum tu ada satu lagi kawan baik dia pon berkawan dengan aku nama dia Anyss. [ohh hot jugak aku ekk walaupon tak hensem! HAHAHA !!] okay okay jangan merepek ye Ikram.

satu hari kitorang plan nak jumpa memandangkan diorang pon pulang ke rumah diorang. aku pulak call Kaer cakap ada awek nak jumpa, Kaer dia memang selalu on je. tu yang seronok tu bawak dia. aku memutuskan untuk park kereta kat rumah Kaer pastu naik motor. aku memang tak tau area Kl ni jadi aku pikir jumpa dekat Pelita KLCC tu. tunggu punya tunggu punya tunggu diorang tak sampai sampai lagi. aku ngan Kaer pikir macam dah kena game dah kan. tapi aku dah pesan kat Anyss sape lambat dia kena belanja. mungkin sebab alasan tu diorang tak datang kot. hahaha. maklumlah, time tu aku dah melantak mee goreng mamak dah.



"haa diorang ada kat belakang tu dohh, aduhh ramai je. aku rasa tulahh.." ujar Kaer kat aku pastu aku pon toleh la tengok. sekali ada sorang membe dia nama dia Mira datang terus kat kitorang tanya "ni Ikram kan??" aku yang dah jadi bangang sementara tu pon terus je angguk sambil carik lagi dua orang gadis. hahaha. ada ke diorang dok tercegat kat tepi tengok kitorang. hahaha. mungkin diorang tengok aku ngan Kaer hensem sangat kott! HAHAHAH !! Ikram, jangan merepek lah bodohh! okay okay.

macam biasa bila dah lepak lepak kenyang, terus la nak pergi ke destinasi lain pulak. yang lagi best tu Anyss memang betul betul belanja. alahaii aku tau aku melantak banyak banyak. hahaha. apape pon thanks laa Anyss ye! yang sahabat karib dia tu asyik nak ngorat mamak je kerja dia. hahaha. kitorang pon jalan jalan pusing KLCC sambil tak tau arah tuju nak kemana. sekali Anyss ajak pergi pergi tengok wayang kat Jusco. tengok cerita 'Nightmare on Elm Street'. aku pulak terus ada masalah pendengaran memandangkan aku duduk sebelah Anyss time tengok wayang tu (paham?). haa dia menjerit la apa lagi. hahaha. memang sakit la. aku rasa macam aku ada sebelah hantu time tu. peritt peritt. haha.


okay setelah habis cerita tu, si Anyss ajak pergi uptown Danau Kota. kitorang pon followlah diorang. saja jalan jalan nak habiskan masa. lepas tu semua pulang ke rumah masing masing. aku ngan Kaer pulak buat kerja gila pergi lepak Pelita KLCC balik. hahaha. macam bodoh dah takde hala tuju dahh masing masing. konon menunggu pagi. haha.

setelah selesai menunaikan solat Subuh di masjid KLCC, lepak kejap dekat Tasik Titiwangsa. tengok orang jogging. kitorang pulak dah macam gay dah lepak dua orang je. hahaha. tepat pukul 11.30pagi aku sampai ke rumah lalu pergi ke bilik paling heaven untuk tidor. hahaha.

aku akhiri post aku kali ni dengan satu lirik lagu dari The Everly Brothers, aww aww. haha.

EVERLY BROTHERS - ALL I HAVE TO DO IS DREAM (1958)
Dream, dream dream dream, dream, dream dream dream
When I want you in my arms, when I want you and all your charms
Whenever I want you, all I have to do, is
Dream, dream dream dream
When I feel blue in the night, and I need you to hold me tight
Whenever I want you, all I have to do, is
I can make you mine, taste your lips of wine, any time, night or day
Only trouble is, gee wiz, I'm dreamin' my life away
I need you so that I could die, I love you so, and that is why
Whenever I want you, all I have to do, is
Dream, dream dream dream, dream
I can make you mine, taste your lips of wine, any time, night or day
Only trouble is, gee wiz, I'm dreamin' my life away
I need you so that I could die, I love you so, and that is why
Whenever I want you, all I have to do, is
Dream, dream dream dream (repeats out)