Wednesday, June 23, 2010

rooster dah hilang booster.

maka dengan secara rasminya pasukan kesukaan aku telah pon tersingkir untuk ke quarter-final. sungguh memilukan lagi menyedihkan kerana apa yang aku harapkan tidaklah tercapai. bagaimana ia boleh berlaku? bagaimana ia boleh terjadi? sungguh tidak aku sangka bahawa pasukan yang aku kagumi jatuh merudum dan juga mendadak. tidakkah anda hairan, satu pasukan yang sering menjadi buah mulut dihina dengan kekalahan yang memalukan? renungkanlah. pemainnya gah di arena bola sepak, nama mereka sering dikaitkan dengan pasukan-pasukan gergasi di EPL, Liga Sepanyol dan lain lain.

siapa tidak mengenali Anelka? Henry? Ribery? Evra? saya pasti ramai yang mengenali nama-nama mereka ini. ya satu ketika dahulu pasukan ini pernah memenangi dan menjulang piala dunia iaitu pada tahun 98'. dimanakah perginya kekuatan mereka yang pada satu ketika dahulu digeruni dek pencabar lain? mengapa kekalahan yang memalukan boleh terjadi? adakah mereka hilang sifat kerjasama dalam pasukan? adakah mereka hanya mementingkan diri sendiri? tidakkah mereka rasa bahawa mereka memikul satu tanggungjawab yang besar terhadap negara mereka sendiri?

yaa ayat ayat di atas ini sungguh novelis dan sastera. hahaha. aku pon terperanjat bila aku baca balik ayat-ayat kat atas ni. tak boleh blahh, konon macam hebat je. ni kalau aku tunjuk kat Cikgu Mahani ni komfem dia kasi aku RM50. hahahaha. mungkin kat dalam diri aku ni ada kebolehan menggoreng ayat kot?? kot laa kann.

sebenarnya sedih gila bila tengok favorite team aku kalah. bukan apa, aku bukan main yakin lagi yang team ni boleh blahh pegi naik pusingan atas. last-last team ni paling bawah antara group A. ntah apa masalah diorang ni pon aku tak tau. kalaulahh aku kenal sekor sekor player diorang ni, dah lama aku bagi tazkirah kat diorang. hahaha. itu pon 'kalau'. itu masalah, ini masalah, apa masalah sebenarnya? tapi bila aku pikir-pikir balik, pergi lantaklahh kan, bukan negara aku pon. jadi aku rasa kurang kesahla diorang tu pergi naik pusingan seterusnya atau takk. cuma hati ni sedihlaa kan. diorang main pon lembik je. apa Domenech tu tak bagi korang makan ke? aku nak cakap yang korang main dah habis baik pon tak boleh sebab memang rentak diorang 'slow' je. dah la empat tahun sekali benda ni jadi. nak tunggu lagi sekali kang dah berjanggut ke, ntah aku dah mati ke. siapa tahu? haihhh..Les Blues~

No comments:

Post a Comment