Sunday, June 13, 2010

penanggah extra!

~pukullah tabuk, pukullah tabuk, pukul rebana..ewahh ! nyanyi lagu orang kahwin pulakk !!! HAHA!
okay, kali ni aku nak cerita masa betul betul lepas habisnya final exam haritu. kira berlaku hari esoknye lahh. pada hari sabtu yang lalu, iaitu pada 29/5/2010. ada satu majlis perkahwinan di antara si polan (lelaki) dan si pulan (perempuan). jap jap betul ke tu? aku main taram je. haha. kang tak pasal pasal kena saman dengan DBP pulak. hoho. okay tak kisahlah semua tu, yang penting semua happy. majlis tu berlangsung dekat Taman Beringin dekat Kepong. rumah sape pulak ni aku pergi ni?? main tolong je. bapak tak malu! hahaha. sebenarnya peristiwa itu berlaku dekat rumah pakcik Mahmud yang kami kurang kenali tapi aku kenal anak dia. anak beliau itu ialah Saddam. keluarga Saddam mencari orang orang tambahan bagi membantu majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar. yang kahwin tu bukan lahh Saddam mahupun adik dia. tapi yang kahwin itu adalah akak saudara dia.

okay cerita tentang mat mat rewang extra ni pulak berlaku macam ni. masa kat tempat belajar dulu lagi Saddam dah mintak pertolongan dari kitorang. bukan apa, mungkin dia tengok muka aku ngan Atok muka orang yang rajin dan boleh diharapkan [perasan]. jadi bak kata pepatah 'besar tapak tangan nyiru kami tadahkan'. walaupon aku tak tau maksud peribahasa ni tapi aku rasa macam memang paling kena lah dalam semua peribahasa yang aku hafal. hahaha. nyiru, amenda nyiru tu? aku sendiri tak tau. hahaha. kita lupakan pasal nyiru tu dan berbalik kepada cerita asal. jadi aku ngan atok pon meyakinkan mamat tu untuk tenang sahaja dan kitorang akan lakukan yang terbaik.

malam sebelum hari istimewa tu berlangsung, aku text kepada mereka mereka yang bakal berkhidmat under Saddam ni untuk komfemkan segalanya. tentang masa, pakaian dan lain lain. esoknya punyalah aku teruja nak gerak dari Klang ke Kepong tu, lepas subuh aku terus pergi rumah Atok. sesampainya aku kat situ, ada seorang terkandas atau bahasa yang lebih difahami tak dapat datang kerana alasan-alasan tertentu. jadi aku ngan Atok dengan muka tenang pergi angkat bala tentera dari Rawang pulak iaitu Mal ngan Arai. tapi sesampainya kat sana, Arai pon terkandas kerana alasan-alasan yang tak dapat dielakkan. jadi tentera yang terkumpul hanyalah aku, Atok ngan Mal. Saddam begitu hampa kerana tak dapat memenuhi kriteria seperti yang dijanjikan. tapi kitorang meyakinkan Saddam bahawa kitorang akan lakukan terbaik ala hotel dan tanpa ragu ragu Saddam mengangguk tanda setuju. hahahaha.

jadi kitorang pon ditugaskan untuk mencuci pinggan kotor. dugaan gila waktu tu. air takde, jadi kami harus membasuh dengan cara berjimat-jimat. biasalah kerja ala hotel kann. mesti yang terbaik! hahaha. yang paling best masa kitorang lepak sambil mencuci pinggan mangkuk tulahh kan, ada makcik atau golongan old timer lepak dengan kitorang. fuhh makcik makcik tu memang happening lahh. asyik tergelak je! tak sah kalau orang tua tu tak buat lawak. sorang namanya cik apa ntah sorang lagi anak pelakon zaman P.Ramlee. part paling aku tak tahan sangat dan takkan lupa punya masa aku suruh makcik tu pergi karaoke lagu 'tragedi buah epal'. ada ke dia kata "patutnya tragedi buah korang, bukan buah epal.." haa paham tak?? hahaha. kalau tak paham buat buatlah paham ye. macam-macam lagi lawak orang tua tu. memang nak pecah perut kitorang lepak ngan diorang.



bila dahh petang mulalahh barang barang besar datang untuk dibasuh. aduhh itu time paling tension. mana tak nye, semua jenis periuk kitorang basuh. baik kecik mahupun besar. bapak letihh time tu. tuhan je tau betapa letih nye kitorang. pastu dah habis kitorang pon dapatlahh upah masing masing. hilanglahh letih kitorang bila nampak duit [padahal dah nak separuh mampus dah]

kitorang deengan senang hati pulang ke rumah masing masing selepas sempat shopping kat bundle. hahahaha. duit gaji kann.

No comments:

Post a Comment