Monday, June 14, 2010

cherating !

post sebelum ni aku cerita aku jadi penanggah kan?? haa, kali ni aku nak cerita kat mana aku melabur duit gaji yang telah diberi oleh famili pakcik Mahmud kepada kitorang. ceritanye bermula lepas kitorang habis merewang tu, tengah dok layan melepak rileks kan badan, kitorang mulalah keluarkan cerita nak pergi Cherating yang dari dulu tak dapat nak direalisasikan. kali ni kitorang berbincang dengan penuh keseriusan. hahahaha. bincang punya bincang punya bincang akhirnya kitorang bersetuju untuk pergi pada hari esoknya. hahaha. semua mulalahh muka bajet teruja walaupon dalam keadaan sengkek tahap gaban.

keesokan harinya kitorang packing barang, packing konon macam nak lepak sana lama je. padahal satu malam je. hahahaha. tapi takpe, yang penting semangat tu kena ada baru umph tu mari betul tak??  aku cakap kat mak aku nak tidur rumah kawan kira nanti senang nak gerak. jadi sebelum nak gerak pegi rumah member aku tu, ayah aku ajak pergi makan ikan bakar kat Aroma Ikan Bakar,Jeram


lepas dah makan bersama family aku pon bertolak ke rumah Atok. biasalah waktu malam malam buta kereta pon takde, tenang je bawak. elok elok aku boleh sampai rumah Atok dalam 30minit, ni boleh pulak aku sampai dalam 45minit. menikmati angin malam kott kat Meru. hahaha. [padahal takot tu] sesampainya aku ke rumah Atok, kitorang teruskan perjalanan ke rumah Mal pulak. sesampainya kat rumah Mal, kitorang meneruskan lagi perjalanan ke rumah Saddam. nasib baik Saddam on, dia bawak segala macam benda yang berunsurkan BOLA. dia bawak ps2 bersama game bolanye, pastu dia bawak sebijiik bola untuk bermain di pantai dan juga sebuah kamera. kira okaylahh Saddam follow, kalau tak keras je tak tau nak buat apa. kitorang bergerak awal sebab taknak bertembung dengan cuti sekolah. komfem ramai pastu rate dia mesti lain punya..

sesampainya kitorang kat Pahang, kitorang lalu depan Kolej Shahputra. teringat aku kat Anyss ngan Fawwa.. hahahaha. okay jangan merepek lagi Ikram. sesampainya kitorang kat Cherating mulalahh aktiviti pertama kitorang iaitu mencarik chalet yang paling murah antara semua. kitorang pon mulakan survey harga dari satu ke satu tempat.last sekali kitorang dapat satu chalet ada aircond and katil queen. harga dia rm60/day.nama chalet tu Kampung Inn. kitorang pon apa lagi. time tu tinggal 2 bijik bilik je  yang kosong. tanpa melengahkan masa kitorang terus la ambik bilik tu. dah masuk semua bukan setakat melabuhkan punggung, tapi satu badan kitorang rebahkan. hahaha gila sastera ayat. senang cerita semua baring lahh. hahaha


lepas dah lepak lama kat dalam bilik kitorang pon turunlahh ke pantai. fuiyyooo seronok sebab bawak bola. siap boleh main bola dulu tu baru mandi. biasalahh bila dah petang air dah dalam. main bola dulu sampai dah letih baru turun laut. mak aku pesan jangan mandi sampai jauh dari pantai. so kitorang mandi jauh sikit je dari pantai. sebab tengah tengah sikit tetiba cetek pulak tempat tu. pasir overdose. hahaha. lepas dengar je azan maghrib kitorang pon naik ke bilik untuk lepak lepak. konon konon nak buat BBQ. tapi disebabkan kepenatan yang teramat sangat jadi kitorang bercadang untuk makan malam di kedai seafood je. 


dah habis main game apa semua kitorang keluar untuk mencari restoran nak makan. haa bila ambik order bukan main lagi semuanya mintak extra. haha. nasi goreng ayam + nasik extra ye! hahaha. mana tak nya. lapar gila babi. tengahari makan sikit je sebab kitorang lambat beli lauk. hahahha. betul betul bujang.

                                        
           tengok tu ha, makan pon koyak koyak polistrin je.

keesokan paginya pulak kitorang pergi lagi ke pantai sekali lagi untuk mandi laut. kali ni kaw kaw surut punya. kitorang mandi jauh jauh pon bukannye ada pape pon. kira pagi punya mandi lebih santai. kitorang berjemur ala ala mat saleh. hahahaa. tepat pukul 12 kitorang pon meninggalkan Cherating dengan muka yang happy, yang paling best tuh bagi aku laa, waktu sesak sesak duit ni pon boleh jugak bercuti jauh-jauh. hahaha. segalanya ada di Malaysia, 'cuti-cuti Malaysia' :D

2 comments:

  1. terbaik kot . boleh je aku dtg tggl baju mkn sekali ! ahahhahaah

    ReplyDelete
  2. hahaha, boleh apa salahnya kann ;pp

    ReplyDelete