Saturday, October 30, 2010

peperiksaan terakhir.

agak agak kena tak maksud atas tu dengan final exam? aku rasa macam kena je. kalau tak kena sila beritahu yaa. okay kali ni aku dah rasa apa yang semua orang rasa iaitu demam peperiksaan. kalau budak sekolah sibuk dengan peperiksaan akhir tahun, kalau UiTM dah start dah exam diorang. manakala aku pulak mula start nak memerah otak, menggoreng ayat, menibai, ikut logik akal dan sewaktu dengannya akan bermula pada minggu hadapan. dan selepas habis final exam untuk semester kali ini, aku akan mendaftar sebagai orang kerja ataupon praktikal. konon konon nak asah bakat selama kita belajar ni kat tempat orang pulak. sangat poyo kat situ aku rasa sebab aku tak belajar apa pon sebenarnya. hahahha.

tup tap tup tap dah nak habis dah untuk semester kali ini [selalu orang guna ayat pejam celik pejam celik]. memang betul lah sangat pantas masa berlalu, Watson Nyambek pon confirm tak dapat nak kejar masa. hahaha. sekarang ni aku konon konon menyibukkan diri dengan membelek segala nota yang aku belajar selama semester kali ni. tapi bila aku belek beg aku. aku tengok, nota aku sangat la sikit. yang nota lecturer bagi pon ada beberapa helai je. kalau nota salin lagilahh. berapa helai muka surat je aku guna untuk menyalin. ini menampakkan bahawa aku sangatlah tidak ambik berat pasal aku belajar. tapi itu semua dusta semata mata. aku tengok kat budak budak kelas aku yang acah acah rajin tu pon lebih kurang je. lebih sikit je. bila aku tanya diorang apa benda diorang belajar, "aku pon tak tau la tua, aku tak berapa paham sangat apa yang puan/encik/cik ajar, aku salin je.." hmm macam mana??

aku pon mula laa bajet mengimbau masa silam nak tengok betul ke aku tak belajar, rupa rupanya baru aku tahu yang ada sesetengah kelas tu lecturer tak ajar. dia just bagi ASSignment suruh kita carik lepas tu present kat kawan kawan. dia just duduk belakang konon konon ambik markah presentation. hah! gaji apa yang diorang dapat?? gaji buta atau gaji celik?? Allah je yang Maha Mengetahui. mana tak aku dapat ilmu. budak budak pon tak paham apa yang diorang present kat depan. hahaha. indah betul jadi seorang pendidik. kahkah. [ jangan marah, siapa hidu tahi, dia yang tau betapa BAIKnya bauk tahi ] lepas tu bila ada test, ada budak gagal mulalahh salah kan student cakap "kenapa gagal?? kan saya dah ajar, kawan kamu pon ada ajar sekali, diorang okay je tak gagal.." "bolehlahh, nota bersepah keliling dia" (bisik aku dalam hati)

hahaha, aku ni kerja nak salahkan orang lain je kann. tak guna nak salahkan orang lain dahh. ni lahh masanya kita kena study hard, bukan study smart. bak kata Wafiy. waktu waktu ni kalau kita salahkan orang lain sangatlah tak boleh blahh. padahal aku selalu buat. hahaha. apa guna internet, cariklahh bahan sikit nak menampung nota kita yang tak seberapa tu. hahaha, tapi kalau macam kira kira tu memang aku pon tak tau macam mana nak selesaikan. dah agak agak kita dah study habis hbisan, kita berserah jelahh kat Allah supaya terangkan hati kita time exam nanti kan.

okaylahh, jomlahh kita berstudy sampai pagi. agak agak boring rehatkan otak kejap lepas tu sambung balik. tapi masalah aku nota tak cukup! hentam sajalahh labuu...ohh ya! bukan Oh! Tidak, hahahha, bagi sahabat seperjuangan aku, aku nak nasihatkan supaya jangan lupa untuk print slip peperiksaan, pen sendiri sendiri, kad matriks dan sebagainya. itu je, hehe.

pssstt, share sikit jawapan nanti wehhh.. HAHA !!

Good Luck to all my friends!

No comments:

Post a Comment