Thursday, July 29, 2010

Al-Marhum dalam kenangan.. 1989-2006

turn on speaker !


aku belek belek page group batch 13 kat fesbuk, aku terjumpa gambar nihh. gambar yang penuh dengan 1001 macam ragam dan kenangan yang takkan boleh dilupakan sehingga kita dah betul betul nyanyok. hahaha. betul aku tak tipu. bila aku tengok gambar ni je, macam macam yang terlintas kat kepala aku. banyak peristiwa berlaku time tu. ada yang sedih dan ada jugak yang seronok. well, itulah kehidupan. takkan semua nak seronok je kan. macam unfair la pulak. hmm

first sekali bila aku tengok gambar nih, aku terus teringat kat seorang member yang sempoi gila. bila lepak ada je cerita. aku terputus hubungan dengan dia lepas habis UPSR. aku belajar dekat Kuala Selangor tapi dia tak sekolah kat situ. dia sekolah kat rumah dia je. masuk je tahun 2006, aku dapat berita yang dia dah pindah. dia dah pindah ke alam yang lain iaitu alam kubur. ye, beliau telah kembali ke Rahmatullah. aku pon macam tak percaya mula mula. yang inform kat aku pon kalau tak silap aku Rahman takpon Gempeng. jadi aku nekad call mak dia. ntah macam mana aku boleh ingat nombor rumah dia pulak. aku call mak dia angkat.."assalamualaikum makcik, ni Ikram nihh. err dengar cerita Mustakim dah meninggal, betul ke makcik??" mak dia jawab dengan nada agak sebak sikit "Ikramm, ha'ahh betul Ikram, Akim dah takde dahh.." "erm macam mana dia boleh meninggal makcik?" "dia eksiden ttime nak pergi sekolah, dia bawak motor.." [lebih kurang macam tulahh perbualan antara aku dengan mak al-marhum]. lepas dah habis borak, aku terus rasa macam nak balik hujung minggu tu, nak ziarah keluarga al-marhum. aku dah call mak aku pastu dia setuju nak pergi ziarah sekali.

petang Jumaat aku terus balik, aku mintak kebenaran warden dan dengan senang aku dapat kelulusan pulang. wahh aku balik secara halal. selalu takde maknanya aku nak mintak kebenaran. 'pagar belakang' menjadi saksi aku lari sekolahh. hahahaha. okay itu cerita lain, so lain kali aku cerita lah kot.

dikontot kan cerita, aku dengan family aku pon terus pergi ziarah family Mustakim. mak dia bercerita dengan mak aku, bapak dia bercerita dengan bapak aku. aku?? sape nak layan aku kan?? hahahaha. haa memain! aku kira tukang dengar jelah. cerita mak dia lebih kurang macam ni,

"malam sebelum arwah pergi, dia mintak izin nak keluar nak rayau rayau kat Shah Alam. makcik pon heran tetiba dia mintak kebenaran, selalu dia kalau nak keluar dia main keluar je. lepas tu dia rayau sorang-sorang malam-malam buta tu. esoknya, dia pergi sekolah teknik macam biasa. (teknik Klang) masa dia bawak motor, dia kena langgar, dia terjatuh lepas tu kena langgar lagi. lepas tu dia meninggal.." (cerita ni lebih kurang laa, aku dah tak berapa ingat sangat dahh)

kalau tak silap aku dia meninggal kat tempat kejadian. yang paling aku terkejut dia meninggal sebelum dia nak pergi belajar. setahu aku, orang yang meninggal sewaktu nak menuntut ilmu dikira mati syahid. syurgalah tempat orang yang mati syahid. Insya-Allah dan harap-harap beliau bersama-sama dengan para syuhada'.

cerita ni dah lama sangat la bagi aku. aku ni pulak memori kurang power, so aku ingat ingat lupa cerita nih. ada sekali tu aku pergi dengan kawan-kawan. yang aku ingat bapak Med yang hantar kitorang pergi ke tanah perkuburan untuk kitorang ziarah kubur al-marhum. mungkin aku pergi ngan kawan-kawan dulu baru pergi dengan mak bapak aku. tapi itu semua tak penting ponn kan.

apapepon kita yang masih hidup teruskanlah dengan kehidupan kita. aku buat cerita ni pon bukan sebab apa, dalam page fesbuk tu bila aku cakap Akim dah meninggal, ada yang tak tau lagi. jadi bagi sesiapa yang baca post kali ni, aku mintak tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau, dan doakan supaya dia ditempatkan dengan orang orang yang beriman. Al-Fatihah~

Akim 1989-2006

No comments:

Post a Comment