Tuesday, August 24, 2010

bebelan penyampai !

 mood : Harapan Ramadhan by Man Bai ft Raihan


السلام عليكم
  
hahaha, maka dengan secara rasminya aku rasmikan pembukaan blog aku yang dah lama aku tak update. cerita macam dah seratus tahun aku tak bukak kan? haihhhss. bukan apa ibu ibu bapak bapak, emangnya saya sedikit busy bersempena dengan bulan yang penuh kemuliaan ini. Ramadhan Al-Mubarak! 


yaaaa, bulan yang penuh diberkati tetapi kita semua macam biasa, lalai, lalai dan lalai. nasib baik takde belalai. hahaha. alasan aku bukan main lagi padahal malas nak update. tu je. hahahaha. tengok contoh post kali ni dah cukup kan, ada ke bulan tu dah nampak penuh dahh, kira dah pertengahan bulan puasa baru laa aku nak bercerita pasal bulan Ramadhan. tak up-to-date langsunglahh kau Ikram! kau duduk mana hah? "aku duduk kampung, alaaa bukan apa, line internet problem laa." haaaa tengok! aku bagi alasan lagi! hahaha. ni nak menunjukkan bahawa kita ni boleh mereka seribu satu alasan untuk mengelak dari diri kita dipersalahkan betul tak? tapi hakikatnya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui akan kebenarannya. setakat lecturer tanya kenapa lambat tu alaaa macam macam alasan la boleh goreng, 'jalan jem lahh puan. sorry puan, saya terlebih tidur' dan macam macam lagi kita boleh goreng bukan? hahaha. 
okaylah tu, janji dapat lepas masuk untuk kehadiran kita kan. kalau tak penuh takleh laa nak ambik final exam nanti. 


okay aku nak cerita sikit laa kan, haritu aku ada lepak dengan Raman ngan Moon. ini dua orang kalau tak cerita dota doto diorang tu memang tak sah. bukan main lagi bercerita. dia tu pro la, dia tu noob la, dia tu ayam ayam jelahh, room 20 la apelahh, aku memang tak paham laa kan. hahahaha. haa dah aku dah start nak merapu jauh dah ni. patah balik kat cerita asal. masa kitorang lepak lepak tu, Moon tanya aku, macam mana aku dapat idea nak tulis kat blog ni apa semua. bagi aku, blog ni tempat untuk aku suka suka merepek. nak tulis merapu apape panjang panjang pon takde hal kan. sape nak marah? sape taknak baca tak payah la baca, takde pulak hukum kata kena baca blog aku ni kan? betul tak??

aku buat blog ni saje saje konon macam bajet style la kan. tapi selalu takde cerita macam Zack Zukhairi tu, bukan main macam macam lagi dia menulis. ada je idea dia nak merepek. hahaha. macam Bya
 tu. ha sape lagi, Hanis Zalikha. tu semua ngetop ngetop la kan. hahaha. kira diorang ni ada je fresh idea dan info untuk dikongsikan.


kalau macam aku, bila ada sesuatu yang jadi kat kehidupan aku baru la aku cerita kat blog ni. kira macam ala ala diari laa. diari bagi orang tengok. bongok la kau Ikram. pastu tambah laa ayat ayat merapu macam bodoh ke. apape jelahhh. yang penting bila aku dah publish, aku puas hati bila aku baca balik. konon konon macam baca blog orang lain laa kann. hahahahaha. ahhhhhhh. apape pon ini jelahh yang dapat aku kupas malam ni. 


p/s : Usop Taiyop penah pesan kat kita semua, dia cakap "Selamat makan kurma ya!" hahaha. sekian kian kian babai !

No comments:

Post a Comment