Tuesday, August 24, 2010

antara besi jack , pembaris besi , tomyam dan lipas.

cuba korang tengok gambar -gambar ni. pastu buat satu cerita ikut suka korang. .

haaa, agak agak korang boleh tak buat cerita  guna gambar kat atas ni?? hahaha. aku ada satu cerita bukan rekaan tapi ni semua berkenaan dengan semua gambar-gambar ni.
p/s : cerita ini adalah benar semata-mata.  harap maklum. awal awal dah bagitau ye! haha

okay ceritanya berlaku haritu iaitu pada hari sebelum puasa. kira dah lama dah la. kitorang ada kelas english pukol 10 pagi. waktu tu hujan. memang indah. tapi ada seorang mamat ni menggedik konon-kononnya takleh kena hujan. jadi, lepas dia park kereta dia, dia keluar terus kunci kereta dia secara manual [dia tekan kat kepala kunci tu pastu tutup pintu] pastu dia bergegas ke kelas. setelah kelas english tamat. kitorang diberitahu bahawa kelas autoCAD batal, sape tak seronok dengar kelas batal kan?? hahahaha. jadi kitorang membuat keputusan untuk pergi ke Restoran Dhiya untuk mengisi perut. dalam perjalanan nak ke parking kereta tu, Atok(bukan nama sebenar) teringat yang dia tertinggal kunci kereta dia kat dalam kereta. ahh sudah!! kunci boleh tertinggal?? haiyaa. apa macam boleh tertinggal kawan?? ahahaha. jadi kitorang nak rileks kan dia dengan cakap "lepak dulu tokk, kita makan dulu. lepas tu kita buat okehh??" Atok pon angguk tanda setuju.

lepas kitorang makan dah kenyang apa semua, tiba tiba Atok kata dia nak balik, dia pakat ngan Sadam nak ejek aku ngan Alang sebab ada kelas pukul 4ptg. diorang dah takde kelas haritu. tapi aku ngan Alang pon ada plan jugak. hahaha. punyalahh dengki taknak bagi diorang balik. kitorang pon buat-buatlah nak tunjuk Sadam jalan nak pergi Kelana Jaya. Sadam dia nak pergi Kelana Jaya sebab nak jumpa dengan awek sekolah lama dia tapi tak tau jalan. jadi aku tanya Atok, dia kata dia okay je. kira lepas pergi KJ terus nak buat kereta dia. pendek cerita lepas kitaorang dah jumpa tempat awek tu, kitorang pon balik ke plan nak tolong Atok.

maka bermulalah misi kitorang sebagai ala-ala pencurik kereta. semua bagi idea suruh main seluk seluk kat pintu kereta tu. kopak sana-kopak sini, tak berjaya lagi. yang bestnya, time kitorang tengah dok kopak sana sini, adalah sekor macha ni dia pergi kat kereta dia. kereta dia park sebelah kereta Atok, tapi yang peliknya dia langsung tak tanya ke ape ke. dia ambik barang pastu dia blahh balik. sial punya keling. nak kata kitorang senyap senyap tak jugak sebab kitorang memang bising. lepas tu panggil la abang Bukit Kapar, Shot. hahahahaha. gaya dah macam hero dahh, dengan bawak Saga dia. tapi takleh nak buat apape jugak.hahaha. last last kereta dia jadi tempat test nak kopak kereta. sedihh. time nih, kitorang cuba seluk menggunakan besi jack kot! haa, ganas tak ganas la kan. tapi still tak berjaya. hahahaha.

lepas rasa macam putus harapan kan, kitorang mula la bercadang untuk membeli pembaris besi pulak. konon dia nipis boleh la seluk seluk kan. tapi apa kan daya, kereta Atok ni mungkin spec polis. so memang susah gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak kopak! hish! 

selepas beberapa jam mencuba, kitorang buat keputusan supaya Atok balik ambik kunci spare. aku ngan Alang pergi ke kelas sementara tunggu Atok ambik kunci. dengan harapan benda ni dah setel. sekali rupa rupanya berita buruk yang kitorang dapat, kunci spare sudah gone! hahaha. aduhhh, bertambah parah la keadaan. aku cuba memanggil khidmat bantuan dari rakan sekelas. last last lebih kurang je. semua hanya mencuba tetapi tidak berjaya. hari semakin petang, datang lagi bantuan yang memang tak boleh membantu iaitu Mal. hahaha. dia cuma bantu sikit sikit je. dia bantu guna fon baru dia yang mempunyai torchlight. hahaha

lepas tu, Atok pon mula la panggil abang dia dan cerita keadaan sebenar. Alip ngan Apis dengan pantas datang untuk mencuba juga. hahaha. dah macam ada dalam game show dahh. yang si Apis pon datang bawak pembaris besi jugak! dipendekkan cerita, Alang ngan Shot berjaya membuka kereta tersebut. ntah macam mana ntah dia bukak aku pon tak tau. time tu dah malam dahh. semua dah belengas, berpeluh, ber apa-apa lagilahh. hahaha. senang cerita muka semua dah stok stok orang baru balik welding laa. [macam takde kena mengena langsung]

untuk meraikan kejayaan ni, Alip mengajak kitorang semua celebrate dekat kedai makan. kira dia belanja makan laa, kasi tapau semua orang maaa. haih. semua perut time tu macam macam bunyi dahh. tanpa melengahkan masa, kitorang terus pergi jajah satu kedai mamak. diorang order aku tukang makan je. hahaha. diorang order tomyam. aku heran, kat mamak pon ada tomyam ke? gila mamak. fleksibel habis dahh. western dia buat, seafood pon dia buat? apa lagi yang kau tak buat haa wahai mamak?? macam ni boleh lingkup bisnes orang maa. hahaha. okay dah la tu, itu dah masuk topik lain dah kan.

tengah sedap melayan tomyam la apa semua kan. tengah korek nak carik isi, boleh pulak jumpa lipas. hah? LIPAS?? YAAAA ! LIPAS . el ai pi ay ass. hahahaha. tapi anak lipas laaa kan. bapak pengotor dohh mamak! kitorang pon panggil mamak tu. diorang macam biasa tak nak ngaku pulak. dasar keling laa diorang tuhh! pastu diorang dah sedih kena marah ngan kitorang kan, dia kata dia bagi diskaun. hahaha. bila dengar diskaun, haa semua pakat pakat habiskan tomyam tu, licin lincap! diskaun punya penangan. kahkah

bila bil mari, total semua RM54, pastu kitorang tuntut la diskaun kann, dia tolak RM4 je. nak senang cerita Alip pon bayar je. pastu aku buat konklusyen yang harga anak lipas bersamaan ngan RM4, kalau BAPAK LIPAS ?? teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet. peduli lahhh, yang penting aku kenyang! hahahaha.

maka berakhirlahh cerita berkenaan besi jack, pembaris besi, tomyam dan lipas. ini kalau darjah 6 dulu aku boleh buat macam ni, cikgu mesti respek la kat aku! hahaha

2 comments: