Sunday, May 23, 2010

Empty or Enough ?



l : alamak! asal takleh start nihh??
Atok : try lagi try lagi..steady je.hahaha
Mal : aku rasa minyak habis laa..
Aku : HAH? minyak habis? macam mana ni? dah la tengah jammed ni.stesyen minyak terdekat kat mana?
Atok : jangan main gila kau! jauh dohh, kau ingat tak yang haritu kita isi minyak kat shell tu? jauh kann?
Aku : pehh, jauh tu. abis kat sini takkan takde stesen terdekat??
Atok : ada kot. kat area belah belakang sana..
Aku : haa ape lagi jom gerak, tinggalkan kereta kat sini..

lebih kurang macam ni lah perbualan kitorang semalam lepas kitorang jadi OKS (orang kaya sementara).

ceritanya berlaku semalam, mal dengan atok ajak aku lepak kat Raffi. aku pulak baru lepas habis exam paper mekanik struktur kayu. konon-konon macam boleh jawab tapi aku pon tak tau lah. tunggu jelah result nanti. lepas aku habis exam aku pergi lepak rumah Sadam dulu. rehat rehat badan sementara tunggu diorang dari puncak alam nak datang shah alam. aku borak-borak dulu dengan Saddam ngan Farid sementara tunggu pukul 1. borak punya borak jam kat tangan aku dah pukul 1, Saddam pulak nak kena hantar mat lem tu pergi beli tiket balik Johor. aku ape lagi pergilahh ke Raffi sorang-sorang nak tunggu diorang. diorang pulak cerita tak nak kalah bajet dah sampai. padahal haram, aku dah kenal korang lama dah laa. HAHA! aku pon slow-slow je pusing kat kedai-kedai situ. tengah aku dok melayan panas terik tu aku nampak kelibat kereta datsun kat belakang aku. hahaha. diorang pon dah sampai. apa lagi kasi lepak minum-minumlah kat Raffi. macam biasa, kalau dah berjumpa tak gelak macam sial tak sah! ada je cerita yang ending dia mesti gelak sakan. hahaha.

dalam masa tengah borak tu tiba tiba Mal ajak jalan-jalan. dia cakap pergi OU. aku pulak baru lepas tekanan exam tadi. kitorang pon on jelahh! mula-mula nak tunggu Sadam, dia kata tunggu dia takut nanti dia tak jumpa jalan pulang. sekali aku call dia, dia kata takpe, dia try jalan je dia cakap. kitorang pon meneruskan misi kitorang menuju ke OU naik kereta Mal yang lebih dikenali sebagai PAP.



sampai kat OU, mulalahh jalan-jalan macam orang takde arah. masing-masing bawak duit sikit je, Atok pulak bawak duit mak dia. mak dia suruh bank-in kan duit. so kira masing-masing ketegaran la kiranya. jalan punya jalan ada satu kedai tu dia buat relocation sale. amenda tu tak payah tau, sebab aku pon tak tau. kitorang pon masuk memandangkan ada perkataan sale up to 70%. dah mula Atok ngan Mal ni rambang mata. itu dia nak, ini dia nak. maklumlah barang ada jenama. aku rilek je sebab aku memang takde duit. hahaha. sekali Mal kata dia nak beli. kitorang pon apa lagi pergilah carik mesin ATM nak cucuk duit. fuhh sambil berjalan sambil mengira berapa bajet nak keluar tu. hahaha.

pendekkan cerita semua beli, termasuk aku sekali. hahaha. yelahh diskaun kaw-kaw. dahlaa tambah 20% diskaun lagi. mana tak nya aku capai satu barang. hahahaha. lepas dah setel kitorang pon nak balik. cuaca pulak baru lepas hujan kira renyai-renyai laa. kitorang pulak keluar time kemuncak orang balik kerja. jadi macam biasalah jammed gilababi. gerak setakat beberapa inci je. hahaha. tengah dok layan jammed tu kereta mati. ah sudah! try-try start tak mau nye. nasib baik orang cina belakang kitorang tak hon. dia suruh pasang hazard light. tapi malangnya hazard light Mal tak berfungsi. hahaha. dengan muka tenang nye aku keluar letak botol minyak hitam kat tengah jalan. pastu kitorang pon bercadang pergi carik minyak. "nak isi pakai apa?" "alaa beli air botol besar dua pastu buang airnya pastu tuang minyak petrol"

setelah lebih kurang beberapa jam kitorang berjalan dengan menempuh pelbagai onak dan duri, ranjau macam lancau dan macam-macam bidalan yang ntah apa apa tu, akhirnya kitorang terjumpa signboard petrol station menunjukkan lebih kurang 500meter je lagi. tapi sebelum kitorang sampai petronas tu, sempat lagi tu atok ajak pergi Maybank pergi bank-in kan duit mak dia tuhh. hahaha. lepas bank-in kitorang lalu depan TESCO. terlintas kat pikiran aku yang elok kita masuk Tesco dulu. alangkah bijak dan bernas nya idea aku suruh masuk Tesco dulu beli air botol besar 5 liter tu.


setelah setel isi minyak dalam tong tu, kitorang pon jalan kaki patah balik menuju ke PAP tu. pehh gila malu aku, dah la selekeh gila, seluar lipat, muka berminyak, jalan depan The Curve, Ikano Power Centre lagi. pehh, orang dok usha je, dah macam along nak bakar rumah orang dahh. hahaha. tapi apa ada hal, paling kuat pon diorang kutuk belakang kan, diorang dapat dosa (ayat budak baik) haha. masa dah nak sampai kat kereta Mal tu, ada orang perempuan eksiden pulakk. pastu call man pon datang konon nak jaga trafik tapi haram, PENAKUT! ada ke duduk atas divider tengah-tengah tu pastu buat isyarat tangan je. kau kan call man, berani lah sikit, pergi kat kereta tu letak laa apape, ni tidak. hazard light pon tak pasang. harap gaya je double trouble. memang buat troublelahh mamat tu. hahaha. mana tak nya, ada kereta sikit lagi nak langgar kereta akak tu. kalau berlanggar dengan kitorang-kitorang sekali la tu dapat tempias. tapi Alhamdulillah takde apape.

sampai kat kereta aku pulak jadi ala-ala call man, jaga trafik jugak. tapi aku ada atas jalan punya. sumpah goyang gila. Atok ngan Mal pergi tuang minyak dalam kereta tu. tengah dok jaga trafik ni ada satu kereta Hyundai datang dekat kitorang, aku ingat nak tolong ke ape, rupa-rupanya mat negro nak tanya jalan. hampeh betul! dia tanya "how we want to go to Mt Kiara??" aku pulak mana tau bab bab jalan ni. aku panggil Atok. Atok pulak boleh bantai bahasa melayu kat orang kulit hitam ni. "kau patah balik, jumpa simpang pertama kau belok kiri.." haa lepas tu aku la bagitau kat negro tu. ntah apa aku cakap ntah. yang penting diorang angguk tu kira aku bajet dorang paham la ape aku cakap. haha. dalam hati aku cakap, cilaka punya hitam! ingat nak tolong tadi.
last-last kitorang pulang dengan selamat. hahaha. pengalaman nak jadi orang kaya tak menjadi. HAHAHA!

gamba kecik sudah. aku tengah selekeh. yang penting aku berani lagi dari call man tadi. HAHA!!

No comments:

Post a Comment