Friday, November 5, 2010

piala kemenangan



cuba korang baca betul betul kat piala plastik tu. apa dia tulis, tak nampak ke? tak jelas? takpe kalau tak nampak biar aku bagitahu. JOHAN PERSEMBAHAN KERJA KURSUS 2008 (JURUSAN MEKANIKAL) 

johan?? johan raja lawak tu ke?? ohhh bukan bukan. johan tu maksud dia tempat pertama laa. ye aku johan dalam pertandingan tu kott. jim wau han. johan. nilahh first time aku dapat piala kat sekolah teknik dulu. walaupun piala plastik kann. apa aku kesah, kau ada dapat?? hahahha. aku pon heran macam mana aku boleh dapat piala macam ni. aku dah la main tipu. hahaha. tapi hakikatnya itu adalah satu taktikal yang dilakukan oleh aku dengan partner aku, Mal.

masa kat sekolah dulu, bila kita dah tingkatan lima, setiap orang perlu menghasilkan sesuatu produk. kira macam kita kena reka bentuk sesuatu produk yang tak pernah orang buat atau pon di-upgrade-kan lagi barang yang dah sedia ada tu, jadi kelas aku ni kelas budak budak mekanikal, mestilahh cipta barang barang macam pembukak lampu kalimantang, penyodok serbaguna, dan pelbagai lagi barang serbaguna. benda ni semua untuk buat presentation depan budak budak tingkatan4. aku dengan Mal buat troli serbaguna. senang cerita troli yang orang selalu bawak pergi pasar tu. haa lebih kurang macam tu lahh, tapi aku punya ala ala gempak sikit la. dia ada kerusi tempat orang duduk. korang tau sebab apa aku ngan Mal buat benda tu? sebab aku fikir, kat rumah aku dah ada dah benda tu. kira benda tu memang dah wujud la. bapak aku beli time kat Langkawi dulu dulu. hahaha. kitorang tak buat betul betul, just pakai gabus je. kira prototype la.

lepas dah setel semua, masa untuk pemilihan untuk jadi wakil kelas untuk present depan cikgu-cikgu dengan budak budak tingkatan4 kat dewan besar. Cikgu Azmi selaku cikgu mekanikal kelas kitorang pon dah mula pening nak pilih mana satu. sebab time tu kitorang kalau pilih kumpulan tu, dia kena realisasikan benda yang dia cipta. jadi bila semua dah pening la apa la bagai. aku dengan rela hati offer diri aku sebab aku dah ada dah benda tu kat rumah. so tak payah la pening-pening nak pikir macam mana nak buat benda tu apa lah semua. jadi Cikgu Azmi pon bersetuju dengan kitorang. dia suruh aku bawak benda tu dan siapkan slideshow. slideshow tu Mal yang adjust. aku setelkan troli tipu aku. hahaha.

aku ingat lagi, masa aku bawak troli dah siap tu ke bengkel untuk ditunjukkan kat cikgu, ada sorang cikgu tak puas hati. hahahha. Cikgu Pujin laa, bukan main tak puas hati. dia kata terlampau perfect. dia siap cakap "kalau saya juri, saya tak bagi kamu bertanding.." kecohh do dia time tu. aku pon bengang laa kan, Cikgu Azmi pon rileks aje. dia pulak nak kepoh ayam. bengang la pulak aku. aku dengan Mal dah mula nak fikir macam mana nak bagi nampak troli tu hodoh sikit. jadi kitorang pon berjumpa dengan peserta peserta lain dan berbincang, hahaha. diorang pon tak puas hati, diorang cakap aku punya memang sempurna habis. hahahaha. well, taktik kott! jadi aku pon mintak pendapat diorang macam mana nak bagi nampak macam selebet sikit. sekali aku dapat idea untuk spray troli tu. kira spray cincai boncai laaa. konon konon nampak tak berapa kemas. hahahha. elok elok benda tu lawa je, terus jadi sakai. dengan kaler kuning nye lagi. tebal gila kitorang spray. ahahaha .

bila giliran aku ngan Mal kena present, aku pon mula lahh kelam kabut, si Mal taknak bercakap, dia kata dia tukang adjust slideshow je. aku lagi lahh panic, terpaksa goreng ayat sendiri laa kan. tapi sebelum naik pentas tu, aku tutup projek kitorang tu pakai kain pelekat. kira ala ala surprise laa sikit. dah naik tu. aku letak projek atas meja. pastu bagi file projek kat juri. hahaha. aku goyang gila time tu. semua tengok kott. aku takut kalau juri naik atas pentas tengok troli tu. komfem kantoiiii. hahahahaha. tapi syukur dia tak naik.
aku pon present laa kat atas pentas, dah tak fikir segan dahh. main cakap ikut sedap mulut je. sambil buat lawak bodoh sikitlaaa kan. bagi happening sikit audience. barulaa dapat markah lebih. tapi part paling aku takkan lupa sampai mati ada satu part tu. kira time tu kena buat demo penggunaan benda tuh. aku kena berlakon. situasi time tu kira aku tengah letih. jadi aku tarik la troli tu nak duduk. troli tu kan ada tempat duduk. jadi aku tarik nak bagi seat dia terbukak. aku tekan tekan dia stuck, alaa time tu laa dia nak stuck. dah la ada kamera tengah rakam. aku tengok spray tebal sangat tu sebab dia stuck. sekali aku dah fed up aku pon sambung berlakon konon konon terus duduk sebab terlalu letih. sekali aku TERJATUH. HAHAHHAA. TERJATUHH. ADUHH MALU GILAAAA. lepas tu semua audience bangun tepuk tangan. mak aihhhh, malu gila babi dohhh. hahahahha. 

lepas tu aku terus cakap "biasalahh, ini produk baru, masih dalam percubaan lagi, segala kesulitan amat dikesali.." bapak ah malu gila time tu tuhan je yang tahu. hahahhaa. sekali dah  nak umum keputusan, cikgu siap ada ulas pasal aku jatuh lagi. hahahaha. memang semua pandang aku la time tu. tapi bila keputusan diumumkan, "bagi jurusan mekanikal, tempat ketiga dari kelas bla bla bla, tempat kedua dari kelas bla bla bla, dan tempat pertama dimenangi oleh....Muhammad Ikraam dan pembantunya Mohd Akmal dari kelas 5M4!" fuhh time tu, malu ke apa ke semua dah hilang. sebab kemenangan dah berpihak kat tangan aku. time tulahh aku pegang piala plastik tu. ahaha.

awal tahun haritu, aku ada contact Cikgu Azmi mintak video time tu. nak tengok laa kan. tapi sampai sekarang aku tak dapat lagi cd tu. aduhh sedihh betul. tapi yang penting kemenangan milik aku. HAHA!

well, dalam setiap pertandingan perlu ada taktik yang tersendiri. HAHAHHAHAHAHAHA!

No comments:

Post a Comment