Monday, November 22, 2010

our plan~ 20/11/2010

aku rasa macam sangat gedik pulak dengan tajuk tu. macam minah minah bajet 'whateverrr' atauponn 'xoxo' dan seangkatan dengannya. okay kepada yang terasa janganlah terasa kerana aku takde niat untuk nak bagi korang terasa dengan apa yang aku rasakan ini. harini aku terasa macam aku orang paling sibuk selepas president America tu, selalu kitaran hidup aku kalau takde kelas atau cuti ialah bangun lambat sikit [yeke??], breakfast merangkap lunch atau brunch jelahh senang cerita. lepas tu, baring baring kejap dan terus lelapkan mata sampai petang. ahaha. itu jelahh kehidupan aku kalau cuti. tak bosan ke?? memanglahh bosan tapi itulahh yang paling best! :)

harini (20/11/2010) aku bangun awal sikit memandangkan ada plan nak keluar dengan Mal ngan Atok. kitorang nak pergi Matrade Kuala Lumpur kat Jalan Duta. aku panggil bangunan tu bangunan kangkang sebab tengah tengah dia ada space besar. ahahhaa. "ada apa kat situ Ikram? tak payah la merepek nak pergi tempat tempat yang bukan tempat kau.." hahaha, kat situ ada 'NST Maybank COTY2U Carnival'. karnival ni berlangsung selama dua hari je. Sabtu dan Ahad je.



kitorang pergi sana pon sebab Mal yang ajak, lagipon dia ni practical kat NST. memang dia tahulahh kan. konon konon dengan harapan pergi sana dapat tengok macam macam jenis kereta. sebab dalam iklan dia kata ada kereta lama, ada mean machine dan macam macam lagi. kira konon teruja gilalahh kan nak pergi. bila dah masuk gate bangunan Matrade tu, kitorang tengok macam takde apape pon yang berlaku. ada booth jual kereta kereta macam Kia, Volvo, Renault and so on. kitorang dah nak lentur dah semangat, "macam kena game je nihh.." jadi kitorang pon sedapkan hati pergi jugak cari parking, takkan laa NST nak tipu macam tu kann. rupa rupanya ada kat tengah tengah bangunan tu.


setel bab parking kitorang melajukan perjalanan untuk masuk. nak masuk kena beratur pulakk. disebabkan Maybank ada kena mengena dengan karnival ni, diorang buat satu syarat yang simple je. kena tunjuk Maybankard baru boleh masuk, kalau takde kena bayar RM5. aku datang terus tunjuk kad aku sekali dia bagi kitorang tiga tiga sekali masuk. ingatkan kena tunjuk sorang satu.



disebabkan aku ni macam mat kampung sikit, jadi batak la sikit kann tengok kereta kereta mahal. ahahaha. tapi aku cuba buat lagak orang kaya yang cool. pusing pusing dah habis dahh kitorang tengok semua jenis kereta. ada kereta Proton Inspira, Perodua Alza sekali kott! lepas tu kitorang tengok kat luar ada apa pulak kann, rupanya dia tunjuk kereta yang air brush air brush tu. ada la dalam dua tiga ketul je. hmm sangat sedih laa. sekali kitorang pergi kat tentatif program. rupanya hari Ahad lagi grand, ada gadis Harley Davidson, mean machine ngan macam macam lagilahh. takkan aku nak pergi dua kali pulak kot? malas aku. kalau Matrade tu sebelah rumah aku takde hal lahh kan. hahaha. kitorang pon pulanglaa dengan perasaan yang biasa biasa je [ada perasaan jugak aku ni rupanya. HAHA!]

lepastu perut meragam mintak makanan. apa lagi, shoot terus pergi Bandar Baru Selayang. makan kat Rumpun Selera. mak aihh, servis dia sangat lahh MEMUASKAN! kita order air, agak agak waiter dia nampak orang dah nak mati tercekik baru dia hantar air kita. sangat sohai. lepastu time nak bayar pulakk, kita kena tunggu pulak si cashier yang ntah pergi berak ke apa ntah. kat counter dah ramai nak bayar ni, waiters yang lain boleh buat rileks je macam takde apape yang berlaku. haihhh, servis korang memang tahap TERBAIK lah! dfsaiofefkoef! haa carutan alam siber. hahahaha.

balik singgah Shah Alam kejap lepak Rafi untuk minum petang. sesampainya aku kat rumah, ada majlis tahlil untuk arwah pakcik aku lepas maghrib. dengan tak mandinya terus aku pergi rumah makcik aku. ahahahha. lepas tahlil, boleh pulakk bantai tengok ShoutAward ramai ramai. ahahahaha. teruk betul.


No comments:

Post a Comment