Friday, February 4, 2011

second hand punya barang.

terr terr. terr terr. *bunyi apa ni pon aku tak tahu sebab aku main taip je

Assalamualaikum pembuka bicara, 
salam sejahtera wadah bermula, [wadah tu apa benda ek?]
sekian lama aku tak buka,
akhirnya..sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa..HAHA!

okay itu adalah pantun aku. hakcipta tak terpelihara,

harini aku mahu berbicara tentang barang secondhand atau lebih dikenali sebagai 'bundle'. aku mula mula tahu barang bundle ni masa aku dulu kecik kecik pergi kelantan. ada kedai bundle. mak aku singgah, akak aku beli pakaian kat situ, dia beli baju tidur kott. aku pon dah lupa. lepas tu baju dia jual ada yang murah, ada yang dijual secara longgok dan macam macam lagi. aku tanya kat mak aku "mak, ni baju orang yang dah pakai ke??" "haa lebih kurang macam tulahh, tapi dia dah basuhlahh.." "ohh yeke??" sambil aku hairan apesal diorang jual baju diorang kan? derma sudah. lepas tu aku fikir macam, bapak kaya tokei kedai ni, banyak gila baju dia sampai boleh dijual macam tu je.

lepas tu aku dah besar sikit aku masih tak terasa macam nak pergi kedai kedai bundle ni lagi. aku masih beranggapan bahawa tuan empunya pakaian waktu dulu tu pernah ada kurap ke, apa ke, tu sebab dia jual murah murah. hahahaha.

tapi bila aku dah bertambah kebesaran lagi, aku mula nak menceburkan diri kat kedai bundle ni sebab aku tengok kadang kadang ada barang smart. takpon ada kawan kawan aku yang pakai baju lawa lepas tu aku tanya "pehh, mana beli??" "alaa bundle sudah..5ringgit je. kenapa? kau teruja ke??" kalau tak lawa buat apa aku nak tanya kann..ahahaha.

sikit demi sedikit aku mula mengetahui asal usul kedai bundle ni. dan dulu dulu aku ingat semua kedai bundle harga dia lebih kurang je. tak lima ringgit, sepuluh ringgit. harga macam tu je aku rasa. rupa rupanya ada jugak yang mahal mahal. haa, tak semestinya barang bundle tu barang cikai. ada kadang kadang tu barang memang dah rare takpon orang panggil dead stock! haa, sampai panggil dead lagi tu. aku mula suka sebab kadang kadang dia jual barang yang rare dalam harga yang bagi aku berpatutan la jugak. aku ni bukan kaki butik sangat. nak beli barang berjenama kalau kat butik dia sangatlahh keberatan. kadang kadang tunggu mega sale barulahh jengok jengok masuk. itu pon setakat pegang pegang je. tak mampu nak beli. tapi aku tak sedih ponn. hahaha. kedai bundle ni pon ada jenis dia. ada sesetengah kedai tu dia jual barang memang datang dari luar negara dia terus je jual. itu yang kadang kadang baju dah jenama polo tapi ada kesan kicaplahh, apa lahh. takpon dah koyak sikit. paling tak boleh blahh, jersey ada conteng conteng. itupon diorang kasi jual jugak. apa ada hal, dia jual murah murah. orang nak beli, belilahh. tak nak beli bukan nya expired pon. tapi ada kedai bundle yang tapis barang. barang sampai, dia tengok yang cun cun baru dia jual. itu jam barang dia pon harga tinggi sikitlahh kan. haa kedai macam ni pulak barang dia bagi aku tiptop jugaklah sebab dia tapis barang. 

ASMARA BUNDLE

BUNTIL

antara kedai kedai bundle yang aku dah pernah pergi macam Asmara Bundle. dia ada dua branch, satu kat Kg Felda Bkt Cherakah satu lagi kat Saujana Utama, Sg Buloh. kedai ni boleh tahan jugak barang barang dia. dia tapis jugak. kalau yang cikai cikai tu dia jual kat luar je. kedai ni kasut dia pon boleh tahan cantiknya. haritu member aku beli kasut Adidas. memang tiptop cun melecun lagi! tapi aku punya lagi cun! hahaha. lagi satu kedai @yat Bundle dekat Meru. dia kata ada cawangan dia kat KL. situ pon barang dia okay jugak. tapi ada satu kedai memang aku masuk untuk usha je. tak mampu nak beli. nama kedai dia Buntil. fuhh barang dia lagi memang tahap vintage, rare gila dan macam macam lalgi perkataan klasik aku nak bagi cuma tak tahu je. hahaha. harga dia pon memang boleh terciritlahh sikit. member aku ada beli sweater Adidas kat situ. harga dia rm200++. memang cun gila! hahahaha. dalam internet pon boleh tahan jugak barang barang dia. senang cerita ada yang kita minat kasi angkatlahh. bukan semua barang sempurna. haa

 BARANG BARANG SECONDHAND
jadi bila aku dah mula jebak dengan barang barang terpakai ni, aku mula lahh nak beli itu, nak beli ini. kadang kadang boleh pusing lahh mata sebab banyak sangat yang berkenan. ahahha. kalau pandai carik, pandai pilih, bawak seratus je boleh dapat bermacam macam barang. tak payah seratus pon dah boleh dapat barang banyak dahh. hahaha. tapi cuba bawak seratus pergi shopping complex, kadang kadang dapat sikit je barang.   
kau pandai carik dapatlahh yang cantik. kedai bundle ni kena banyak bersabar dalam memilih. yelahh, kadang kadang baju tu dah style habis dahh, tapi sayang saiz dia mak datuk XXL kott. hahahaha. kedai tu nak test kesabaran kita. hahahaha

senang cerita macam nilahh, kita punya citarasa, kita punya sukalahh kan. aku tahu ada orang yang tak suka bundle ni. aku punya duit, aku tahulahh nak spend macam mana. kau ada banyak duit kau pergilahh kedai mahal mahal. aku memang terus terang je, aku tak mampu nak beli barang mahal mahal. kadang kadang bagi diorang, bundle ni kedai selekeh. ahh selekeh mak keh. 

p/s : HAPPY SHOPPING!




No comments:

Post a Comment