Tuesday, April 13, 2010

Nihon e youkoso ! haitt !!

apakah maksud sebenar kejadah title yang aku cuba nak tulis tu ?? haha. itu maksudnya ialah "selamat datang ke jepun" [sumber kat yahoo answer]. kenapa aku tiba tiba merepek sampai nak pergi jepon? belajar tak seberapa tapi ada hati nak pergi jepon?? ohh itu tidak sama sekali. jadi apakah yang menyebabkan aku menulis sedemikian rupa untuk title kali ini ?? jawapan nya..kita tunggu selepas ini [lagak jalaludin hasan dlm who wants ti be a millionaire]


jangan nak mengarut boleh tak ikram?? dah la baca sorang sorang. merepek lagi. haha. okay okay. sebenarnya dua minggu yang lepas time kokurikulum kitorang ditugaskan untuk membuat poster tentang 'which country you should go?' lebih kurang macam tulah . senang cerita buat poster pasal negara mana anda patut pergi. haa gitulahh. kan senang. jadi kitorang pon diberi masa lebih kurang seminggu untuk menyiapkan poster negara masing-masing mengikut group yang telah dibuat. okay berdasarkan tajuk diatas bermakna kitorang telah bersepakat membuat poster negara jepun. pastu kitorang pon berbincang lahh sebab lepas setengah jam berbincang kitorang kena bagitau apa yang kitorang nak buat kat lecturer tu.

lepas dah tamat sesi berbincang, kitorang pon kena lah bagitau apa yang kitorang nak buat. dipendekkan cerita lepas semua dah bagitau idea masing-masing, lecturer pon berkata "i think this group is very interesting! i want to see it next week!" kalau nak tau, dia cakap kat kumpulan kitorang kott!! fuyyohh!! bangga ouh!! mana tak bangga, kumpulan mr president pon kalah. siap tanya kat aku lagi " wey kumpulan korang buat mcm mana sampai lecturer suka gila??" aku pon menjawab dengan nada cool je "alaa kitorang buat mcm ni mcm tu bla..bla..bla..". lepas tu bermula lah sesi na membuat poster seperti yang dirancang.kitorang membahagikan tugas secara adil dan saksama [ayat cannot go] HAHA !

                    ini adalah hasil awalan, kira masih dalam proses laa

lepas tu aku pon mms kat group aku yang lain. diorang punya tergelak sebab aku letak model orang bang bang boom tu kan. haha. aku cakap kat diorang aku saja letak nak buat contoh je. baru lahh diorang stop gelak. haha. okay diringkaskan lagi cerita, hari yang ditunggu tiba, sebelum kelas kokurikulum start, kitorang touch up laa yang mana tak siap lagi kan. then hasilnya adalah seperti berikut.

                          penukaran dari segi orang kimono sahaja

haa yang ni bagi aku dah habis okay lah kan. maklumlah aku punya prinsip 'JANJI SIAP' hahaha, so bila dah masuk first2 lecturer tengok kitorang punya dan terus dia kata "ohh nice, great, i like it" dll. haha. lepas tu ntah macam mana datang baik pulak mood dia. dia cakap yang poster kitorang ni nampak macam kosong sikit. so dia suruh kitorang lukis lukis sikit. jadi kitorang ni bukan lah orang seni. jadi masing masing mengeras je. pandang sesama sendiri lepas tu gelak. hahaha. yela nak lukis apa kot ye pon kan?? selepas itu tiba-tiba datang lah seseorang ingin menawarkan diri untuk melukis kat kitorang punya poster. orang tersebut ialah lecturer itu sendiri. hahaha. fulamak!! dia lukis memang power kot. tapi ada jugak yang kitorang lukis. tapi yang mana yang lawa-lawa tu dia lah yang lukis. dia kata dia memang minat melukis. jadi kumpulan lain pon hati panas je sebab kitorang dapat bantuan lecturer. JANGAN JELES ! HAHA ! . tu je perkataan sesuai untuk diorang. last2, time nak buat keputusan sape punya poster paling cantik kitorang kalah sebab ada satu group ni dia punya memang tiptop lah kan. aku tengok bukan main banyak lagi duit diorang habiskan untuk memeriahkan poster masing-masing, group kitorang senang je, pakai kotak lah,kulit ferrero rocher lah. alahh cikai-cikai je, paling kuat pon keluar duit nak print ngn beli paper color ngn manila kad je. hahaha. kitorang takde hal lah kalau kalah. yelah diorang habis duit banyak2 lepas tu kalah, mesti sedih punya. haha. xkesah. lagipon ikut undian. kitorang kurang 2orang jelah weii. HAHA ! .


finally, inilah yang terakhir sekali di touch up oleh seorang lecturer. thanx ya !! :) 
                                         
 [p/s: credit to lecturer kitorang shareen lee yong yong]

1 comment: