Thursday, November 24, 2011

Jeng jeng jeng ! *tora datang lagi

Assalamualaikum aku ucapkan kepada sesiapa yang baca aku tulis assalamualaikum ni tadi.

"Pertamanya saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kamu semua, yaa kamu semua kerana berjaya hadir pada persekolahan pada hari ini.." petikan dari kata-kata aluan pengetua sekolah.

setelah lebih kurang berbulan-bulan aku tinggalkan belog untuk aku merepek sorang-sorang ibarat macam takde kawan langsung, akhirnya aku rasa macam terpanggil untuk kembali merepekkan pentas belog aku sendiri. kenalah jugak dengan tagline belog aku ni "biar aku ceritakan.."

banyak sebenarnya aku nak ceritakan tetapi disebabkan aku ni takde akses mudah untuk membuka internet, jadi aku terpaksa menyekat hajat aku untuk merepek di sini. *alasan ini hanyalah direka semata-mata demi untuk mecari alasan selain aku nak cakap aku malas.

fulamak, tuptap tuptap tapp tappp tapppppp tappp taptap tapp aku dah habis semester lima dengan separa jayanya, kenapa separa? sebab result untuk semester lima belum keluar lagi. hahahha. cepat betul masa berlalu mengalahkan Usain Bolt tetapi tak boleh mengalahkan kepantasan cahaya. tahu tahu aku tinggal lagi satu je semester untuk bergelar 'diploma holder' kalau aku takde apape masalah laa hehe.

harini, aku pergi ke taklimat projek akhir atau dalam bahasa MUET nya final project, haha. bila dia bagi penerangan bagai , aku terasa aku ni dah nak habis diploma dah. dulu masa awal-awal masuk, tengok budak-budak sem6 buat projek aku terasa macam aku pon ghairah nak buat. tapi bila dah tiba waktunya, aku terasa macam cuak-cuak biawak pon ada. haha.

semester lima ni macam-macam terjadi, mana tak nya, 15minggu + satu minggu penambahbaikan. lama lah jugak tu kann, semester ni aku terasa enjoy lah jugak sebab apa, sebab semester ni aku terasa ke-unite-an nya. faham tak? kira terasa macam semester kali ni aku rapat lah jugak dengan budak-budak kelas sendiri. selalu buat hal memasing je. semester ni lahh, breakfast pun nak bersama-sama. bergelak tawa dengan lebih ramainya. dan bermacam-macam lagi. kalau boleh semua nak bersama-sama. macam-macam hal terjadi selepas naik semester lepas practical haritu.

laporan latihan industri telahpun diberikan
tetapi yang kurang seronoknya, result exam ni aku tak berapa pasti dia punya keputusan. cuak siott! kerana terlalu asyik bergelak tawa, belajar pun entah ke mana. haihhh. sama-samalah kita tunggu apa keputusannya nanti ya!

Kepada kawan-kawan, selamat pulang ke kampung halaman masing-masing, jangan lupa pasal final prroject nanti ya!

No comments:

Post a Comment