tup tap tup tap dah nak habis dah untuk semester kali ini [selalu orang guna ayat pejam celik pejam celik]. memang betul lah sangat pantas masa berlalu, Watson Nyambek pon confirm tak dapat nak kejar masa. hahaha. sekarang ni aku konon konon menyibukkan diri dengan membelek segala nota yang aku belajar selama semester kali ni. tapi bila aku belek beg aku. aku tengok, nota aku sangat la sikit. yang nota lecturer bagi pon ada beberapa helai je. kalau nota salin lagilahh. berapa helai muka surat je aku guna untuk menyalin. ini menampakkan bahawa aku sangatlah tidak ambik berat pasal aku belajar. tapi itu semua dusta semata mata. aku tengok kat budak budak kelas aku yang acah acah rajin tu pon lebih kurang je. lebih sikit je. bila aku tanya diorang apa benda diorang belajar, "aku pon tak tau la tua, aku tak berapa paham sangat apa yang puan/encik/cik ajar, aku salin je.." hmm macam mana??
aku pon mula laa bajet mengimbau masa silam nak tengok betul ke aku tak belajar, rupa rupanya baru aku tahu yang ada sesetengah kelas tu lecturer tak ajar. dia just bagi
hahaha, aku ni kerja nak salahkan orang lain je kann. tak guna nak salahkan orang lain dahh. ni lahh masanya kita kena study hard, bukan study smart. bak kata Wafiy. waktu waktu ni kalau kita salahkan orang lain sangatlah tak boleh blahh. padahal aku selalu buat. hahaha. apa guna internet, cariklahh bahan sikit nak menampung nota kita yang tak seberapa tu. hahaha, tapi kalau macam kira kira tu memang aku pon tak tau macam mana nak selesaikan. dah agak agak kita dah study habis hbisan, kita berserah jelahh kat Allah supaya terangkan hati kita time exam nanti kan.
okaylahh, jomlahh kita berstudy sampai pagi. agak agak boring rehatkan otak kejap lepas tu sambung balik. tapi masalah aku nota tak cukup! hentam sajalahh labuu...ohh ya! bukan Oh! Tidak, hahahha, bagi sahabat seperjuangan aku, aku nak nasihatkan supaya jangan lupa untuk print slip peperiksaan, pen sendiri sendiri, kad matriks dan sebagainya. itu je, hehe.
pssstt, share sikit jawapan nanti wehhh.. HAHA !!
![]() |
Good Luck to all my friends! |
No comments:
Post a Comment