minggu lepas memang banyak dugaan yang telah menimpa kat diri aku ni. bak orang kata "
haa, yang ni lagi satu dugaan yang betul-betul dugaan ni. ada satu hari dalam minggu lepas tu aku pon dah lupa hari apa, aku nak pergi ke kelas. muka dah konon-konon semangat nak pergi kelas padahal dah lewat gila dahh tu. sedang aku asyik memandu kereta, tiba-tiba ada bunyi POOMM!! dan satu perubahan telah berlaku kat kereta yang aku bawak tu iaitu cermin depan pecah secara tiba-tiba! OMG!! ada batu tercampak ke?? ada orang nak tembak aku ke?? atau ada err apapelahh. tapi yang penting time aku drive tu. aku sorang-sorang je kat situ. ntah ntah aku terlanggar hantu kot? HAHA! retak seribu bro! bukan seribu aku rasa, dah macam sejuta dahh. aku tgk lawa corak dia pecah tu. nak ambik gamba tapi apakan daya, takde kamera. huuu. sedih betul. kalau tak dahh aku upload dah kat sini. aku pon berenti tepi jalan call lahh semua yang aku kenal (tak semua laa). aku call mak aku pastu mak aku datang kata "bia je, bia mak hantar pergi kelas.." ohh terharunye! 'selamat hari ibu' mak! hahaha. baru nak ucap. hahahaha. ta kesah lahh.
gambar hiasan. lebih kurang macam nilahh cermin kereta aku.
dipendekkan cerita cermin pon dahh siap aku pergi amik petang tu. kenalahh berapa ntah. aku pon dah lupa dahh. sekali bila aku tgk kat cermin tu, satu lagi masalah dah timbul! aku punya roadtax sudah hancur!!! aduhhhh !!!!! ni bukan cobaan,ini betul betul ! [dipetik dari dialog cerita pendekar bujang lapok] ye sekali lagi aku cakap benda yang takde kena mengena. pastu aku bertekad nak setelkan road tax pulak. konon nak setelkan esoknya. sebab aku nak hantar report eksperimen yang dah lama aku peram kat lecturer. sekali tayar pulak buat hal!! ntah ape ntah aku langgar, bocor pulak. dah la tayar spare aku pon bocor jugak. koyak pulak tu. jadinya kitorang pergi setelkan tayar dulu. pergilahh ke glenmarie carik kedai tayar, nak beli tayar 2nd-hand. lepas dahh setel, tayar pon dah cantik, perut pulak buat hal. tgk jam dah pukul 4ptg. makan belum lagi. nak pergi JPJ dah macam nak tutup pulak
sesampainya kami kat situ, kedai tayar itu pon telah tutup. hahahaha. gilababi dah ni.memang teruk aku kena kali ni. aku dah tak tau ape pulak nak jadi lepas tuh. kali ni aku tekad nak terus je pergi kepong, tapi time tengah nak jalan tu ada jumpa satu kedai tayar masih bukak, dia baru nak tutup kedai laa kira. sekali sadam pon tanya kat orang tu. terus dia buat. Fuhh,Alhamdulillah..lega dahh,selesai la sikit masalah.so kitorang pon teruskan perjalanan menuju ke kepong dengan hati yang tenang.
ni sekadar gambar hiasan lagi ye. haha
sampai kat kepong, ada satu lagi masalah. aku kena tahan ngan polis time diorang buat roadblock. aku tak tau laa pasal ape kan, mungkin pasal road tax hancur ke, bapak aku pesan kalau kena tahan pasal road tax tunjuk resit kedai cermin kereta tu je. boleh lepas. tapi rupanya pasal benda lain. dia check boot kereta, mintak ic kitorang, tapi takde apape. selamatt.. pendek cerita dapat pulang ke shah alam.
esok nya aku pergi ke JPJ buat roadtax. hahaha. sekali kena rm50 daaa. dia kata "kalau ada report polis baru dapat free dikkk..". macam tu pulak?? aku nak repot ape kat polis?? langgar hantu?? hmm, aku pon muka redha jelah bayar.
fuhh! dalam satu minggu macam-macam benda perit-perit terjadi kat aku. mungkin ni satu ujian dari tuhan kann. asik buat dosa je. sekali kena balas haa baru kelam kabut hidup. hahahaa.
p/s: harap-harap minggu exam takde apape masalah. amiinn !! :D
No comments:
Post a Comment